kalau hidup seperti lalang biar goyah ditiup bayu tetapi akar kuat mencengkam tanah, kalau hidup ingin berjaya biar alasan menjadi cabaran untuk kita terus melangkah.......
Isnin, 23 April 2012
AKIDAH
Pengenalan
Islam itu indah dan begitu juga dengan kesempurnaan agama islam itu sendiri, asas kepada pembentukan jati diri seorang muslim yang teguh dan bersabar dalam mempertingkatkan ketakwaannya adalah melalui pemantapan Ad Din dalam diri muslim itu sendiri. Pemantapan ini haruslah berteraskan kepada dua sumber panduan yang utam iaitu Al-Quran dan As Sunnah itu sendiri. Penghayatan dan pengamalan setiap apa yang terkandung didalamnya akan menjadikan insan itu seorang yang berpijak di bumi yang nyata serta konsep amar makruf nahi mungkar ditegakan.
Aqidah Islam atau lebih tepat lagi penghayatan rukun iman itu sendiri iaitu beriman kepada Allah SWT, para malaikat-Nya, Al Quran dan kitab-kitab-Nya, Nabi Muhammad Saw dan para rasul-Nya, hari kiamat, dan iman kepada ketentuan Allah Swt merupakan perkara asas yang menjadi dasar dalam pemantapan akidah umat islam. Aqidah itu adalah permata yang harus dipertahankan oleh umat Islam dengan sesungguhnya. Dalam hal ini Allah SWT berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”. (Surah: Ali Imran 102).
Allah SWT juga memberikan peringatan kepada umat Islam akan bahaya peperangan yang mengancam kehidupan daripada golongan musyrik iaitu mereka yang bertujuan untuk memurtadkan umat islam. Allah SWT berfirman:
”mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, Maka mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”. (Surah: Al Baqarah 217).
Konsep akidah
Pengertian Aqidah Secara Bahasa
Allah Swt berfirman, "Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja ..." (Al-Maa-idah : 89).
Aqidah ertinya ketetapan yang tidak ada keraguan pada orang yang mengambil keputusan. pengertian aqidah dalam agama maksudnya adalah berkaitan dengan keyakinan bukan perbuatan. Seperti aqidah dengan adanya Allah dan diutuskannya pada Rasul. Bentuk jamak dari aqidah adalah aqa-id.(kamus bahasa: Lisaanul ‘Arab, al-Qaamuusul Muhiith dan al-Mu'jamul Wasiith: (bab: ‘Aqada).
Jadi kesimpulannya, apa yang telah menjadi ketetapan hati seorang secara pasti adalah aqidah; baik ketatapan itu benar ataupun salah.
Pengertian Aqidah Secara Istilah
Secara istilahnya ia bermaksud perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa diakui dengan lisan dan diamalkn dengan perbuatan, sehingga menjadi suatu kenyataan yang teguh dan kukuh, yang tidak dipengaruhi oleh perasaan syak,ragu dan bimbang.
Dengan kata lain, keimanan yang pasti tidak akan terdapat sebarang keraguan pada orang yang menyakininya walau hanya sebesar zarah.
Aqidah Islamiyyah:
Aqidah Islam dapat ditakrifkan sebagai kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam, iaitu kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai dalam apa jua keadaan dan suasana.
Penjagaan akidah
Pembentukan asas akidah yang utama adalah bermula daripada pendidikan di dalam sebuah institusi kekeluargaan itu sendiri. Pengamalan dan proses pembelajaran yang berteraskan kepada cara hidup islam yang sebenar. Pendidikan asas agama penting untuk mereka aplikasikan dalam kehidupan. Pendidikan dari rumah akan berlanjutan ke peringkat sekolah dan pada peringkat ini, guru-guru turut terlibat dalam mendidik anak-anak, terutamanya mendidik agama itu sendiri. Peranan dan tanggungjawab Keluarga Terhadap Pendidikan Agama Pendidikan awal adalah bermula dari rumah, tidak kira apa jua bentuk pendidikan yang diberikan, semuanya adalah bermula dari rumah. Insyallah jika penghayatan islam itu dilaksanakan seikhlas mungkin akan tercapailah satu sistem kekeluargaan yang mencerminkan corak kehidupan islam yang sebenar.
Cara memantapkan akidah
Aspek yang mesti diajar kepada anak-anak adalah berkaitan dengan kepercayaan. Rukun iman dan Rukun Islam yang menjadi asas akidah Islam itu adalah perkara asas yang wajib diajarkan kepada anak-anak. Dengan adanya asas yang kukuh dalam diri seseorang itu, ini akan dapat menghindari dari melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah. Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh kita lakukan antaranya ialah melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al Quran, solat tahajud dan bersedekah.
1. Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus
2. Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah
3. Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam
4. Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik
5. Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah
6. Bertawakal kepada Allah
Perkara yang merosakan akidah
Ramai ahli masyarakat kita hari ini telah mempelajari akidah, syariat dan ibadah dalam alam persekolahan mereka. Namun ditinjau kepada senario persekitaran hari ini, kita dapati seolah‐olah ada permasalahan kepercayaan di kalangan masyarakat kita. Malah kadangkala terdapat segelintir yang sanggup mempermainkan aspek‐aspek akidah, lantaran gersangnya asas akidah mereka. Secara langsung, inilah faktor keruntuhan akhlak yang berleluasa pada hari ini, meskipun pelbagai kempen dan agenda memantapkan nilai-nilai moral di kalangan masyarakat dipergiatkan dari semasa ke semasa. Kebanyakan kita masih tidak menyedari kegersangan akidah ini lantaran kesibukan dengan urusan keduniaan dan ketiadaan pencetusan utama untuk menyedarkan dan membawa kita kembali kepada pengamalan cara hidup islam itu sendiri.Sehinggalah apabila bercakap tentang persediaan maut, barulah masing‐masing mengaku masih belum bersedia.
Begitu juga soal akhlak, banyak berlaku keruntuhan akhlak di mana-mana. Kalaupun terdapat pengamalan karakter dan penghayatan nilai‐nilai murni, ia belum cukup apabila tidak didasari kepada kepercayaan iman,; sekadar lakonan, hipokrit dan dibuat‐buat secara terpaksa. Terdapat 3 jalan rosaknya akidah umat iaitu melalui iktikad dalam hati, melafazkan melalui perkataan dan pelaksanaan melalui perbuatan.
Hindonisme yang membelengu masyarakat dunia pada masa kini telah menghalalkan banyak cara untuk mencapai kepuasan dan mengejar nikmat dunia yang sementara. Budaya inilah yang disuburkan oleh para fahaman dari barat dengan tekad untuk menghancurkan sistem dalam agama islam itu sendiri. Pada masa kini, status seseorang dinilai melalui harta, pangkat dan kuasa yang dimiliki.
Cara menghindari kerosakan akidah
Islam sebagai dinullah yang sempurna memberikan petunjuk tentang tatacara penjagaan aqidah. Pertama, Islam memberikan pemahaman yang sempurna tentang aqidah. Al Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang penciptaan manusia, disamping penciptaan alam semesta dan kehidupan.
Oleh kerana itu, setiap muslim disunnahkan untuk membaca Al Quran setiap hari (siang dan malam) dan berusaha memahami makna dari ayat-ayat yang dibacanya agar sentiasa segar dalam pikiran mereka gambaran kehidupan yang sebenarnya, baik di dunia mahupun di akhirat.
Kedua, Islam mensyariatkan berbagai bentuk ibadah seperti doa, zikir, sholat, haji, jihad, dan ibadah-ibadah khusus lainnya adalah untuk meningkatkan makrifat dan pendekatan diri (taqarrub) umat Islam kepada Allah SWT. Pada hakitnya setiap pelaksanaan kewajiban yang telah Allah fardukan kepada umat Islam adalah membuat aqidah umat islam lebih kuat dan hubungan mereka lebih dekat kepada Allah SWT. Dalam suatu hadits qudsi Rasulullah Saw bersabda: Allah SWT berfirman:
“Tidaklah mendekatkan diri kepadaku hamba-Ku dengan sesuatu yang lebih Kucintai daripada apa yang kufardlukan kepadanya… ” (Sahih Bukhari Juz 8/131).
Ketiga, adanya nasihat dan amar makruf nahi munkar yang diberikan oleh muslim yang lain baik secara pribadi ataupun secara bermasyarakat. Diriwayatkan hadits dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah Saw bersabda:
“Ad Diin (agama Islam) itu nasihat (3 kali)”. para sahabat bertanya: Untuk siapa wahai rasulullah? Rasulullah saw. Menjawab: «Untuk Allah, kitab-Nya, para pemimpin kaum muslimin dan kaum muslimin umumnya» (Sunan Tirmidzi Juz 4/324).
Nasihat untuk Allah maknanya nasihat itu disampaikan ikhlas kerana Allah dan untuk Rasul maknanya nasihat itu disampaikan kerana beriman kepada Rasulullah dan sebagai wujud ketaatan kepada Rasulullah saw. Sedangkan untuk umat Islam dan para pemimpinnya maknanya adalah bahwa nasihat itu memang diberikan kepada mereka sebagai wujud ukhuwah Islamiyyah.
Keempat, adanya tindakan yang efektif dari negara. Bila ada orang yang murtad, maka negara akan mengambil tindakan mengajaknya bertaubat, kembali memeluk aqidah Islam. Untuk itu dia diberi penjelasan tentang bahayanya perbuatan murtad itu bagi yang bersangkutan, yakni bila mati dalam keadaan murtad dan dalam keadaan mati kafir, maka akan hapus amalannya dunia akhirat dan menjadi penghuni neraka yang kekal di dalamnya. Lalu dia diberi tempoh tertentu, misalnya 3 hari, untuk merenungkan dan mempertimbangkannya. Bila setelah jatuh tempo dia menyatakan kembali kepada Islam, maka dia akan dibebaskan tanpa dikenakan hukuman apapun. Namun bila dia mengatakan tetap di dalam langkah murtadnya, maka dia dihukum mati berdasarkan sabda rasulullah saw. :
“Siapa yang mengganti agama (Islam)nya maka bunuhlah” (Sahih Bukhari Juz 4/75).
Insyallah dengan pengamalan langkah-langkah yang telah diberikan semoga dapat membantu umat islam untuk tetap berpegang teguh kepada tali Allah dan agama islam.
Penutup
Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang mempunyai tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.
Kata kunci untuk menjadikan Negara tercinta ini sebagai sebuah Negara yang makmur dibawah panji islam adalah dari bimbingan dan teguhnya akidah umatnya serta beristiqamah dalam melaksanakan semua arahan dan tegahan iaitu amal makruf nahi mungkar. Sepertimana firman Allah SWT:
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang bertaqwa) – (Surah Al-Baqarah:21)
Daripada ayat terjemahan Ayat ini, dengan jelas perintah dariNya iaitu pengabadian seluruh cara hidup kita sebagai hambanya adalah untuk beribadat kepadaNya. Ibadat yang sesungguhnya dengan penuh keikhlasan, akan melahirkan jiwa-jiwa yang kental bagi mempertahankan akidah masyarakat islam itu sendiri.Sungguhpun perancangan pihak-pihak tertentu yang berusaha untuk melemahkan dan merosakan cara hidup umat islam darripada mengamalkan islam itu sepenuhnya.
Insyallah dengan semua pihak sedar dan rela untuk mengubah cara hidup masa kini yang lebih bertuhankan keduniaan maka benarlah sabda rasulullah bahawa islam datang sebagai asing dan pada akhir zaman ia akan kembali asing maka beruntunglah siapa yang menegakanya.
Rujukan
1. Doa dan Wirid (doa itu senjata bagi orang muslim,sabda rasulullah),Penerbit Progressive Publishing House Sdn.Bhd,2011 Kedah,oleh Mustaffa Suhaimi
2. Mari Sembahyang,Penerbitan Syarikat Binyahya,tahun 1988 Selangor,Penulis Ahmad Sonhadji Mohamad
3. Akhlak Seorang Muslim,Cresent News (KL) Sdn Bhd,2002,Selangor, Percetakan Putrajaya Sdh Bhd,oleh Muhammad Al-Ghazali
Khamis, 12 April 2012
sebentar
ada
masanya kita harus berhenti sebentar melihat di hadapan, ada masanya
kita perlu berehat seketika melepaskan lelah, ada masanya kita menoleh
ke belakang mengupas pengalaman, ada masanya kita harus berlari laju
mengejar peluang, ada masanya kita harus berkata "tidak" pada teduhan
selesa, dan ada masanya kita jatuh tersadung menyerap kesakitan , ada
masanya kita menerima kejutan membina jati, namun setiap masa-masa ini
hanya berlaku jika kita telah menatapkan matlamat kita, bukan sekadar
hidup seperti binatang yang nalurinya sekadar mengalas perut untuk
harinya.......
Rabu, 11 April 2012
Langgan:
Catatan (Atom)