KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) diminta memperhalusi rancangan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk membawa atlet berlatih di Ranau, Sabah bagi mengelakkan salah faham terhadap niat badan olahraga itu.
Itu ditegaskan Timbalan KOAM, Karim Ibrahim yang mahu membawa atlet menjalani latihan di Ranau, Sabah.
Katanya, pihaknya cuma bercadang untuk mengadakan latihan berfasa di Ranau terutama sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2011 dan beberapa kejohanan bertaraf dunia sepanjang tahun ini.
''Bukan nak alih ke Ranau sepenuhnya, kita cuma mahu beri perhatian khusus kepada atlet yang berdaya saing agar mereka dapat memberi tumpuan terhadap latihan insentif sebegini, bukan nak pindah untuk selama-lamanya.
''Tambahan pula cuaca yang selesa dan kedudukan tempat latihan di sana sesuai untuk atlet olahraga selain mempunyai trek yang berpotensi tinggi,'' kata Karim ketika ditemui Utusan Malaysia di Bukit Jalil, semalam.
Karim berkata, ketika ini ramai atlet olahraga dan jurulatih telah pun mencapai persetujuan untuk mengadakan latihan di sana.
''Sekiranya ada atlet yang tidak mahu turut serta biarlah mereka, kita hanya akan bawa atlet muda yang berpotensi menghadiahkan pingat di Sukan SEA.
''Apa yang saya pelik kenapa bila mahu diadakan latihan di luar negara mereka tidak beri sebarang alasan sebaliknya jika mahu diadakan latihan di negara sendiri mereka beri pelbagai alasan,'' katanya.
c/o: dorang tu dah sampai p ranau ka ni...kot mentaliti dorang ni masih katak bawah tempurung.....engat hebat sangatka tu....emosi ja lebih aksi mau dapat pingat hempah..alasan senanglah mau cari....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan