Rabu, 28 September 2011

aku dia dan kamu

tiada tersurat dalam minda erti pencarian hidup
ataukah inilah cabaran yang harus ditempuhi
bila jiwa telah dikuasai oleh rasa
maka telah terasa lemas
yang aku kini dalam persimpangan
antara dia dan kamu
semuanya indah...
dan aku tetap setia...
yang ku percaya andai jodoh bukan milik kamu ..
dan jodoh bukan milik kami..
maka pasarahlah yang..kita
hanya insan yang mampu merancang
erti sebuah pertemuan....


Selasa, 27 September 2011

terdetik bercerita

kalau langkah yang sumbang kita bergerak pasti akan terbabas atau terjatuh, imbangan badan yang kurang seimbang akan mempengaruhi perjalanan hari kita. langkah kaki biar teguh dan akan padu yang dihayun untuk mencapai matlamat hari ini..kerana harus difahami hari ini merupakan hari terbaik untuk anda kerana semalam telah pergi meninggalkan memori dan esok masih dalam misteri masih adakah untuk kita? walhal perjalanan ini harus dirancang tujuannya bukan sekadar melangkaui aturan jalinan masa peredarannya tetapi yang jelas pengisian sepanjang detik langkah yang diatur....kuatkan tekad dan yakinlah hidup ini adalah untuk kita tahu yang kita hidup menjadi diri kita..biarkan takdir mencorak namun kita yang membentuk corak itu....

Isnin, 26 September 2011

kaedah memahirkan pengunaan otak kanan

Ada banyak kaedah yang boleh kita guna untuk latih budak-budak guna otak kanan. Tak semestinya kena hantar ke sekolah khas. Kat rumah pon boleh buat. Antara kaedah yang boleh kita guna untuk merangsang otak kanan adalah seperti berikut:
  • Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur.
     
  • Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. So, cuba ajar anak main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya. Kemudian, kemas balik barang-barang tu bersama mereka. Selain itu, boleh juga cuba lukis gambar, contohnya gambar rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak sambung lukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.
     
  • Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, balik semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
     
  • Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita. Kemudian suruh mereka sambung cerita tu.
     
  • Main teka-teki dengan anak. Letak satu barang dalam kotak, kemudian suruh anak teka barangan tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka clue dengan menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.


otak kanan

Para penyelidik otak seperti Dr. Roger Sperry dan Dr. Robert Orstein mendapati bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, digelar otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai tugas atau fungsinya tersendiri. Otak kiri berfungsi dalam mengingati ilmu, data dan fakta; menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik. Otak kana pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.

Kaedah pendidikan di kebanyakan sekolah di seluruh dunia pada hari ini menekankan penggunaan otak kiri sahaja. Pengabaian fungsi otak kanan menyebabkan ia menjadi semakin tumpul dari hari ke hari. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu-individu yang memiliki otak kanan yang kuat. Walaubagaimanapun, otak kanan yang kuat menjadi kurang bermakna jika kita memiliki otak kiri yang lemah. Jadi kita perlu meningkatkan fungsi otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.

Diantara keistimewaan yang dikecapi oleh individu yang memiliki otak kanan yang kuat :

   1. Mudah menguasai ilmu kerohanian dan kebatinan.
   2. Daya konsentrasinya sangat tinggi.
   3. Kefahaman bahasa yang ulung.
   4. Tidak pernah kering idea.
   5. Kebolehan menghasilkan generalisasi yang tepat dan jitu.
   6. Daya penelitian dan pengamatan yang tinggi.
   7. Mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang yang diceburi.
   8. Mudah memahami sesuatu yang abstrak (hakikat sesuatu).
   9. Memiliki kekuatan berfikir (power of thinking).
  10. Memiliki kemahiran belajar secara cemerlang (power of learning).
  11. Memiliki tindakan dan tindak balas yang cepat (power of reflects).

aku hanya serangga

direnung kehidupan bekerja yang baru setahun jagung.berhadapan dengan pengalaman yang kurang..ditambah sikap optimis namun ada kalanya langkah diatur tidak selalu indah...membuat kita terkesima dalam harapan menggunung...ertinya dalam hidup kita pasti akan berhadapan dengan sikap hipokrit yang sebenarnya ciptaan persepsi persekitaran kita...bukan kita meminta untuk gagal dan menongkah arus namun itulah realiti masa kini..tiada senang dalam sebuah perjuangan..kita hanya merancang namun hakikatnya perancangan itu adalah kurniaan yang akan mencipta satu jalan untuk kita...

lepaskan ia terbang

banyak cerita yang didengar tentang angkuhnya manusia. tentang tingginya ego yang bermain dalam jiwa seseorang. bukan untuk kita menilai dalam persepsi negatif tetapi disinilah kita dapat melihat suasana yang dicetuskan oleh sikap ego dan sombong...telah digerakan hati kita untuk senang bila dipuji...keras dan melawan bila di uji...kerana ada sikap sombong dalam diri...sedarkah kita sikap ego dan sombong hanya untuk YANG MAHA KUASA SAHAJA..sebagai hamba apa yang harus kita banggakan...ciptalah kerendahan hati..binalah kemuliaan hidup..anda pasti menjadim orang paling beruntung.....