Bentak membentak meronta
Meramal jalannya lancar
Dikejar masa berlalu
Dicari lapang yang santai
Dipujuk hati yang gelora
Cepat masa terus berdetik
Ia terus berlalu
Bagai berlari lajunya
Walhal tadi sebelum waktunya
Seperti merangkak jalannya
Aduhai masa ini
Hanya bermain
Dalam persepsi...
Jam ini..
kalau hidup seperti lalang biar goyah ditiup bayu tetapi akar kuat mencengkam tanah, kalau hidup ingin berjaya biar alasan menjadi cabaran untuk kita terus melangkah.......
Rabu, 22 Januari 2014
Isnin, 20 Januari 2014
bersatulah
Retak..bukan
kerana kita menghukum pada pesalah yang selayaknya tetapi kepada
kepercayaan dan kaumnya, Rosak.. bukan kerana kita mempertahankan
kebenaran tetapi mempertahankan seorang pesalah yang kita sanjungi
kerana kuasanya, mari bersama sebarkan Keamanan.....
Jumaat, 17 Januari 2014
pedasnya cili
"Siapa
makan cili dia merasa pedasnya" namun hakikatnya siapa yang tak pernah
memakan cili tiada hak untuk bercakap pedasnya cili yang dimakan oleh
pemakannya...
Rabu, 15 Januari 2014
semangat juang
Kekalahan
bukan sesuatu yang menarik untuk diperkatakan, tetapi ia adalah jawaban
bagi setiap persoalan yang membataskan kejayaan kita, kerana semangat
juang tak pernah hadir bagi sesiapa yang tak pernah mencuba walaupun
gagal...
Isnin, 13 Januari 2014
usaha
Ketika
kita mencari kawasan tanah yang subur untuk bertani, kadang-kadang
kawasan yang kita pilih penuh dengan batu, namun di sebalik payahnya
kita memecahkan setiapnya, ia telah mengajar kita tentang hakikat, untuk
berhenti dan memilih kawasan yang lain, kerana niat kita adalah untuk
bertani bukan memecahkan timbunan batu yang tidak bertanah
Rabu, 8 Januari 2014
Isnin, 6 Januari 2014
perjuangkanlah hari kita
Jangan
dikejar ufuk senja di barat, tetapi tersenyumlah melihat mentari terbit
di ufuk timur, siapa tahu seketika nanti yang hadir hanyalah mendung
mengiringi hari...
Ahad, 5 Januari 2014
penantian
Jika kita mahukan malam yang panjang biarkan esok menjadi sebuah penantian yang mendebarkan dengan berita gembira...
Jumaat, 3 Januari 2014
bersabarlah
Entahkan
bayu seperti taufan jika lautan memuntahkan buih di permukaan, entahkan
bicara seperti kehidupan jika perjalanan mematahkan harapan, entahkan
bekal seperti impian jika kekalutan seperti hamparan...
Langgan:
Catatan (Atom)