Selasa, 31 Disember 2013

teruskan bersyukur

Dalam bersabar kita tak memetik buah yang tak cukup masak, tidak pula bunga yang belum berkembang, tapi kita bersabar menunggu ia ranum dan berbunga kembang, memberikan kelazatan dan haruman yang berbaloi dinanti.....

Jumaat, 27 Disember 2013

sebab untuk percaya

Jangan ditanya kenapa sesuatu tindakan itu kotor, tapi biarlah kita mencari untuk apa ia berlaku, mungkin bagi kita sesuatu itu tak berbaloi tetapi mungkin untuk orang lain itulah yang terbaik dia lakukan....

Rabu, 25 Disember 2013

Hari Natal

Ia adalah hari yang cerah, di sebaliknya ada kawasan yang bersalji, "ada pula yang berhujan tak teralir air mata", bukan kerana berbeza tetapi kita melaluinya dengan penuh kegembiraan, semoga hari kita ceria seperti yang kita impikan, selamat hari natal buat rakan-rakan yang meraikan...

masa

Terbuangnya masa untuk sesuatu perkara yang kita sedari sama nilainya dengan perkara yang kita tak sedari, kerana masa tak pernah disimpan buat esok, ia terus berlalu menjadi detik....sedetik lalu yang tak terganti.....

Ahad, 22 Disember 2013

mencari cahaya

Kadang-kadang sebuah ikatan yang paling dekat dengan simpulan kita,merupakan titik kerapuhan paling mudah dalam jalinan kita, dan tempat paling kering bagi sepohon pokok adalah di bawah rimbunan yang menghijau....

Jumaat, 20 Disember 2013

yang kecil

Perkara kecil yang tak terjangka sebenarnya,membawa makna yang lebih besar berbanding sesuatu yang jelas kelihatan, berilah peluang untuk kita melihat pangkalnya, agar ia menjadi sebab kegembiraan....

Selasa, 10 Disember 2013

seadanya

Jika kelapa berdaun nipah ia tak seindah asalnya walau fungsinya berbeza, begitu juga manusia yang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri, terima seadanya itu yang terbaik kita perjuangkan...

Isnin, 9 Disember 2013

tabah

Kita mengumpul kekuatan daripada cabaran yang telah kita lalui, takdir bukan mengajar kita untuk pasrah semata-mata, malahan ia menjadikan kita lebih kuat berusaha.....

Khamis, 5 Disember 2013

peluang

Tak tertunda peluang seseorang yang berusaha, kerana tiada cabaran yang mampu mematikan, hanya jika gagal ia memberi pengalaman untuk kita melakukan yang lebih baik, jika jaya ia memberi kita peluang yang lebih bermakna..

Selasa, 3 Disember 2013

Lari

Mau menjauh dari mentari
Mau berteduh dari hujan
Mau menepis tiupan angin
Mau jauh dari semua
Andai diturut apa dilurut
Semua salah kita dimangsa
Setiap detik adalah duri
Yang membusuk menghanyir tekak
Bertalulah dan genderang berbunyi
Kalahkan kodok memanggil hujan
Yang salah bukan hakikat
Hanya terbawa emosi amarah
Sedang ketentuan sudah tersurat
Andai bukan semalam
Mungkin hari ini
Mungkin esok hari
Mungkin juga tertunda
Menunggu lafaz syukur
Seikhlas berbudi...

Ahad, 1 Disember 2013

jaya sebenar

Sehingga kita merasakan kejayaan yang kita capai belum mampu memberikan makna kepada kita, sehingga itulah kita tak pernah berhenti untuk berusaha...