Ahad, 27 Februari 2011

lagu sekolahku SMK BUNDU TUHAN

smk bundu tuhan
sungguh indah dan permai
tersergam kinabalu gambaran cita-cita
smk bundu tuhan sekolah yg ku cinta
tempat menimba ilmu lelaki dan wanita
kami penuntut semua akan tetap berjanji
berusaha dan belajar mencapai cita-cita
hormat dan berdisiplin pada setiap waktu
budaya ketimuran amalan kami semua
rukun negara kita agama diamalkan
tak kira apa bangsa bersatu bina negara

Ahad, 13 Februari 2011

demi masa...

Untuk mengetahui nilai masa SETAHUN, tanyalah pelajar yang gagal dalam peperiksaan akhir.
Untuk mengetahui nilai masa SEBULAN, tanyalah ibu yang mengandung tidak cukup sebulan.
Untuk mengetahui nilai masa SEMINGGU, tanyalah editor suratkhabar mingguan.
Untuk mengetahui nilai masa SEJAM, tanyalah pasangan yang menunggu kekasihnya ketika keluar “dating”.
Untuk mengetahui nilai masa SEMINIT, tanyalah orang yang ketinggalan keretapi / LRT.
Untuk mengetahui nilai masa SESAAT, tanyalah orang yang mengelakkan kemalangan.
Untuk mengetahui nilai masa MILISAAT, tanyalah atlit yang memenangi pingat perak dalam sukan Olimpik.

Khamis, 10 Februari 2011

hati kalau dah tak mahu

awal pagi ketenangan diganggu dengan 3 suara memberontak....bukannya pasal mau membentuk satu kebangkitan rakyat seperti yang telah berlaku di Tunisia dan Mesir tetapi inilah yang berlaku.dari ruang legar rumah seperti ada jam randik yang berbunyi membingit memgarahkan kita bangun..mimpi yang terbuai diganggu,malas yang mencengkam dipaksa pergi,sejuk yang menggigit melingkar menunjuk BANGUNLAH....
tetapi itulah hakikat apabila budak-budak disuruh bangun pagi....mengamuk tu memberontak AKU TAK MAU PERGI KE SEKOLAH
AKUB TAK MAHU BANGUNNN
tetapi semalam suruh tidur awal punya main liat mau tidur...
hakikatnya belajarlah kita untuk menjadi lebih berhemah....

Rabu, 9 Februari 2011

tersuap noda hati

raupkan tangan hamba pada muka insan
menangisi waktu hati yang kelam
mengharap ada cahaya merobos
walau tersisa bintik hitam
pastinya tangis itu berbaloi
menyentak ikatan cengkaman terlaknat
agar senyum itu tanda keberkatan hidup

tidak tersedar apa katanya hati
tidak terduga sakitnya jiwa
tidak terlintas busuknya jasad
dalam subur haramnya dibaja

sesaat kita menangis
atas rasa pengharapan
dalam kealpaan sebagai insan
kasihnya terus mekar

dalam pengharapan dan penantian
agar kita dalam bimbingNya
yang kita hanyalah hamba
insan yang dilahir
mencipta gemilang
seorang hamba bersyukur

segarkan dan semarakkan Mengenang Tragedi Double Six...


Dalam tragedi yang berlaku pada pukul 3.50 petang, Jun 6, 1976, pesawat Nomad buatan Australia dan milik Sabah Air terjatuh ke dalam laut di pantai Sembulan, Kota Kinabalu, dan meragut nyawa Ketua Menteri Sabah yang pertama dan kelima, Allahyarham Tun Muhammad Fuad Donald Stephens.
Stephens, dari Papar dan Tambunan, yang juga dikenali sebagai Hoguan Siou (Pemimpin Agung) kaum Kadazan-Dusun, suku kaum bumiputera terbesar di Sabah (45 peratus penduduk Sabah), ialah seorang Bapa Kemerdekaan Sabah.
Allahyarham telah menjadi Ketua Menteri Sabah pertama dari tahun 1963 ke 1964 dan Yang Dipertua Negeri Sabah ketiga dari tahun 1973 ke 1975. Stephens ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dari kaum Kadazan-Dusun.
Allahyarham adalah ayahanda kepada bekas pengarang majalah Men’s Review Faridah Jean Stephens dan usahawan Asgaari James Stephens dan Affendi Richard Stephens (seorang pemilik syarikat Astro TV).
Allahyarham juga adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah keenam Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang kini bergelar Timbalan Ketua Menteri Sabah. Kitingan adalah pemegang gelaran Hoguan Siou selepas kematian Stephens.
Stephens adalah bekas pemilik bangunan terkenal di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Wisma Cosway, yang asalnya digelar Wisma Stephens.
Allahyarham juga adalah wartawan pertama di Sabah dan pengasas surat khabar The Sabah Times (kini The New Sabah Times).
Stephens juga adalah kawan karib wartawan Korea-Amerika terkenal Jimmy Hahn, ayahanda kepada wartawan CNN Lorraine Hahn (yang berketurunan Korea, Cina dan Thai dari Pulau Pinang).
Turut terkorban dalam nahas ngeri itu ialah:
Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin iaitu ayahanda kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Donald Mojuntin [dari Penampang];
Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Thian Vun [dari Sandakan];
Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong [dari Kota Belud];
Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion [dari Penampang];
Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andu [dari Penampang];
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Syed Hussein Wafa [Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Penampang];
Setiausaha Sulit bekas Presiden Petronas dan bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan [dari Kota Baru, Kelantan];
Pengawal peribadi Stephens, Korporal Mohamad Said [dari Penampang];
Juruterbang pesawat Kapten Gandhi J. Nathan [dari Kuala Lumpur];
Anak angkat Stephens, Johari John Stephens.
Kitingan yang pada masa itu bertugas sebagai Pembantu Ketua Menteri hampir menaiki pesawat yang malang itu tetapi disuruh menukar pesawat oleh Stephens.
Tengku Razaleigh juga hampir menaiki pesawat itu tetapi telah dibawa ke dalam pesawat lain oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Harris Salleh, yang akhirnya menggantikan Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah kelima.
[Harris, ketua kaum Kedayan dari Labuan adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah ke-13 Datuk Seri Musa Aman Khan. Musa adalah saudara kepada isteri Harris Datin Seri Rubiah Khan yang berketurunan Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Beaufort]
Pesawat yang hanya boleh memuatkan 6 orang anak kapal itu terhempas berdekatan dengan Kampung Air Sembulan yang berhampiran Masjid Negeri Sabah dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (2 km dari tempat nahas).
[Kampung Air Sembulan kini telah dibangunkan semula sebagai kawasan perumahan moden]
Pasukan penyelamat dari polis, tentera dan bomba, mendapati bahawa mayat kesemua mangsa telah hancur. Kecuali Mojuntin yang hanya cedera di belakang kepala.
Pesawat itu telah bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Pemimpin-pemimpin negeri Sabah pada masa itu sedang menyambut Tengku Razaleigh yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah. Lawatan itu bermula di Labuan.
Pada awal pagi sebelum kejadian, Stephens telah menyertai pertandingan berjalan kaki di Kota Kinabalu. Allahyarham kemudian menaiki pesawat ke Labuan pada jam 10 pagi.
Pada pukul 3.30 petang, dua pesawat Sabah Air bersedia membawa rombongan Stephens dan Razaleigh pulang ke Kota Kinabalu.
Razaleigh dan Kitingan dijadualkan menaiki pesawat yang sama dengan Stephens tetapi Stephens telah mengarahkan Kitingan bertukar tempat dengan Mojuntin yang dijadualkan mengiringi Harris dalam pesawat yang kedua.
Harris telah membawa Kitingan dan Razaleigh ke dalam pesawat yang kedua, dengan persetujuan Stephens.
Stephens telah dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah. Allahyarham menjadi Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dikebumikan di masjid itu.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Rahimah June Stephens dari Sandakan, dan 3 orang anak iaitu Affendi, Asgaari dan Faridah.
Kerajaan Malaysia telah menamakan beberapa jalan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, jalan pasar Kota Kinabalu, dan kompleks kerajaan di Karamunsing, Kota Kinabalu, sempena Allahyarham.
Kerajaan negeri Sabah pimpinan Harris telah mengarahkan pembinaan tugu peringatan Double Six di tempat nahas pada akhir tahun 1976.

Ahad, 30 Januari 2011

journey to maliau BASIN

haha sengaja saya buat tajuk ni in english(untuk gempaq sikit)
tapi matlamatnya sama.....untuk berkongsi pengalaman beberapa hari ini 26 hingga 30 Januari,dari awal bulan lagi kami dah sibuk buat bermacam-macam untuk menunggu detik 29 januari.
mau tahu kenapa?
apa lagi perasmian Maliau Study Centre oleh PM kita(malaysia)...kalau mau cerita smua memang tak cukup oo..jadi kita cerita sikit sikit dululah...pagi selepas masukan semua barang dalam Van YAYASAN SABAH...perjalanan kami bermula dengan penuh EXITED...mau ke Maliau basin tu Lost world of Borneo...
cabaran pertama kami bila tiba di jalan Kimanis-Keningau..ada satu kawasan tu slope bukit dia kurang dari 90 darjah kereta kami x dapat naik..terpaksalah kami turun dan berjalan kaki dalam 30m....
ingatkan cabaran habis sudah bila kamu sampai di pekan Keningau dengan jayanya ..selesai makan di Sri Keningau("oklah" makanan dia)...kami p stesen minyak...first stesen panjang kereta berbaris...cari lg stesen lain....jumpa stesen kedua adalah 2 ke 3 kereta singgah..rupanya stesen tu dalam renovation(x da pula dorang letak ditutup sementara) terpaksalah singgah di Nabawan...nasib baik di sana yang habis minyak Petrol bukan disel(pasal van tu guna disel)
fuhh lega hati oo....sampailah di kawasan hutan simpan Sepulut....
tiba -tiba tayar kereta pula meletup(kalau pancit bulih terima lagi) terpaksa lagi berhenti tukar dengan tayar spare.
perjalanan kami lancar sampai gate MALIAU BASIN..siap semua pendaftaran masuk...bermulalah cabaran baru...bayangkan Van dengan alur bunga tayar untuk jalan di bandar naik jalan gravel tanah liat...pendakian pertama berjaya setelah driver berjaya dalam 13 percubaan....pendakian kedua cuba punya cuba...terkandas kereta di tepi parit..
nasiblah baik ada kontraktor jalan lalu..dapat juga dorang tolong sebelum van terbabas terus...lepas tel bantuan dari Maliau datanglah 4X4 D kereta mau bantu...
tapi x dapat tarik juga..dahlah hujan jalan berlumpur...pengalaman best tu..main hujan...terpaksalah tuan kontraktor guna kereta dia tarik van kami...
sepanjang perjalanan tu mau 3 tempat lagi van terpaksa ditarik...
akhirnya sampai juga kami di Maliau Studi Center dalam keadaan tayar van pancit....
apapun semuanya membuat satu pengalaman baru yang membuat JOM KE MALIAU...

Rabu, 26 Januari 2011

bangganya

sebutir mutiara  yang sentiasa dinanti
membuat hati berbunga semula
meniup semangat ingin berubah
sentiasa bertanya apakah adanya
hanya setiap masa yang bergerak
tercipta dalam setiap lafaz
menggoncang apa yang tersimpan
menyimpul apa yang terungkai
merobek apa yang tersusun
adakah itu maknanya erti
membentang gelora
membakar api
sesepoi tiupan bayu
dan adakah itu
bicara yang terbit
dengan pedoman
atau sihirkah ia...

Ahad, 23 Januari 2011

bukan isu sebenarnya Antara laungan azan, ceramah agama

LAPORAN akhbar mengenai kritikan seorang peguam terhadap laungan azan sedikit menggemparkan suasana keharmonian negara. Wujud suasana yang agak tegang dalam isu ini pada awalnya tetapi akhirnya membuahkan hasil yang baik lanjutan daripada perbincangan dan permohonan maaf.

Saya ingin membicarakan isu berkaitan masjid dalam dua perkara. Pertama mengenai isu laungan azan dan kedua, mengenai isu ceramah agama.
Dalam hal ini, segenap lapisan masyarakat hendaklah insaf, tahu dan ambil peduli mengenai syiar agama masing-masing. Bagi masyarakat Muslim, azan adalah syiar agama. Azan adalah kalimah yang dilaungkan dengan suara tinggi bertujuan memberitahu mengenai masuknya waktu solat. Ia satu seruan untuk masyarakat Muslim kembali mengingati Tuhannya.
Malah dalam sahih al-Bukhari, ada suatu bab berkaitan azan dan meninggikan suara ketika azan. Dalam riwayat tersebut, ada gesaan agar dinyaringkan suara ketika azan. Ketika zaman itu, teknologi pembesar suara belum lagi wujud. Namun, dengan bersandarkan teknologi kini, suara yang perlahan pun sudah memadai untuk menjadi nyaring menggunakan kemudahan itu.

Apa yang penting, penghormatan kepada syiar agama adalah mustahak dan penting. Agama Islam ada syiarnya , antaranya azan. Justeru azan seharusnya dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.

Ini seperti syiar agama dan amalan perayaan lain. Dalam perayaan Tahun Baru Cina misalnya, bunyi mercun berkumandang dan bunga api pula bergemerlapan yang sedikit sebanyak mengganggu kehidupan masyarakat.

