Bukan untuk menjadi lemah di hadapan mereka, bukan juga untuk membiarkan mereka tak terkawal tetapi memberi peluang untuk mereka bersuara. biar apa yang mereka kerjakan atas dasar keikhlasan. dan tidak dapat dinafikan ada banyak baiknya. apabila tindakan dilaksanakan atas dasar percaya.
kita membina biar selangkah demi selangkah, menyusun biar bermula dari bawah bina asasnya sekukuh mungkin kerana faktor kejayaan sesuatu tindakan disebabkan oleh terjalinnya rasa percaya dalam diri mereka terhadap kita. keyakinan inilah yang telah menjadikan saya seperti mereka, arahan mudah namun hasilnya berbaloi.
kadang akan berhadapan dengan mereka yang berkepala batu(taklah keras sangat), untuk mereka yang seperti ini, caranya beri mereka kuasa untuk mereka laksanakan sesuatu pekerjaan. Mereka akan berusaha untuk menonjolkan diri dengan tindakan dan kerja" biar cakapnya banyak, telinga kita pekak, pemanangnya tetap kita"
akhirnya apa yang saya perhatikan, setiap diri daripada para rakan sekerja mempunyai kekuatan, kelemahan dan persamaam yang boleh kita maksimumkan pengunaan tenaga kerja. kepakaran ini, didokong oleh kecenderungan mereka terhadap sesuatu pekerjaan. maka jagalah kebajikan mereka pasti kita akan menjadi tempat mereka belajar bekerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan