Ketika kita takut dengan kegagalan, sehingga itu kejayaan nampak jauh...
Perkara besar biar nampak kecil di mata dunia, barulah matlamat kita sentiasa seiring dengan tindakan...
Makhluk tuhan yang lain tak perlu dihebohkan kehadiran, cukup kita sedar
yang kejadian mereka juga adalah ketentuan, pengajaran dan ikhtibar
buat kita. "homo sapiens"
Otak berpusing, bercakap tentang tanggungjawab dengan melihat sudut pakaian orang rabak....
Jangan menyiksa diri sendiri dengan memikirkan tanggapan orang lain,
selagi usaha dan syukur kita sandarkan, pasti ada rintangan
mematangkan...maka tersenyumlah.....
Raikan kehidupan, kerana kita terpilih untuk berbakti padaNya.....
Jika kita biarkan batasan keraguan menjadi sandaran, sehingga kini kita
masih merangkak seperti bayi, kerana tak mahu mencuba untuk berlari.....
Kita tangisi datangnya banjir, namun kita tak sedar ia adalah tangisan
alam, yang mana padanya, membawa rahmat sekelian alam, dariNya...
kalau hidup seperti lalang biar goyah ditiup bayu tetapi akar kuat mencengkam tanah, kalau hidup ingin berjaya biar alasan menjadi cabaran untuk kita terus melangkah.......
Rabu, 22 Oktober 2014
Khamis, 26 Jun 2014
Projek Sejarah Tahun 4 Semester 1, 2014 (Buku Skrap)
Tajuk: Mari Belajar Sejarah”
Kampungku Tercinta”
Kategori: Berkumpulan 4 orang (satu kumpulan 3 orang)
Kategori: Berkumpulan 4 orang (satu kumpulan 3 orang)
Jangka Masa Pelaksanaan: DUA BULAN
DARI TARIKH SERAHAN
Tarikh serahan: 9 April 2014
sehingga 19 Jun 2014
Kelas: 4 Cerdik
Nama:
Bahan :
Bahan :
- Kertas A4, penebuk lubang, reben, keratan gambar daripada majalah, surat khabar atau sumber lain, gambar daripada internet, temu ramah dengan orang kampung.
Arahan:
- Hasil karya hendaklah ditulis tangan (tulisan tangan sendiri) yang kemas, besar, jelas, sesuai dan mudah dibaca, bukan cetakan komputer.
- menggunakan sebelah muka surat sahaja.
- Sila cari maklumat serta gambar daripada buku, majalah, surat khabar atau internet bagi melengkapkan buku skrap.
- Semua maklumat atau data ini perlu dibawa semasa membuat projek di sekolah.
- Projek Sejarah ini akan dibuat di sekolah semasa waktu kelas Sejarah masing-masing.
- Projek Sejarah hendaklah disiapkan dan diserahkan kepada Guru Sejarah masing-masing dalam masa satu bulan.
- Elemen tambahan (digalakkan) - Salinan gambar atau keratan daripada buku, majalah dan sebagainya
- Reka bentuk: disediakan dalam saiz A4 dan hiasan yang bebas mengikut kreativiti murid
- Hasil karya mestilah ciptaan sendiri
Pengisian buku skrap
- Kulit hadapan (Tajuk)
- Halaman pertama (Nama, kelas dan gambar murid)
- Halaman kedua dan seterusnya (Kandungan)
- Halaman terakhir (penutup dan Sumber rujukan)
- Tandatangan murid, ibu/bapa/ penjaga dan tandatangan guru.
Isi kandungan:
1. Lokasi Tempat Tinggal
- Nama Penuh Kampung.
- Peta dan lakaran bentuk kawasan kampung.
- Lampirkan gambar-gambar menarik tentang kampung
2. Sejarah Kampung
- Menuliskan sejarah kampung
- Asal usul nama kampung, nama ketua kampung, kemudahan yang terdapat di dalam kampung.
3. Tokoh kampung
- Tuliskan nama tokoh kampung
- Ceritakan tentang peranan, sumbangan dan anugerah yang diterima oleh tokoh kampung.
- Sertakan gambar sebagai lampiran.
4. Aktiviti orang kampung
- Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh orang kampung bersama-sama.
- Ceritakan tentang aktiviti yang dilaksanakan dengan memberikan masa, tempat, tujuan dan cara aktiviti itu dijalankan.
- Sertakan lampiran bergambar, orang kampung sedang melakukan aktiviti tersebut.
5. Jenis-jenis pekerjaan orang kampung
- Nyatakan jenis-jenis pekerjaan utama orang kampung anda
- Sertakan huraian pekerjaan dan lampirkan bersama dengan gambar.
6. Bentuk muka bumi kawasan kampung
- Nyatakan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kampung
- Contohnya bukit, sungai, tasik, pantai, gunung, gua dan sebagainya. Sertakan huraian serta gambar sebagai lampiran.
PENGISIAN MAKLUMAT DAN DOKUMEN DALAM FOLIO OLEH GURU BAHARU PPGB
Lampiran 1
PENGISIAN MAKLUMAT DAN DOKUMEN DALAM
FOLIO OLEH GURU BAHARU
Kandungan
1.0 BIODATA GURU BAHARU
1.1 Maklumat Diri (berserta gambar ukuran
pasport)
1.2 Pengalaman/ Kemahiran
1.3 Lampiran : i) Salinan
Surat Penempatan/ Lantikan
ii) Salinan Borang Pengesahan Melapor Diri
iii) Salinan Borang Maklumat Diri
iv) Salinan Sijil-sijil Akademik dan
Ikhtisas
v) Persetujuan Mentor Menti
2.0 PROFIL SEKOLAH
2.1 Maklumat Asas Sekolah
2.2 Objektif Sekolah/Unit (FM)
2.3 Logo, Visi, Misi,
dan Piagam Sekolah
2.4 Carta Organisasi (FM)
2.5 Lampiran
: i) Pelan sekolah
ii) Takwim sekolah
iii) Peraturan sekolah
iv) Lagu sekolah
v) Koleksi dokumen berkaitan
3.0 SENARAI JAWATAN DAN BIDANG TUGAS GURU
BAHARU(FM)
3.1 Proses Kerja dan Carta Alir Sebagai Guru
Mata Pelajaran (FM)
3.2 Senarai
Semak Sebagai Guru Mata Pelajaran (FM)
3.3 Senarai
Undang-undang Sebagai Guru Mata Pelajaran (FM)
3.4 Jawatan Kurikulum, Kokurikulum, Hal
Ehwal Murid (HEM)
3.4.1 Senarai Borang-borang yang digunakan (FM)
3.5 Norma Kerja (KPI) Guru Mata Pelajaran
(FM)
3.6 Tugas-tugas
Lain(FM)
3.7 Lampiran : i) Carta
Organisasi Panitia Mata Pelajaran, Kokurikulum
dan Hal Ehwal Murid (FM)
ii) Jadual Waktu Mengajar/ Jadual Aktiviti
4.0 LAPORAN FASA 1: ORIENTASI
4.1 Laporan Harian/Mingguan (Lampiran 4 atau
lampiran 5)
4.2 Lampiran : i) Bahan
Edaran
ii) Risalah/Buku Program
5.0 LAPORAN AKTIVITI PEMENTORAN
5.1 Laporan Aktiviti/ Sesi Perjumpaan@Bimbingan/
Program (Lampiran 6 atau lampiran 7)
5.2 Laporan Kajian Tindakan (Lampiran 8)
5.3 Lampiran : i) Bahan
Edaran
ii) Risalah/ Buku Program
6.0 REFLEKSI DAN PENILAIAN PPGB
6.1 Refleksi Umum (pandangan, perasaan,
harapan dan lain-lain)
6.2 Kekuatan/ Kelemahan/ Kekangan/ Halangan/
Isu-isu Berbangkit (Lampiran 9)
6.3 Cadangan
RPH SEJARAH TAHUN 4
Mata Pelajaran dan Kelas
|
Sejarah
|
4 Cerdik
|
/23
|
|
Tema/Tajuk
|
||||
Tarikh/Hari
|
|
Rabu
|
||
Masa / Jam
|
0840-0940
|
|||
Fokus
|
Standard
Kandungan:
1.3
Sejarah tempat Tinggal
|
|||
Standard Pembelajaran:
1.4.1 Menyatakan
alamat tempat tinggal dengan lengkap.
1.4.2 Menyatakan
lokasi tempat tinggal.
K 1.4.7 Menyatakan tanggungjawab
menjaga kemudahan awam di kawasan setempat.
|
||||
Objektif
|
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran,
murid akan dapat;
1. Menyatakan alamat tempat tinggal
2. Menyatakan lokasi tempat tinggal
3. Memberikan kepentingan menjaga kemudahan
sekolah
|
|||
Aktiviti
|
1.
Guru memberikan
penerangan tentang aktiviti yang dijalankan
2.
Pelajar akan melakukan
perbincangan dalam kumpulan tentang tajuk yang diberikan.
3.
Pelajar membentangkan
hasil tugasan yang telah mereka perolehi
4.
Guru merumuskan hasil
pembelajaran pada hari ini
|
|||
EMK
|
Bahasa melayu, pendidikan moral
|
|||
Bahan Bantu Belajar
|
Buku teks, pengalaman pelajar.
|
|||
Pentaksiran Tahap Penguasaan
|
|
|||
Refleksi
|
|
|||
Langgan:
Catatan (Atom)