Sabtu, 14 Ogos 2010

senyum(lirik lagu)

Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.
Senyuman...senyuman
Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,

Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.
Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Senilagu: Farihin Abdul Fatah
Senikata: Zarie & Che Amran
Hakcipta senilagu & senikata: Raihan Cipta

Isnin, 9 Ogos 2010

tips untuk memotivasikan diri

Jangan pernah memotong sesuatu yang dapat dibuka ikatannya.
maksudnya lebih kepada jangan cari jalan mudah dengan membuat tindakan yang akan merugikan kita,andaikan kita dapat membina potensi secara mutlak tetapi dengan mengambil langkah atau tindakan secara terburu buru walaupun kita dapat mencapai impian kita tetapi ianya tidak sampai kepada pencapaian secara penuh.


Jangan membakar jambatan yang pasti anda akan melaluinya berulang kali nanti.
biasanya apabila kita telah mencapai matlamat kita,banyak perkara asas yang akan kita lupakan.tidaklah sampai kacang lupakan kulitnya tetapi ia akan membuat perancangan kita akan terganggu. sebenarnya perkara kecil yang kita tidak ambil perhatian merupakan masalah besar yang akan membuat kita pening kepala kalau kita tidak selesaikan segera. Berbanding dengan masalah besar yang kita sentiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

 Jadilah orang yang berani dan tabah! Sewaktu mengingat kembali kehidupan yang telah lewat, engkau akan lebih menyesali hal-hal yang
tidak dilakukan, daripada hal-hal yang telah dilakukan pada masa lalu.

inilah manusia kita memang dicipta sebagai "pelupa" di sanalah fungsi tulisan untuk membuat kita sentiasa ingat apa perlu kita lakukan. ramai orang sebenarnya yang telah diberi ilham untuk memajukan diri dengan motivasi secara semulajadi akibat terdorong oleh sifat kita sendiri sebagai khalifah dan makhluk yang paling sempurna dalam ciptaanNya tetapi ramai yang tersilap dengan tidak menulis apa terlintas di fikiran sehinggakan kita terlupa ataupun orang lain telah melakukannya terlebih dahulu."sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna"

Selasa, 13 Julai 2010

Lirik Lagu Hadapi Dengan Senyuman – Dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja
Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Khamis, 27 Mei 2010

orang cakap

Sepatah kata bermakrifat ibarat penyuluh di dalam gelap,
Sebaris kalimat terpahat ibarat seuntai pesan dan amanat,
Serangkap tunjuk nasihat bagai segunung ilmu dan manfaat…

Jumaat, 21 Mei 2010

Lirik Lagu – Aku Punya Kamu – Faizal Tahir

Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahgia
Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta
Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu
Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena
Selama yang kau ada
Selama itu ku rasa
Selama hidupku bahagia
Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta
Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu
Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin akukan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisaku buktikan pada kamu
Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu

Sabtu, 15 Mei 2010

kitakah ini

beranikah kita melangkah ke hadapan.kentalkah hati kita melihat jalan berliku.Jadilah seorang pemberani yang berhati teguh dan berjiwa kuat. Anda memiliki semangat dan tekad. Jangan sekali-kali anda termakan oleh isu-isu yang tidak benar.carilah dimana kebenaran.dengan usaha untuk kita menjadi berani berkata.

Khamis, 22 April 2010

KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya sentiasa mengejek “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Sabtu, 10 April 2010

dalam hutan

Kita sering mendengar orang sesat di hutan.Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut