Jumaat, 7 Januari 2011

pedas tapi sedap

sesekali akan terdetik di hati bertanya erti kehidupan...
namun ada kabut yang terus membuat ia samar..
namun disanalah alasan datang bertandang..
membuat ia hilang semula..
dan pastinya ia akan datang dengan harapan semula
...agar kabut itu pergi memperlihat apa yang terlindung...
dalam kesamaran membina semula kekuatan hati...
 

dari rakanku....

Wan erti kehidupan... jangan mencari erti kehidupan.. carilah bagaimana kita mencorak kehidupan.. Selagi jantung berdegup jangan mengaku kalah.. kalau hari ini ko bersedih bergundah gulana .. besok ko naikan dada mu..ko angkat ponggong mu.. aku adalah aku... aku berhak atas kehidupan ku... ku baling bola boling tu biar berkecai semua pin pin tu walaupun kadang-kadang masuk keparit.. tapi bangkit lagi untuk strike ...... kekekkeke .
 

inilah kita..

cemburunya pada masa yang terus bergerak kehadapan.....kalau kita terleka pasti kita ditinggalkan....kalau kita tersedar pasti kita menguasai masa....namun semestinya dalam setahun ada ketika kita tersedar ia sudah berlalu....namun juaranya tetap MASA..

habuan minda

anda dalam perjalanan dengan berkereta dan setibanya di sebuah perhantian bas...terdapat 3 orang yang mana hanya salah seorang sahaja yang boleh anda tumpangkan: siapakah pilihan anda?
1) seorang tua yang sakit dan perlu mendapatkan rawatan dengan segera..
2) rakan anda yang amat anda percayai dan rapat..
3) idola anda yang semestinya p...eluang untuk bertemunya hanya sekali ini sahaja...
biarlah semua tersenyum

 

muka hari ini

syukurilah hari ini masih ada untuk kita...ia bertambah indah andai mulakan hari dengan senyuman....tambahkan seri dengan penuh semangat....kurangkan malas dengan melakukan semua perkara dengan ikhlas....buatlah azimat dengan berfikiran positif...pastikan hari ini lebih baik daripada semalam untuk menjamin hari esok pasti lebih baik dari hari ini....andai esok masih ada untuk kita....
Knowing is not enough..we must apply.
Willing is not enough...we must do.
We are still masters of our fate.....
We are still captains of our souls....
Dalam kehidupan ini kita tidak dapat selalu melakukan hal yang besar.......... Tetapi kita dapat melakukan banyak hal kecil dengan cinta yang besar.........
 
 
 

bangkitkanlah semangat mereka

guru pembina negara bangsa,namun banyak yang harus difikirkan menyentuh tahap IQ pelajar itu sendiri...kalaulah dinilai secara mendalam peranan membentuk genarasi masa kini bukan semata-mata daripada SERAHAN TUGAS SECARA TOTAL KEPADA GURU..kerana proses pembinaan harapan bangsa ini bermula dari RUMAH. ibu bapa seharusnya tahu had untuk kebebasan anak - anak mereka bukan sentiasa MENGEJAR harapan STATUS HIDUP yang pasti akan membuat mereka terlupa AMANAH yang telah mereka PIKUL...

ada makna semua ni.....

1.Cuba tengok jari anda. Genggam
kuat2 & angkat ke
atas sambil laung..”Allahu Akbar”.
Itulah Rukun Islam
yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dalam
keadaan terbuka &
Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan
solat lima waktu
jangan kita abaikan.

3.Put ur hand on the table,
perhatikan. Start dari jari
kelinking yg kecil & kerdil, macam
manusia & apa benda
pun akan start dari kecil then membesar
& terus
membesar. Itulah fitrah insan dan alam
seluruhnya.
Whatever we do semua start dari
kecil. Kegagalan
mendidik pada usia muda akan beri
impact/kesan yg besar
pada masa depan.

4.Then tengok jari kedua, jari manis. Macam
tu jugak la
dengan usia remaja..semuanya sweet..
manis macam jari
manis. Masa remaja kita selalu di duga
dengan cabaran &
dugaan. Hanyan iman & takwa akan
tunjukkan jalan
kebenaran.

5.Jari ketiga jari yang paling tinggi,
jari hantu
ibarat alam dewasa kita. At 30′s kita
dah punya
status & ekonomy & career yg stabil
but kita kena
careful sebab masa ni la banyak “hantu-
hantu pengacau”
yang datang menggoda. Hantu dengki,
hantu ego, hantu
tamak, hantu jealous dan macam2 hantu
lagi. Kalau gagal
kawal emosi khuatir kita masuk ke
perangkap nafsu dan syaitan.

So kita kena la lipat gandakan ibadat.
6. Jari telunjuk – Jari ni lah yang
mengungkap satu dan esanya
Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua
jari kecuali telunjuk see how
Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk
arah, jadi contoh &
tauladan pada jari2 sebelum ni. Macam tu
jugak dgn kita
perlu jadi role model to the new
generation.. jadi
pembimbing yang kaya dengan idea bernas & a
great mind.

7.Lastly renung la ibu jari..
besar/gemuk & pendek
compare to the others but it shows
kematangan &
kehebatan yg membanggakan. Kalau ada
ibu jari semua
urusan lancar tapi bayangkan kalau
takde ibu jari…
nak gengam/pegang something cukup
susah.. nak pegang
sudu pun susah. To young generation,
nak buat2 apa
rujuk la kat org tua/berpengalaman.
Kalau kita
patuh pd petunjuk mereka, then boleh
la kita say
“good” or “yes” sambil thumbs up
itulah rahsia
kejayaan kita.


Rabu, 5 Januari 2011

TAHUN BARU

biasanya kalau tahun baru datang, pasti ada saja yang akan bertanya APAKAH AZAM BARU KITA...tetapi kalau dilihat dari segi semua aspek pertanyaan ini sebenarnya mempunyai pelbagai makna yang boleh kita difinisikan sendiri.contohnya ia secara langsung akan membuat kita berfikir dan terfikir APA YANG SUDAH SAYA LAKUKAN..setahun baru saha ja berlalu,kalaulah kenan tunggu lagi beberapa tahun,alamatnya azam kita sekadar azam biasa sahaja.ada orang mengatakan kalau tercapai 50% daripada azam kita bermakna kita telah berjaya BETULKAH? ada juga yang berkata binalah angan angan tetapi kejarlah cita-cita anda pasti angan-angan akan membantu kita mencapai cita-cita kita.
            apapun semua berkisar tentang sikap kita sebenarnya..tidak salah membubuh azam pada awal tahun,bersyukur pada akhir tahun tetapi kalau sekadar untuk retorik kehidupan semata-mata tidak payahlah buang masa dengan azam yang sekadar pemanis semata mata di bibir..pasti akan ada pahitnya bila kita faham erti CITA-CITA.

Rabu, 17 November 2010

orang cakap sakit kepala tu..

Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.
i.Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
ii.Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang
iii.Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
iv.Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
v.Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

Isnin, 18 Oktober 2010

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.