Isnin, 26 September 2011

kaedah memahirkan pengunaan otak kanan

Ada banyak kaedah yang boleh kita guna untuk latih budak-budak guna otak kanan. Tak semestinya kena hantar ke sekolah khas. Kat rumah pon boleh buat. Antara kaedah yang boleh kita guna untuk merangsang otak kanan adalah seperti berikut:
  • Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur.
     
  • Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. So, cuba ajar anak main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya. Kemudian, kemas balik barang-barang tu bersama mereka. Selain itu, boleh juga cuba lukis gambar, contohnya gambar rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak sambung lukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.
     
  • Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, balik semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
     
  • Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita. Kemudian suruh mereka sambung cerita tu.
     
  • Main teka-teki dengan anak. Letak satu barang dalam kotak, kemudian suruh anak teka barangan tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka clue dengan menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan