Rabu, 19 Oktober 2011

Kolam dunia

Jalur hujan nampak berjalur
Berbalam cahaya dan kelam
Jauhnya pasti penuh jenuh
Berkayuh tak seperti perahu
Malamkan pulang meniti silam
Lesukan terbang lelapkan leka
Roda bintang di rimba mereda
Hiruk pikuk berlatar buruk
Malamkan amuk layarkan mimpi
Bergaris seumpama angkasa
Bertitip redup Melambai sangsi

Sabtu, 15 Oktober 2011

info telepon anda....

APA YG ANDA TAHU TENTANG HANDPHONE ANDA?

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Jumaat, 14 Oktober 2011

hati yang terusik

bicara dibuka selintas kata
mengungkap rasa dihati sayu
andai seri yang hilang
bukan kerana amarah
pasti akan disesali sepanjang hidup
bukan mencari derita
bukan membina seksa
bukan melurut jari mematah tulang
tetapi hakikatnya
adalah hati yang terusik jua
andai pergimu kerana nista
bukan dipinta mencari jujur
cukuplah sekadar ikhlas
jadi alas
dalam kurang serba diri....

Rabu, 12 Oktober 2011

makan berbahaya yang lain...

1. Tomato

Banyak diantara kita yang tidak tahu bahwa tomato sebenarnya beracun. Walaupun buah tomato sendiri tidak beracun, tetapi daun dan ranting tanaman tomato mengandungi glycoalkaloid yang boleh mengakibatkan sakit perut dan gugup. Daun dan ranting tomato boleh digunakan dalam memasak, tapi tidak boleh dimakan. Glycoalkaloid ini adalah racun yang kuat dan digunakan untuk kawalan serangga.
2.epal
Epal sangatlah terkanal sebagai buah yang enak dan sihat tetapi tahukah anda bahwa epal mengandungi Cyanide/ sianida, walaupun hanya dalam jumlah sedikit. Kandungan sianida terdapat di dalam biji apel. Walaupun memakan semua biji yang ada dalam sebiji  epal tidak akan membunuh, tetapi tidak dihgalakan untuk memakan bijinya. Kerana bila anda memakannya dalam jumlah tertentu, akan mengakibatkan komplikasi..

4. Almond
Walaupun orang menyebutnya kacang Almond sebenarnya adalah dari jenis  biji-bijian, yang sangat terkenal di dunia. Seperti hal nya epal, Almond juga mengadung sianida. Almond ini sangat beracun bila tidak diproses dengan pemanasan yang sesuai untuk mengeluarkan racun nya. banyak negara melarang penjualan Almond sebelum diproses untuk mengeluarkan racunnya.
5. Kentang
Pasti kita semua  sudah pernah mendengar bahkan memakan kentang. Yang belum kita dengar mungkin adalah  kentang ini beracun. Ranting dan daun bahkan kentangnya sendiri beracun. Kalau anda pernah perhatikan kentang lebih dekat, kemungkinan besar dari kita pernah melihat kentang yang agak kehijau-hijauan. Ini adalah disebabkan oleh racun glycoalkaloid. Dalam sejarah, kematian akibat kentang ini pernah terjadi walaupun jarang.
Kebanyakan adalah kerana meminum teh daun kentang atau memakan kentang yang kehijau-hijauan. Kematian ini tidak datang secara cepat dan mendadak, tetapi selalunya mangsa akan berasa lemas dan kemudian jatuh koma. Oleh sebab itu, janganlah memilih kentang yang mempunya bulatan seperti bola mata hijau, kulit kehijau-hijauan, atau yang telah berakar. Buanglah kentang-kentang tersebut daripada menyajikan nya.

Fakta makan Nasi...

Fakta Makan Nasi dan Akibatnya Konfigurasi elektron Indonesia Menu Makanan Goreng Obesitas Masalah Diabetes Kanker Kematian Info Tips Trik Menarik


1. NASI MENYEBABKAN KETAGIHAN.
Responden yang diperhatikan yang tidak makan nasi selama sehari sahaja akan kelaparan dan merasa sangat ingin makan nasi lagi.

2. Suku-suku pada zaman batu yang tidak pernah makan nasi melalui fakta ini terbukti mereka TIDAK PERNAH mengidap ketumbuhan, Alzheimer, osteoporosis, ataupun Parkinson.

3. Doktor melarang bayi yang baru lahir untuk makan nasi. ini menjadi bukti bahwa nasi mempunyai kesan yang tidak baik


4. Di warung-warung, biasanya buruh kasar makan nasi dalam jumlah lebih banyak daripada kaum eksekutif. Hal ini membuktikan bahwa makan nasi MENURUNKAN kemampuan ekonomi seseorang.

5. Pengidap DIABETES lebih dianjurkan makan kentang daripada nasi. Bererti nasi kurang baik bagi kesihatan.

6. Nasi mengandung ZAT BESI yang konfigurasi elektron paling luar adalah  4s2. Zat lain yang elektron paling luar  4 adalah Racun ARSENIK (4p3), Batu bateri TITANIUM (4s2), dan racun yang menyerang Superman yaitu KRIPTON (4p6). Ini mengindikasikan bahwa nasi punya kesamaan dengan zat-zat berbahaya yang lain.

jadi kurangkan makan nasi (sekadar renungan bersama sahaja)

hiduplah dengan penuh kesyukuran

kita sebagai salah seorang umat yang mempunyai akal fikiran seharusnya tahu bersyukur ats nikmat hidup yang telah diberikanNya. bukan dengan melakukan kerosakan tetapi dengan memperbanyakan rasa syukur kepadaNya. mungkin kita merasa bahawa kita mempunyai kekurangan berbanding orang lain..tetapi percayalah yang kita merupakan insan istimewa yang diciptakan dengan penuh rasa tanggungjawab. jangan kita melihat pada kelebihan orang lain yang lebih tinggi daripada kita tetapi lihatlah pada mereka yang lebih rendah tarafnya dengan kita...bersyukurlah....semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari pandangan ALLAH.
Add caption

we still alive with hope...


"Whoever fears Allah, Allah will find a way out for him (from every difficulty) and He will provide for him from sources that he could never have imagined.” [Quran 65:2-3]

Selasa, 11 Oktober 2011

kata pujangga 6

“Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah.” ~ T.S Matthews
“Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.”
“Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.”
“Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.”
“Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.”
“Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.”
“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.”
“Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.”
“Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.”
“Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.”
“Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.”
“Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya.”

kata pujangga 5

“Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.”
“Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”
“Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.”
“Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”
“Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.”
“Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.”
“Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.”
“Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”
“Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”
“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
“Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.”
“Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.”
“Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi.”
“Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”
“Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.”
“Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda.” ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

kata pujangga 4

“Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.”
“Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.”
“Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.” ~ Marcus Aurelius
“Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya.” ~ Stahl P.J
“Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.”
“Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.”
“Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.”
“Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.”
“Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.” ~ Richard Brinsley Sheridan
“Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.” ~ Confucius
“Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.”
“Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.”
“Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu.” ~ Pepatah Arab
“Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.” ~ Lao Tze
“Awal mula pohon ialah benih..”
“Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.”