Khamis, 20 Februari 2014

BEKENU SIBUTI oleh Cikgu Irwan J



Asal Usul Nama Sibuti : Nama Sibuti adalah berasal daripada nama sebatang sungai. yang dikenali sebagai "Sungai Sibuti". Nama Sungai Sibuti dipercayai berasal daripada perkataan 'Se'buting' (Bahasa Kedayan) yang bermaksud 'Satu'. Menurut cerita penduduk tempatan pada awal kedatangan masyarakat dagang ke Sibuti mereka perlu melalui sebatang sungai untuk sampai ke Sibuti, sewaktu pelayaran menggunakan jalan laut persisir pantai mereka telah tersesat ke laluan sungai yang lain (Sungai Kuala Niah), oleh itu mereka berhenti bertanya kepada penduduk tempatan dimanakah jalan untuk ke sungai yang hendak mereka tuju (Sungai Sibuti). Penduduk tempatan memberitahu bahawa sungai yang "Se'buting" lagi, menurut fahaman kumpulan orang dagang tersebut dalam bahasa mereka ialah Se'buting bermaksud 'Se'butik' yang bermaksud satu lagi (dalam bahasa Sarawak).Terdapat juga asal usul nama Sibuti yang diperoleh dari maksud perkataan cina (Si Bu Tik) yang bermaksud 'tidak mati' / semua barang ada. Kaum cina beranggapan bahawa sesiapa yang mendiami kawasan sungai Sibuti tidak mati kerana di situ terdapat banyak bekalan makanan yang pelbagai seperti padi, getah, jelutong, damar, rottan engkabang (sejenis minyak) dan lain-lain untuk kegunaan mereka.
 Asal Usul Nama Bekenu : Nama Bekenu merujuk kepada sebuah anak sungai kecil sub-sungai Sibuti (Pecahan anak sungai Sibuti). Nama Bekenu berasal daripada bahasa kaum Orang Ulu (Badami : Bakong/Dalek/Merek) yang membawa maksud "Tengah-Tengah" "Perkataan "Kenu" adalah dari bahasa orang kaum Bakong, memandangkan pasar Beke...nu sekarang memang terletak di tengah-tengah kawasan Bekenu Sibuti, maka ada kebenarannya pada asal usul nama tersebut. Selain itu peristiwa Berkayuh dan Nama Orang 'Anu' disingkatkan menjadi Bakanu. Anu merupakan seorang penduduk tempatan yang terawal mendiami kawasan Bekenu, Anu dikatakan sering dan rajin membuat dan memasang bubu, sejenis alat menangkap ikan. Penduduk tempatan juga memasang buluh dipapan/dipagar sehingga ke hulu sungai Anu untuk memudahkan menangkap ikan. Kawasan anak sungai tersebut merupakan kawasan kediaman mereka, tempat yang sekarang ini dikenali sebagai Pasar Bekenu (Bekenu Bazaar).
 Tahun 1800 : Penghuni paling awal di kawasan Bekenu Sibuti ; Orang Ulu, (Badami : Bakong/Dalek/Merek) telah menghuni bekenu sekitar Tahun 1800 dan mungkin lebih lama lagi. ciri-ciri kegiatan ekonomi, berpindah randah, berburu, mengambil hasil hutan dan bercucuk tanam secara sementara. Tidak mempunyai agama dan hanya pe...rcaya kepada semangat tanaman. berasal dari kawasan Bakong dan berpindah randah mencari hasil bumi sehingga ke kawasan Bekenu Sibuti. Struktur masyarakat, telah mempunyai ketua yang memerintah. Kampung-kampung penempatan terawal masyarakat ini ialah dikawasan Sungai Uban, Kpg Opak, Beraya Lama dan kawasan persisir. Bukti kewujudan pada kesan peninggalan artifak, tempayan, pinggan mangkuk tembikar, tulang-tulang rangka manusia dan kubur-kubur lama di kawasan bukit berhampiran dengan sungai Uban. Nama orang terawal yang berpengaruh berbangsa Dalek (Orang Ulu) "Jalong" Orang Kaya Jalong. Orang yang pertama menduduki kwasan pasar Bekenu, Tahun 1905 bernama Midin Bin Sarudin. Rumah kediaman terletak di atas bukit Bekenu, iaitu Bukit tapak Pejabat Daerah Sekarang.Orang Kaya Damong orang berpengaruh pertama menjadi ketua berbangsa kaum orang Ulu (Badami) bukan Islam di Kampung Nusah.

Tahun : 1800 - 1900 : Kedatangan kaum berbangsa Kedayan yang berasal dari negara Brunei. Penempatan terawal masyarakat Kedayan ialah di "Kampung Bungai". Kampung Bungai merupakan kampung Kedayan yang tertua di Kawasan Bekenu Sibuti. Dan dianggarkan berusia lebih 200 Tahun. Hal ini dapat dirujuk melalui kesan peninggala...n batu nissan pada kubur lama kaum Kedayan di kawasan Bungai. Kegiatan ekonomi utama masyarakat Kedayan pada masa itu ialah menangkap ikan dan menanam padi. Mereka telah mempunyai agama iaitu agama Islam. Hal ini dapat dikesan melalui ayat tulisan jawi pada batu nisan kubur mereka. Mereka menetap secara tetap di kawasan tepi pantai Bungai. Orang Kedayan berpengaruh pertama yang datang ke Sibuti (Kampung Bungai / kawasan persisiran pantai) Bernama : Haji Abdul Ghafar Bin Nayan kira-kira 200 tahun yang lalu.Haji Abdul Ghafar Bin Nayan datang daripada Brunei dengan menggunakan perahu sampan. tujuan utama beliau datang ke Bungai adalah untuk mencari kawasan untuk dijadikan tempat berkebun menanam padi. setelah dilihatnya kawasan tersebut sesuai beliau datang untuk kali kedua dengan membawa anak benih untuk ditanam. Saya kagum dengan seorang anak tempatan yang diceritakan sangat digeruni oleh penduduk tempatan kerana ketegasannya, kanak2 sering ditakutkan oleh ibu dan bapa mereka sekiranya mereka nakal. Orang yang saya maksudkan tersebut bernama Haji M...at @ Saji Bin Mat. beliau dikenali dan digelar 'Saji Mat' oleh penduduk cina dan penduduk tempatan. Saji Mat tinggal di kampung Masjid Lama (kampung Rancah-Rancah) di kawasan Bungai. Menurut cerita rakannya, beliau telah berjuang mempertahankan tanah Sibuti Sarawak semasa pemerintahan Jepun. Serangan semasa peperangan Jepun telah mengakibatkan tangan Saji Mat tercedera/terputus. 
 1890 - 1920 : Kedatangan kaum Cina yang datang terus dari negara China melalui persinggahan sementara di Kuching. lawatan pertama ke Bekenu adalah untuk melihat-lihat kawasan yang berpotensi untuk diduduki. (Mencari tempat baru yang sesuai untuk berdagang). Membuat rumah penempatan yang pertama terletak di Kampung Ranc...ah-Rancah di tepi sungai, rumah tersebut dijadikan kedai menjual barang (berniaga) dan kedai menjual basikal. Kegiatan ekonomi : berniaga dan berkebun. Datang menggunakan Bot / Kapal dari Negara China. Orang Berbangsa Cina yang pertama menjejakkan kaki ke Sibuti ialah Kapitan Sim Yaw Khung. Beliau bertanggung jawab membawa masuk kaum cina dari negara China untuk datang ke Sibuti dan menetap di Sibuti. Kapitan Sim Yaw Khung datang ke Kuching pada Tahun 1892 dan melalui Kuching beliau berhijrah menggunakan jalan laut dan datang ke Sibuti buat pertamakalinya pada Tahun 1895 di kampung Rancah-Rancah dan Kampung Masjid Lama.Kapitan Sim Yaw Khung telah dilantik secara rasmi menjadi kapitan bagi kawasan Sibuti oleh Raja Putih Sarawak C.V. Brooke pada tahun 1940.
Sekolah Kebangsaan Bekenu ditubuhkan pada 10 Januari 1959. Nama asalnya ialah “Central Upper Primary School”. Nama ini sesuai dengan keadaan sekolah masa itu yang mana ianya hanya membuka kelas untuk darjah lima dan enam sahaja.

Pengambilan pertama hanya satu kelas sahaja iaitu darjah lima dengan 30 orang murid. Murid-murid ini datang dari seluruh Daerah Subis. Kelayakan masuk ke sekolah ini mestilah lulus peperiksaan darjah empat di sekolah masing-masing di kampung.

Pada ketika itu, bangunan sekolah sebenarnya belum lagi didirikan dan untuk sementara waktu gudang kerajaan di tepi Sungai Sibuti digunakan sebagai tempat belajar. Hampir 90% daripada muridnya tinggal di asrama. Mereka dian di salah sebuah bangunan kerajaan di Bekenu. Bangunan sekolah yang baru dibina pada tahun 1963 hanya mempunyai lima bilik yang menempatkan empat kelas dan sebuah bilik guru.

Bagi tahun-tahun seterusnya, bilangan murid semakin bertambah dan kelas baru dibuka untuk menampung kepesatan ini. Pada awal tujuh puluhan, sekolah ini menjadi sekolah penuh kerajaan. Bersesuaian dengan tempat dan keadaan, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Rendah Kerajaan Bekenu dan kemudiannya ditukar pula kepada Sekolah Kerajaan Bekenu sehingga sekarang.

Pada tahun 1980-1981, sekolah menengah menumpang tempat di SK Bekenu dan sebuah bangunan baru didirikan. Apabila mereka berpindah ke lokasi baru (Simpang Bekenu) bangunan tersebut tekah diserahkan Hak Milik kepada SK Bekenu.

Bangunan tambahan telah didirikan dan digunakan pada April 2003. Bangunan tambahan ini lengkap dengan sebuah Blok Akademik, dua buah bangunan asrama, sebuah dewan makan, sebuah surau dan dua unit rumah guru (Guru Besar dan Penolong Kanan). Bangunan tambahan ini menelan belanja RM4.5 juta. Peningkatan pada infrastruktur ini menambahkan kemudahan dan keselesaan murid-murid mengikut P&P.

Pada tahun 2003 juga sekolah ini diarahkan untuk membuka sebuah kelas Pendidikan Khas (Kelas Bermasalah Pembelajaran) dengan 2 orang murid.

Pada tahun 2004, kelas ini telah dibahagikan kepada 2 (Tahun 1 hingga 6) disebabkan berlaku perpindahan murid dari sekolah lain secara mendadak. Murid-murid tersebut kebanyakkan tinggal di asrama. Sebuah bangunan baru Pra Sekolah telah digunakan pada tahun 2007. Bangunan ini dilengkapi dengan 2 buah kelas, bilik makan, dapur dan tandas.

Pada tahun 2014, Sk Bekenu telah menerima guru besar yang baru iaitu En Zaidil Bin Ismail menggantikan guru besar sedia aada yang telah berpindah ke sekolah lain. Pertukaran dalam pentadbiran sekolah juga melibatkan penolong kanan pentadbiran iaitu Puan Zaiton Bin Abdul Rani, penolong kanan kokurikulum iaitu En Rais Bin Yatim dan penolong kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Zalehah Bin Bakar. Pelbagai perancangan pembangunan infrastruktur, akademik, kokurikulum, kebajikan guru, dan kebajikan pelajar telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan bagi mencapai matlamat, visi dan misi sekolah.

Pejabat Pelajaran Daerah Subis juga telah dipindahkan ke dalam kawasan sekolah dengan menggunakan blok asrama yang telah diubah suai sebagai pejabat pentadbiran PPD. Perubahan ini diharap akan mampu menjadikan harapan sekolah menjadi sekolah yang cemerlang pada tahun 2014 akan lebih mudah dicapai, serta proses pengurusan sekolah juga akan menjadi semakin lancar.

Kini setelah lebih 5 dekad  usia sekolah ini, pelbagai kemudahan dikecapi oleh murid-murid sekolah ini. Sebuah makmal komputer menjadi nadi pengajaran dan pembelajaran PPSMI dan ICT. Makmal ini juga digunakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Subis sebagai tempat berkursus guru-guru di daerah ini. Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) juga turut mengalami perubahan. Setiap Darjah juga telah dibahagikan kepada 2 buah kelas bagi memberikan keselesaan P&P pelajar serta membantu guru memberikan pengajaran yang terbaik buat pelajarnya.


RPH PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4


Mata Pelajaran dan Kelas
Pendidikan Moral (6 Bijak)
         /4
Tema/Tajuk
Berterima kasih
Tarikh/Hari

Isnin/Selasa/Rabu
Masa / Jam
0740-0840/0840-0940

Fokus
 Standard Kandungan:  

TP 1-6 (RPT)
Standard Pembelajaran: 
4.1.1 Menceritakan sumbangan jiran

4.1.2  Memaparkan cara menghargai sumbangan jiran

Objektif
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid  akan dapat;

1.    Memberikan perkongsian tentang penghargaan jiran kepada mereka
2.    Menunjukan reaksi bagaimana menerima penghargaan daripada jiran

Aktiviti

1.    Lakonan watak dalam buku teks
2.    Perbincangan antara pelajar
3.    Guru memberikan kesimpulan pembelajaran

EMK
Bahasa melayu,SVK

Bahan Bantu Belajar
Buku teks, gambar
Pentaksiran Tahap Penguasaan

Refleksi













Mata Pelajaran dan Kelas
Pendidikan Moral (6 Bijak)
         /4
Tema/Tajuk
Berterima kasih
Tarikh/Hari

Isnin/Selasa/Rabu
Masa / Jam
0740-0840/0840-0940

Fokus
 Standard Kandungan:  

TP 1-6 (RPT)
Standard Pembelajaran: 

4.1.3  Menceritakan perasaan menghargai sumbangan jiran

4.1.4  Memberi penghargaan terhadap sumbangan jiran

Objektif
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid  akan dapat;

  1. Menghargai peranan jiran mereka
  2. Memberikan sumbangan sebagai jiran yang baik
Aktiviti

  1. Perbincangan antara guru dan pelajar
  2. Pelajar melagukan sajak ”kejiranan” yang disediakan
  3. Guru menyimpulkan hasil pembelajaran hari ini.
EMK
Bahasa melayu,SVK

Bahan Bantu Belajar
Buku teks, sajak
Pentaksiran Tahap Penguasaan

Refleksi
















Mata Pelajaran dan Kelas
Pendidikan Moral (6 Bijak)
         /4
Tema/Tajuk
Berterima kasih
Tarikh/Hari

Isnin/Selasa/Rabu
Masa / Jam
0740-0840/0840-0940

Fokus
 Standard Kandungan:  

TP 1-6 (RPT)
Standard Pembelajaran: 



Objektif
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid  akan dapat;

  1. Menjawab soalan yang diberikan
  2. Mampu mentafsir soalan yang diberikan dengan betul

Aktiviti

  1. Menjawab soalan untuk pembelajaran yang telah diajarkan.
  2. Berbincang untuk memperbetulkan jawaban pelajar yang salah.
  3. Sesi ulangkaji hasil pembelajaran bagi tajuk yang diajarkan.
  4. Guru merumuskan semua pembelajaran sepanjang minggu yang diajarkan.
EMK
Bahasa melayu,SVK

Bahan Bantu Belajar
Buku teks, soalan tajuk pengajaran
Pentaksiran Tahap Penguasaan

Refleksi