Rabu, 22 Oktober 2014

koleksi hati

Ketika kita takut dengan kegagalan, sehingga itu kejayaan nampak jauh...


Perkara besar biar nampak kecil di mata dunia, barulah matlamat kita sentiasa seiring dengan tindakan...


 Makhluk tuhan yang lain tak perlu dihebohkan kehadiran, cukup kita sedar yang kejadian mereka juga adalah ketentuan, pengajaran dan ikhtibar buat kita. "homo sapiens"


Otak berpusing, bercakap tentang tanggungjawab dengan melihat sudut pakaian orang rabak....


Jangan menyiksa diri sendiri dengan memikirkan tanggapan orang lain, selagi usaha dan syukur kita sandarkan, pasti ada rintangan mematangkan...maka tersenyumlah.....


 Raikan kehidupan, kerana kita terpilih untuk berbakti padaNya.....


Jika kita biarkan batasan keraguan menjadi sandaran, sehingga kini kita masih merangkak seperti bayi, kerana tak mahu mencuba untuk berlari.....


 Kita tangisi datangnya banjir, namun kita tak sedar ia adalah tangisan alam, yang mana padanya, membawa rahmat sekelian alam, dariNya...