Selasa, 24 Februari 2009

lagi untuk santapan minda

*    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda 
     masih mempunyai masa depan.
*    Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan 
     mengenal kemanisan.
*    Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk 
     membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
     kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai 
*    Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas 
     ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai 
     dengan minatnya.
*    Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.
*    Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.
*    Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.
*    Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.
*    Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada 
     kemenangan terhadap orang lain.
*    Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar 
     tetapi tidak melakukannya.
*    Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.
*    Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama 
     daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.
*    Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
*    Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda 
     boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu 
     memikirkan masa depan anda.
*    Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
     bagaimana keadaan kita semasa hidup.
*    Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
*    Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda 
     perlindungan dengan tidak memusnahkannya.
*    Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi 
     alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah 
     hinaan kepada Allah.
*    Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
*    Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca 
*    Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
     bahawa masa depan masih ada. 
*    Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak
     pada diri manusia 
*    Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita 
     belum kecapi kejayaan yang orang lain capai 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan