kadang-kadang
kita hilang dalam perubahan alam, kadang-kadang kita tewas dalam
menilai hikmah, kadang-kadang kita lupa yang perancanganNya adalah yang
terbaik, sehingga Dia memberikan hujan buat ciptaan lain, namun kita
masih mengeluh tentang sejuk yang diberikan dalam hutan kepanasan.....
rimbunan
hijau tak sama dengan rimbunan kekuningan, membawa damai membawa redup,
malahan ia bermula dengan sebatang empulur lemah, andai tekadnya untuk
terus bertumbuh, pasti yang dituai adalah buah yang baik hasilnya, ia
juga menjadi taman buat kicau alam...
yang
dizahirkan adalah syukur, yang dilafazkan adalah syukur, yang dipohonkan
adalah syukur, yang terlihat adalah syukur, malahan setiapnya kerana
syukur, kerana sabar telah mengajar kita penantian,sebuah binaan
kejayaan yang paling kukuh untuk kita syukuri....
Ucapkanlah
terima kasih untuk hari baharu yang kita dipertemukan, ungkapkanlah
rasa syukur dengan peluang yang masih terbuka untuk kita, ukirkanlah
senyuman untuk bekalan kita melalui hari ini, dan hulurkanlah
persaudaraaan untuk kita memimpin diri.....
selagi
kita memimpin diri kita untuk terus melangkah, esok masih lagi peluang
untuk kita melihat jaya,dan hari ini adalah impian kita semalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan