Khamis, 25 Ogos 2011

Pecahan Tugasan pembantu am bahagian Research and Development INFAPRO



Pecahan Tugasan pembantu am bahagian Research and Development INFAPRO

Failing
1)      Projek terbaru R&D yang sedang/akan dijalankan

·         Semua perkara yang berkaitan dengan sebarang projek atau kerja yang melibatkan R&D wajib di buat sebuah fail khas bagi memudahkan urusan.

2)      Mengemaskini data semua kajian yang telah dilaksanakan unit R&D

·         Bagi memudahkan lagi pencarian data untuk semua kajian yang telah dilakukan oleh bahagian R&D terdahulu, pekerja seharusnya menbuat fail khas dan tahu tempat data yang berkaitan dengan data yang telah siap.
·         Pekerja juga harus mengemaskini semua hasil data yang belum di masukan ke dalam computer

3)      Kawalan/daftar  barangan milik R&D keluar dan masuk

·         Bagi mengelakan berlaku keciciran barangan bahagian R&D pekerja wajib membuat daftar bagi semua barang yang masuk dan keluar.
·         Urusan pengeluaran barang harus mendapat kelulusan/persetujuan daripada Manager atau Officer bagi mengelakan penyalahgunaan barangan R&D

Kebersihan
1)      Bangunan

·         Pada setiap pagi(pejabat dibuka) dan petang (pejabat ditutup) pekerja mestilah memastikan kebersihan dalam dan luar bangunan adalah dalam keadaan yang memuaskan
·         Pekerja seharusnya memastikan Pantry(ruangan dapur) dan Tandas dalam keadaan yang memuaskan pada setiap masa.
·         Sebarang kerosakan haruslah dilaporkan segera kepada Manager atau Officer bagi urusan pembaikan pada kadar segera bagi mengelakan perkara yang tidak diingini.
·         Pekerja digalakan untuk menceriakan kawasan luar dan dalam bangunan dengan mencantikan dan menambahkan maklumat berkaitan R&D
·         Pekerja haruslah memastikan semua bahan /maklumat di dalam bangunan R&D dalam keadaan yang terjaga

2)      Alatan milik R&D

·         Adalah  menjadi tanggungjawab bagi pekerja untuk sentiasa membersihkan alatan R&D dan memastikan ia dalam keadaan yang baik
·         Jika terdapat alatan yang rosak pekerja seharusnya terus melaporkan kepada Officer bagi tindakan lanjut.
·         Semasa menerima semula barangan yang dipinjam oleh pekerja lain pastikan barangan itu dalam keadaan yang baik dan bersih.
·         Adalah menjadi kesalahan apabila mengeluarkan barangan milik R&D tanpa kebenaran daripada manager atau Officer
·         Setiap barangan dan alatan R&D seharusnya mempunyai tag(daftar) yang tersendiri bagi mengelakan kehilangan atau memudahkan urusan pengunaan.
Admin
1)      Urusan surat menyurat
·         Semua urusan surat menyurat melibatkan R&D haruslah dilaksanakan apabila mendapat arahan daripada Manager dan Officer R&D sahaja

2)      Urusan pembelian barang

·         Urusan jenis pembelian barang adalah tanggungjawab Officer dan pekerja boleh memohon bagi tujuan pembelian kelengkapan R&D
·         Semua hal yang melibatkan urusan barang masuk adalah menjadi tanggungjawab pekerja memastikan ia dalam keadaan yang baik,cukup dan memasukan ke dalam fail alatan R&D segera.
·         Pekerja akan terlibat dalam urusan pembelian barangan apabila mendapat arahan daripada Manager dan officer R&D sahaja
.
3)      Urusan telepon dengan pihak yang terlibat dengan R&D

·         Setiap urusan yang melibatkan R&D pekerja seharusnya tahu dan memaklumkan kepada manager atau Officer.
·         Setiap maklumat haruslah ditulis

Account
1)      Failing bahagian Account R&D

·         setiap harga,budget dan kos yang melibatkan bahagian R&D wajib difailkan secara sistematik dengan system failing sendiri.
·         Orang lain selain daripada manager dan officer R&D adalah dilarang untuk mengubah sebarang nilai di dalam account yang terlibat.

2)      Key in harian bagi pekerja harian yang terlibat dengan aktiviti R&D

·         Apabila sebarang kerja yang melibatkan bahagian R&D dan pekerja lain senarai semak dan harian mereka hendaklah di buat serta merta.
·         Pekerja haruslah memantau kehadiran semua pekerja yang terlibat bagi mengelakan masalah.
·         Urusan perubahan kadar gaji bagi pekerja lain yang terlibat dengan R&D hanya boleh dilakukan oleh Manager dan Officer R&D

3)      Memohon kelengkapan yang perlu bagi memudahkan kerja bahagian R&D

·         Bagi tujuan keceriaan dan kemudahan dalam bangunan R&D pekerja boleh mengajukan permohonan kepada officer R&D bagi tindakan lanjut.
·         Pekerja dilarang secara terus memohon pembelian barangan keperluan yang perlu menggunakan nama R&D
·         Manager mempunyai kelebihan untuk memohon,memberi dan mengeluarkan barangan R&D .
Kerja lapangan
1)      Dalam camp

·         Pekerja boleh melakukan kerja pembersihan dan keceriaan di kawasan bangunan R&D pada waktu luar daripada waktu kerja
·         Pekerja boleh membantu bahagian lain yang memerlukan bantuan jika tidak terdapat urusan yang penting di bahagian R&D

2)      Dalam hutan

·         Pekerja adalah terlibat secara langsung apabila bahagian R&D memerlukan bantuan untuk pengumpulan data yang melibatkan masuk ke dalam hutan secara berkumpulan yang tidak melibatkan camping.

3)      Masuk bercamping

·         Apabila keadaan mengizinkan pekerja boleh terlibat bercamping di dalam hutan bagi tujuan pengumpulan data R&D

Lain-Lain Arahan
1)      pekerja adalah tertakluk dalam arahan terus Syarikat tanpa prejudis
2)      manager boleh meminta,mengarah pekerja untuk membantu bahagian lain jika diperlukan
3)      jadual waktu kerja bagi pekerja adalah tertakluk kepada waktu bekerja pejabat biasa
4)      urusan Over Time bagi pekerja menjadi budi bicara manager dan officer R&D sahaja
5)      setiap perkara yang melibatkan bahagian R&D haruslah dilaporkan segera kepada officer dan manager

apabila tiada tugas yang perlu dibuat (kadar segera)
1)      pekerja boleh membantu bahagian lain dengan keizinan officer dan permintaan bahagian lain
2)      pekerja boleh melakukan tugasan lain yang tidak berkaitan dengan R&D apabila mendapat arahan manager dan officer R&D
3)      pekerja digalakan untuk bertanya ketua di bahagian lain untuk membantu mereka melaksanakan tugasan yang perlu

larangan/arahan penting  untuk pekerja
1)      kunci bangunan R&D akan dipegang oleh pekerja sahaja
2)      pekerja lain adalah dilarang sama sekali mengeluarkan barangan/alatan R&D
3)      tanpa arahan daripada manager dan officer R&D pekerja dilarang mluluskan pengeluaran barangan R&D
4)      sebarang urusan penerimaan pelawat haruslah dimaklumkan kepada manager dan officer R&D
5)      apabila terdapat pelajar/saintis/dll yang menggunakan peralatan R&D pekerja haruslah memastikan mereka menggunakan alatan itu secara berhemah.
6)      Adalah menjadi kesalahan apabila mermbiarkan pelawat/pelajar/saintis berada di dalam bangunan R&D tanpa pengawasan pekerja.
7)      Dilarang keras melakukan pengubahsuaian sebarang alatan dan struktur bangunan R&D bagi mengelakan kemusnahan harta benda.
8)      Semasa hendak menutup bangunan(waktu balik) pastikan semua peralatan dalam keadaan yang tidak merbahaya,peralatan eletrik dipadam.
9)      Lampu di bahagian luar haruslah dipasang pada waktu balik dan ditutup pada waktu pagi

Rabu, 17 Ogos 2011

Pengalaman INFAPRO

Aduhai... mengeluh ataupun menarik nafas dalam. Sedalam-dalamnya melihat gelagat. Biasalah bagi yang baru mula belajar untuk memimpin mereka-mereka yang lebih berpengalaman. Arahan dan tindakan tak selalunya selari dengan apa yang perlu kita lakukan. Berhadapan pengalaman seperti ini terutamanya dengan mereka yang telah dikatakan "master" dalam bidang ini, dengan saya yang belajarnya lebih kepada teori telah membuka minda saya untuk menerima dan mempertimbangkan pendapat mereka.

Bukan untuk menjadi lemah di hadapan mereka, bukan juga untuk membiarkan mereka tak terkawal tetapi memberi peluang untuk mereka bersuara. biar apa yang mereka kerjakan atas dasar keikhlasan. dan tidak dapat dinafikan ada banyak baiknya. apabila tindakan dilaksanakan atas dasar percaya.

kita membina biar selangkah demi selangkah, menyusun biar bermula dari bawah bina asasnya sekukuh mungkin kerana faktor kejayaan sesuatu tindakan disebabkan oleh terjalinnya rasa percaya dalam diri mereka terhadap kita. keyakinan inilah yang telah menjadikan saya seperti mereka, arahan mudah namun hasilnya berbaloi.

kadang akan berhadapan dengan mereka yang berkepala batu(taklah keras sangat), untuk mereka yang seperti ini, caranya beri mereka kuasa untuk mereka laksanakan sesuatu pekerjaan. Mereka akan berusaha untuk menonjolkan diri dengan tindakan dan kerja" biar cakapnya banyak, telinga kita pekak, pemanangnya tetap kita"

akhirnya apa yang saya perhatikan, setiap diri daripada para rakan sekerja mempunyai kekuatan, kelemahan dan persamaam yang boleh kita maksimumkan pengunaan tenaga kerja. kepakaran ini, didokong oleh kecenderungan mereka terhadap sesuatu pekerjaan. maka jagalah kebajikan mereka pasti kita akan menjadi tempat mereka belajar bekerja.