Begitu juga sambutan perayaan Thaipusam yang seperti dilaporkan Wikipedia, turut diadakan upacara tertentu bagi memohon keampunan dosa. Ada yang mencucuk panah besi pada lidah. Ada pula yang mencucuk belakang badan dengan puluhan mata pancing. Bagi masyarakat bukan beragama Hindu, mereka mungkin tidak bersetuju dengan amalan itu.
Tetapi, asasnya adalah penghormatan kepada amalan dan syiar kepercayaan agama masing-masing hendaklah tersemat teguh dalam diri kita. Maka masyarakat Muslim wajib menghormatinya demi keharmonian hidup walaupun berlainan iktikad.
Selain laungan azan, ada aktiviti ceramah agama di masjid dan di surau. Ada juga bacaan zikir selepas solat berjemaah. Pada sesetengah tempat, ia juga dibuat dengan suara yang kuat seperti azan hingga ke luar masjid.

Dalam hal ini, azan adalah syiar agama dan wajar dilaungkan dengan kuat. Namun, tidak sama dengan ceramah agama. Sewajarnya, ceramah agama hanya dihadkan untuk pendengaran jemaah dalam masjid saja. Kalau ia dibuat dalam dewan kuliah di masjid, maka ia terhad kepada dewan kuliah saja. Kalau dibuat di ruangan solat terbuka, sepatutnya ia hanya sekadar ruangan solat saja. Maka tiada kewajaran untuk dibuka nada suara dengan suara yang kuat.

Ceramah agama tidak sama dengan azan kerana azan adalah alunan suara keramat yang datang dengan lafaz yang terhad. Kekuatan azan ini dinyatakan dalam satu riwayat hadis bahawa syaitan akan lari keluar daripada masjid apabila azan dilaungkan. Dalam riwayat hadis yang lain, makhluk yang mendengar azan akan menjadi saksi kepada si tukang azan.

Suara kuat yang boleh mengganggu dalam masjid hendaklah dihindari. Sebagai contoh, ada riwayat hadis bagaimana Nabi Muhammad SAW menegur seseorang yang membaca al-Quran dengan suara yang kuat di dalam masjid. Tidakkah membaca al-Quran itu satu perkara yang baik? Ya, benar bahawa bacaan al-Quran adalah baik. Namun, ketika itu bacaan al-Quran yang kuat itu mengganggu orang lain yang sedang solat. Maka ditegur oleh Nabi SAW agar diperlahankan suaranya.

Cuba kita fikirkan secara logik pedoman yang diajar oleh Nabi SAW kepada kita. Hari ini, kita mempunyai pembesar suara dan dengannya nada suara yang perlahan akan dapat didengari dalam jarak yang jauh.

Bagi azan, kita menerima ia sebagai satu syiar agama. Tempoh azan pun tidak lama mungkin sekadar tiga atau empat minit saja.

Namun, ada masanya sesetengah masjid dan surau menggunakan pembesar suara secara berterusan. Contohnya zikir selepas solat yang dibuat secara berjemaah.

Tidakkah ada di sana golongan yang masih lagi bersolat kerana tertinggal beberapa rakaat? Tidakkah ada di sana golongan yang baru sampai dan ingin memulakan solat? Tidakkah ada di sana golongan yang ingin melaksanakan solat sunat selepas solat fardu? Maka adalah amat wajar jika alunan zikir selepas solat dibuat dengan suara yang lebih perlahan.

Bagi kalangan imam, jauhkan sedikit pembesar suara dan sebutlah sekadar awal-awal ayat untuk zikir saja. Ini supaya tidak mengganggu orang ramai dalam masjid. Dikhuatiri alunan suara akan mengganggu orang lain yang bersolat.

Dalam nas kitab fikah klasik Fath al-Mui’n dengan syarahnya Qurrat al-A’in disebutkan maksudnya : “Guru kami menjelaskan bahawa berlebihan dalam menyaringkan suara dalam zikir dan doa di masjid hingga berlaku gangguan kepada orang yang bersolat, maka sewajarnya ia menjadi haram.”

Kemudian ditambah pula dengan ceramah agama yang mungkin sekitar satu jam. Suaranya keluar daripada masjid. Ada masanya pula ceramah itu mengandungi kejian kepada orang tertentu dan sebagainya. Ada pula ceramah yang mengutuk golongan tertentu. Ada pula ceramah yang melaga-lagakan umat Islam.

Mungkin ada di kalangan kita yang pernah menghadapi suasana sebegitu, namun khuatir untuk menegur. Kehidupan kita terganggu kerana nada suara ceramah yang mengganggu. Mungkin kita ingin berehat, membaca buku dan sebagainya.

Justeru, azan dengan penggunaan pembesar suara adalah baik dan diterima. Namun, bagi aktiviti selain azan seperti zikir selepas solat, ceramah agama dan sebagainya, ia perlu kepada kawalan suara.

Bukan mengawal suara ceramah agama bermakna menolak jihad dan dakwah. Hendaklah disedari bahawa dakwah bukan sekadar berceramah agama dengan suara yang kuat. Sesungguhnya jalan dakwah amat luas.