Tak
perlu dikira banyaknya lafaz sesal dengan waktu silam yang gelap, jika
ia sekadar lafaz yang tak merubah apa-apa, jika esok ia masih sesal yang
sama....
Tinta
tak perlu dengan dakwat untuk menuliskan ilmu,kerana dalam diri kita
telah tersimpan khazanah makna sebagai khalifah di alam untuk kita gali
makna kehidupan fana..
kalau hidup seperti lalang biar goyah ditiup bayu tetapi akar kuat mencengkam tanah, kalau hidup ingin berjaya biar alasan menjadi cabaran untuk kita terus melangkah.......
Khamis, 31 Oktober 2013
Rabu, 23 Oktober 2013
lumrah dunia
dunia
ini ada hukum alam. Yang naik akan turun,Yang di atas tidak akan
selama-lamanya di atas. Ini hukum alam yang tidak ada siapa dapat
mengubahnya. Apa yang bermula pasti akan berakhir. Selagi ada penindasan
selagi itu akan ada perlawanan. Sekuat mana pun sesebuah empayar itu,
ia akan berakhir. Dari zaman kuno kita mendengar empayar Inca, empayar
Rom,empayar Parsi Empire Firaun, empayar Iskandar Zulkarnain atau
empayar China, empayar Uthmaniah semuanya terkubur.
Khamis, 17 Oktober 2013
Hak
jika
bercakap tentang hak individu, adalah sesuatu yang mengelikan apabila
kita bersyukur atas alpa yang jelas kita perjuangkan, dan yang kita
luahkan adalah berubah dengan sesal, sedangkan kaki kita masih terbenam
pada alpa tersebut, mungkin kita salah meyakini tentang keampunanNya
hanya untuk "kaum yang mahu berubah dengan tindakan bukan sekadar
lidah".....
Isnin, 14 Oktober 2013
perubahan
kita
tak perlukan sebuah perubahan yang besar untuk membuktikan makna
berubah, cukuplah sekadar bermula dengan satu langkah kecil, kerana kita
tahu lelahnya berubah tak semudah kata, jika kita percaya dengan
membina empangan nilai sungai dan alam masih sama, mungkin kita patut
bersama yang kontang bercerita tentang perubahan....
Selasa, 8 Oktober 2013
Yakin bertempat
ketika
kita terlalu yakin pada sesuatu ketentuan pastinya ia amat sakit
apabila yang diyakini tidak menjadi nyata, dalam sepohon buah yang baik
bakanya pasti akan ada yang gugur buahnya sebelum ranum, tak perlu kita
sesali apa yang telah gugur, kerana ia akan menjadi baja akhirnya, tapi
peliharalah yang masih tersisa di pohon untuk menjadi kebanggaan kita
Langgan:
Catatan (Atom)