Rabu, 29 Ogos 2012

Perlukah?

Perlukah engkau menanamkan bibit-bibit kebencian, kemarahan, dendam dan kesumat,
lantas menyuburkannya, hanya dengan memupuk isu serta gosip sepanjang masa?
perlukah engkau menciptakan gemilang yang akan tersuburkan dengan fitnah,
caci maki dan sumpah serapah ?
Siapa yang akan dapat memberikan cinta,
jika yang engkau keluarkan untuk mereka adalah dendam membara ? 

Siapa yang akan memberikan kesetiaan,
jika yang engkau tanam adalah benih-benih permusuhan ?
Siapa yang akan memberikan ketulusan,
jika yang engkau taburkan adalah kebencian ?
sampaikanlah apa yang benar...

Selasa, 21 Ogos 2012

KAIN KAFAN DARIPADA RASULULLAH S.A.W



KAIN KAFAN DARIPADA RASULULLAH S.A.W

Seorang wanita datang kepada Rasulullah S.A.W. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Nabi S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasul. Dengan senang hati rasulullah menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Nai keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Nabi, lau berkata, "Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya," ujarnya.
"Baiklah," jawab Nabi S.A.W ringkas.
Setelah keluar dari suatu majlis, Rasulullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.
"Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasululah S.A.W.
Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi kerana itu dipakainya, tetapi Nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang. "Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat.
Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah S.A.W, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku."

Rabu, 15 Ogos 2012

Cikgu Irwan Bin Jaisun

tempat menimba ilmu tentang Negara

belajar tentang cara hidup di Kampung

ke manapun tanah dipijak lautan tetap ada bersama

Isnin, 13 Ogos 2012

pembangunan

apa yang indahnya pada merah tanah yang ditarah, apa yang cantiknya pada pokok yang tak bertunjang, apa yang menariknya pada pembangunan yang diagungkan, jika hari ini kita menangis pada banjir dan kemarau...