kalau hidup seperti lalang biar goyah ditiup bayu tetapi akar kuat mencengkam tanah, kalau hidup ingin berjaya biar alasan menjadi cabaran untuk kita terus melangkah.......
Isnin, 19 Mac 2012
Khamis, 15 Mac 2012
cabaran hadapan
ibaratkan
kurangkan gula dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman, umpamakan
biar disedut sebelanga madu jangan ditelah setitik racun, jika emosi
yang memandu kita mungkin hilang arah tujuan, biar waras memimpin kita
bukan membuta meredah amarah, orang berakal tak berjuang kerana berani
semata, tapi perjuangan biarlah tersusun setapak lebih ke hadapan dari
cabaran yang menanti....
Rabu, 14 Mac 2012
Soalan Pengurusan Bilik Darjah
PENILAIAN MEMBERI MARKAH
- Antara berikut yang manakah bukan faktor fizikal dalam pengurusan bilik darjah?
a) Peraturan kelas
b) Corak duduk murid
c) Susun atur kelengkapan bilik darjah
d) Peralatan pembelajaran yang lengkap
- Antara berikut yang manakah bukan salah satu faktor pengurusan bilik darjah yang baik?
a) Guru mesti peka dengan tugasan-tugasan
yang di berikan kepada murid-muridnya.
b) Guru mesti berbangga dengan kelas dan
murid-murid yang beliau mengajar di sekolah.
c) Corak duduk murid akan menentukan bagaimana
mereka berinteraksi di antara satu sama lain.
d) Guru harus mempunyai permikiran yang
autokritik yang dapat membantu tugasnya dengan berkesan.
- Yang manakah berikut merupakan bukan rutin pentadbiran?
a) Menjaga kebersihan kelas.
b) Menyediakan laporan kehadiran.
c) Melaksanakan aktiviti ko-kurikulum.
d) Membuat urusan pendaftaran bagi murid
baru.
- Antara berikut yang manakah merupakan rutin interaksi?
a) Cara murid keluar kelas.
b) Cara murid memasuki kelas.
c) Cara murid menyerahkan tugasan.
d) Cara guru merancang pembelajaran.
- Antara berikut yang manakah merupakan bukan rutin akademik?
a) Rutin interaksi.
b) Rutin pentadbiran.
c) Rutin pembelajaran.
d) Rutin pergerakan murid.
Jawapan: 1.(a)
2.(d) 3.(a) 4.(c)
5.(b)
1. Jelaskan
konsep pengurusan bilik darjah? (1m)
a) prosedur-prosedur dan keperluan-keperluan
yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran P&P yang sihat. (1m)
2. Ahmad merupakan seorang guru yang
baru di tugaskan di SK Pekan. Beliau merasakan perlu untuk membuat penilaian
bilik darjah yang mampu untuk melancarkan proses P&P di sekolah tersebut.
Huraikan apakah faktor-faktor yang akan di nilai oleh Ahmad bagi tujuan
tersebut? (10m)
Faktor Fizikal :
a) Corak duduk murid akan menentukan interaksi
mereka dengan guru serta rakan sebaya yang lain.
b) Keadaan persekitaran bilik darjah yang
cerah serta sunyi boleh menjamin kelancaran proses P&P kepada murid.
c) Kelengkapan peralatan yang diperlukan di
dalam bilik darjah hendaklah sentiasa lengkap.
d) Susun atur peralatan haruslah sesuai
kerana sedikit halangan dapat mengganggu kelancaran pembelanjaran.
e) Ruang interaksi guru dengan murid adalah
lancar serta tiada sebarang gangguan.
Faktor Kemaknusiaan :
a) Guru mesti menggalakkan perkembangan
sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sifat yang adil semasa melaksanakan
peraturan kelas.
b) Seorang guru yang baik juga mempunyai
corak kepimpinan yang demokratik.
Faktor Komunikasi :
a) Susun atur murid mengikut kedudukan
seperti ketinggian dan penglihatan.
2. Apakah
rutin yang terlibat dalam bilik darjah? (3m)
a) Rutin bukan akademik, Rutin pentadbiran
dan Rutin akademik.
3. Terangkan
dengan jelas konsep-konsep yang terlibat dalam setiap rutin?(10m)
Rutin Bukan
Akademik:
a) Membuat pendaftaran untuk murid-murid baru.
b) Membuat kutipan yuran ketika sesi
persekolah yang baru.
c) Aspek kebersihan dan perhiasan yang di
perlukan di bilik darjah.
Rutin Pentadbiran:
a) Penyediakan laporan kehadiran setiap
pelajar.
b) Perancangan perlaksanaan aktiviti
ko-kurikulum.
c) Urusan surat-menyurat ibu bapa serta pihak
lain.
Rutin Akademik:
a) Rutin pergerakan murid.
b) Rutin pengurusan kerja.
c) Rutin pembelajaran.
d) Rutin interaksi.
4. Apakah langkah-langkah yang terlibat di
dalam Rutin Interaksi? (5m)
a)Cara guru menyediakan diri untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
b) Cara guru melibatkan diri dalam
perbincangan bilik darjah.
c) Cara guru menyediakan tugasan awal.
d) Cara guru mengajar murid menanya dan
menjawab soalan.
e) Cara murid mendengar arahan guru.
Langgan:
Catatan (Atom)