Khamis, 26 Jun 2014

Projek Sejarah Tahun 4 Semester 1, 2014 (Buku Skrap)



Tajuk: Mari Belajar Sejarah” Kampungku Tercinta”

Kategori: Berkumpulan 4 orang (satu kumpulan 3 orang)
Jangka Masa Pelaksanaan: DUA BULAN DARI TARIKH SERAHAN
Tarikh serahan: 9 April 2014 sehingga 19 Jun 2014
Kelas: 4 Cerdik
Nama:

Bahan :
  • Kertas A4, penebuk lubang, reben, keratan gambar daripada majalah, surat khabar atau sumber lain, gambar daripada internet, temu ramah dengan orang kampung.

Arahan:
  • Hasil karya hendaklah ditulis tangan (tulisan tangan sendiri) yang kemas, besar, jelas, sesuai dan mudah dibaca, bukan cetakan komputer. 
  • menggunakan sebelah muka surat sahaja.
  • Sila cari maklumat serta gambar daripada buku, majalah, surat khabar atau internet bagi melengkapkan buku skrap.
  • Semua maklumat atau data ini perlu dibawa semasa membuat projek di sekolah.
  • Projek Sejarah ini akan dibuat di sekolah semasa waktu kelas Sejarah masing-masing.
  • Projek Sejarah hendaklah disiapkan dan diserahkan kepada Guru Sejarah masing-masing dalam masa satu bulan.
  • Elemen tambahan (digalakkan) - Salinan gambar atau keratan daripada buku, majalah dan sebagainya  
  • Reka bentuk: disediakan dalam saiz A4 dan hiasan yang bebas mengikut kreativiti murid
  • Hasil karya mestilah ciptaan sendiri


Pengisian buku skrap
  • Kulit hadapan (Tajuk)
  • Halaman pertama (Nama, kelas dan gambar murid)
  • Halaman kedua dan seterusnya (Kandungan)
  • Halaman terakhir (penutup dan Sumber rujukan)
  • Tandatangan murid, ibu/bapa/ penjaga dan tandatangan guru.


Isi kandungan:

1. Lokasi Tempat Tinggal
  • Nama Penuh Kampung.
  • Peta dan lakaran bentuk kawasan kampung.
  • Lampirkan gambar-gambar menarik tentang kampung

2. Sejarah Kampung
  • Menuliskan sejarah kampung
  • Asal usul nama kampung, nama ketua kampung, kemudahan yang terdapat di dalam kampung.

3. Tokoh kampung
  • Tuliskan nama tokoh kampung
  • Ceritakan tentang peranan, sumbangan dan anugerah yang diterima oleh tokoh kampung.
  • Sertakan gambar sebagai lampiran.

4. Aktiviti orang kampung
  • Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh orang kampung bersama-sama.
  • Ceritakan tentang aktiviti yang dilaksanakan dengan memberikan masa, tempat, tujuan dan cara aktiviti itu dijalankan.
  • Sertakan lampiran bergambar, orang kampung sedang melakukan aktiviti tersebut.

5. Jenis-jenis pekerjaan orang kampung
  • Nyatakan jenis-jenis pekerjaan utama orang kampung anda
  • Sertakan huraian pekerjaan dan lampirkan bersama dengan gambar.

6. Bentuk muka bumi kawasan kampung
  • Nyatakan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kampung
  • Contohnya bukit, sungai, tasik, pantai, gunung, gua dan sebagainya. Sertakan huraian serta gambar sebagai lampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan