Khamis, 30 Januari 2014

pedasnya cili

"Siapa makan cili dia merasa pedasnya" namun hakikatnya siapa yang tak pernah memakan cili tiada hak untuk bercakap pedasnya cili yang dimakan oleh pemakannya...

Sk Bekenu Subis

Memerciknya darah dari setiap luka yang ada pada tubuh kita bukan kerana kita tidak tahu risikonya, sehingga terkorban jiwa dan raga asal itu yang terbaik harus kita perjuangkan, kenapa perlu berpatah arah hanya kerana di hadapan kita sekadar timbunan cabaran mendewasakan...

Rabu, 29 Januari 2014

Ayah

diammu berbunga amanah tegurmu bersulam sayang seharian kau pergi malamnya kau masih tersenyum walau bicaramu kurang namun harapanmu menggunung sesakali mimpi malammu bersulam kesakitan dijelma pada setiap keratan tulangmu membanting tak kenal panas meredah tak lut hujan detik-detik silam berlalu kadang terusik atas tegurmu yang sering membatas sempadan namun risaumu bertempat atas sayang pada anakmu segah mana kini dibina ada ayah menyimpan senyuman pada raut wajah tua masih seperti selalu walau belikatnya telah lesu kulitnya telah berpintal dimamah zaman masih ada cerita buat anaknya belajar tentang hidup dititipkan kisah pengalaman agar anaknya menjadi ayah agar anaknya menjadi ibu yang tahu erti sebuah kehidupan

Selasa, 28 Januari 2014

Untukmu ibu

maafkan aku yang tak mengerti erti kasih sayangmu
hingga aku lupa cara berterima kasih padamu
engkau yang menamani hidupku
aku yang melupakan pengorbananmu
engkau yang mengajar makna ketulusan
aku yang membalasmu dengan airmata kesedihan

Maafkan Aku Ibu
engkau yang terbangun dalam letih tidurmu
demi menenangkan aku saat sakitku
engkau yang selalu yakin padaku
saat yang lain hadir menghinaku
engkau yang mendukungku meniti kehidupan
saat yang lain tak lagi peduli
engkau adalah bidadari yang TUHAN kirimkan untukku
untuk menunjukkan kasih Tuhan padaku
untuk ku hirup pada istana kehidupan
untuk mengajarku erti ketulusan cinta

tapi
akulah yang selalu alpa makna tegurmu
Maafkan Aku ibu
atas harapan yang tak mampu aku wujudkan
atas airmata yang engkau titiskan
atas kekecewaan yang aku berikan
atas keinganan yang tak terbit aku laksanakan

Ibu
tetaplah hidup
izinkan aku berbakti kepadamu
sebelum maut menjemputmu
atau aku pergi sebelummu
kematian yang yang mengakhiri baktiku padamu
kerana kau ibu
restumu menentu jalan
buatku melangkah dirahmati
atas fana atau perjalanan barzakh....

Isnin, 27 Januari 2014

siraman marah

Entahlah kita menghambur marah pada perkara yang tidak baik apabila berlaku, berjela-jela umpama kita tahu sangat kenapa, menampak kitalah yang pasrah, sedangkan maraknya api ditambah disiram dengan minyak, kan berdiam itu lebih baik, mari sebarkan perdamaian...

Kampung diteroka

kampung Dagang Bekenu, sekelumit cerita ketika baru mula melangkah kaki sebagai asing di sekitaran baharu. sememangnya pengalaman baru itulah yang akan membuatkan terus tabah berhadapan dengan cabaran pada masa akan datang. dan apabila jejak-jejak telah kita tingalkan adakah perlu kita kembali berundur? ataupun biar jejak itu hilang,,,dan kita terus melangkah meneroka impian, yang telah kita rintis jalannya.
di kampung ini, ku kenal makna persahabatan yang dijalin atas simpati, keyakinan yang dibina atas pengalaman yang sama dikongsi kerana itulah.....perjalananku akan bermula di titian kampung ini..dan sekolah ini tempat berpijak walau dengan langkah yang jauh..akan tetap ku cari jalannya membuat pembuktian kekuatan tekad...

Ahad, 26 Januari 2014

ikatan

Persamaan itu yang telah mengikat kita, namun perbezaan itu yang telah mengukuhkan kita, kerana setiap daripada kita ada perbezaan yang menjadikan kita sebaik ciptaanNya...

Sabtu, 25 Januari 2014

kasih ayah ibu

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kita meningkat dewasa, kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas, restu dan doa merekalah yang menyuluh hari-hari di hadapan kita....

Jumaat, 24 Januari 2014

impian

Impian bukannya dinilai pada pintar, boleh dikatakan kita hanya bertahan lebih lama menghadapi masalah, jika seekor kura-kura bukit ingin ke pantai adakah ia perlu mengubah caranya berjalan.....

Khamis, 23 Januari 2014

taman hati

Membina sebuah taman kehidupan bukanlah semudah lafaz namun seiring masa yang dilalui,memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah … tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga .. Jagalah bunga yang telah kita miliki,janganlah disia- siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…