Selasa, 14 Mei 2013

syukur dan pasrah

kadang kita selalu menggunakan "syukur" sebagai jalan untuk kita membenam potensi diri, kadang kita menggunakan "pasrah" untuk nenutup kegagalan kita, jika syukur diungkap sekadar apa yang ada, dimanakah letaknya status sebagai 'khalifah di muka bumi" untuk kita? kalau pasrah dijadikan sebagai jalan tengah, adakah nilai usaha itu sekadar perkataan?, jangan pernah kita salahkan makna syukur dan pasrah kerana, kitalah sebaik-baik kejadian makhluk....
tunjuk ajar daripada Mr. tom dan Dr. Yap bagaimana memasang dan menggunakan "field maps"

bersama dengan pembantu mempastikan semua alatan telah dipasang dengan betul

Isnin, 13 Mei 2013

Isimnya mentah

Pemenang kejohanan mini olahraga DPLI Maktab Kent

Saujana rantai berkaitkan rapuh
Digoncang berderai limpahan lubuk
Bicaranya tentang rantai
Tentang rapuh
Tentang lubuk
Sedang yang mrnggoncang
Entah untungnya tersenyum
Maknanya puas tak terlontar
Rasanya tak terbit dek lidah

Masih dengan diri sendiri
Tak nampak kuatnya bersatu
Melolong tak perlu purnama
Mengunci tak perlu pintunya
Ia dengan cukup belitnya
Yang mentah nampak masak
Disimpul dalam setiap lontaran
Persoalan rapat setiap jiwa
Mengisi gersang minda pertama

Sabtu, 11 Mei 2013

Hakikat Pemimpin


Setiap yang samar maksudnya tersimpan makna yang dalam, bertapis dengan budaya sopan, andai hilang nampak amarah yang membuak, membakar hangus nilai pertimbangan, kenapa ia perlu andai semuanya jujur, tampuk yang empuk bukan selamanya milikmu, kelak nanti jatuhmu menghilangkan agung namamu, jahanamkanlah semua yang durjana, seperti sakit dalam hati, pabila yang benar semakin dirungkai, mungkin egomu lancar tapi sekali tsunami melanda, kau pasti jatuh menjadi bangkai, membusuk dan baktimu tiada bernama.....

Keras nafasnya

Tunjang ia menjadi akar
Akal ia menjadi senjata
Otak ia menjadi bicara
Tiada bodoh selagi berfikir
Inikah jalannya harus dibuka
Inikah harapan membangun
Aduhai
Momok momok itu tersalah makan
Pedasnya tak tersorok
Riaknya memerah
Katanya terbelit
Aduhai
Gemanya masih dengar
Titik mula bicara lancar
Suara gamat lantang berlaung
Itukah syurga negara kita....

Khamis, 9 Mei 2013

Hujan

Kau basahi gersang
Kau limpahi kontang
Kau senyumkan alam
Kadang ada amukmu
Itu sudah lumrah bicaranya
Mungkin ada tamsilan tersirat
Gegaran mendamba urutan
Bertimpa timpa luahan
Bergelimpangan kabut
Dentumannya remuk
Tak punah hijau
Nampak hitam
Hilang biru
Dan ia terus berlagu
Semahunya...

KITA WARGA MALAYSIA

Berhenti bersikap hipokrit apabila ia melibatkan kepentingan yang lebih besar, berhenti menjadi bisu apabila ia melibatkan penafian hak yang telah tertulis, berhenti bersuara jika sekadar menampakkan kebodohan, berhenti berjanji jika janji itu bukan dikota, berhenti terus memacu jika nampak merah di hadapan, berhenti timbulkan prejudis jika mengaku cintakan negara, berhenti isukan perkauman jika mahukan aman ini terus milik kita, berhenti kami mahukan pilihan demokrasi secara adil bukan dimainkan dengan matlamat peribadi, jangan berhenti jika ia lebih baik daripada semalam... peace MALAYSIA

Mungkin

Dalam aman itu ada simpanan
Yang hitam cuba dilupuskan
Dalam bingit itu ada benar
Cuba disuarakan
Dalam setiap lipatan ada ceritanya
Dalam setiap tindakan ada risikonya
Memilih kita membuat pilihan
Risiko bermain
Debar bergolak memusatkan fokus
Ingin melontar jauh
Lubuknya....

Stop it

Berhenti bersikap hipokrit apabila ia melibatkan kepentingan yang lebih besar, berhenti menjadi bisu apabila ia melibatkan penafian hak yang telah tertulis, berhenti bersuara jika sekadar menampakkan kebodohan, berhenti berjanji jika janji itu bukan dikota, berhenti terus memacu jika nampak merah di hadapan, berhenti timbulkan prejudis jika mengaku cintakan negara, berhenti isukan perkauman jika mahukan aman ini terus milik kita, berhenti kami mahukan pilihan demokrasi secara adil bukan dimainkan dengan matlamat peribadi, jangan berhenti jika ia lebih baik daripada semalam... peace MALAYSIA

Rabu, 8 Mei 2013

SI-BUTA DAN GAJAH




 Dalam suatu negeri terdapat sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita satu sarkis datang ke tempatnya dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib bernama gajah. Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum pernah melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum pernah dengar.  
 
Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat itu. Salah seorang berkata meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara meraba. Perwaklilan yang dilantik terus ke tempat itu. Sebaik saja sampai, masing-masing terus memainkan peranan. Ada yang terpegang kaki gajah, ada yang terpegang  gading dan sebahagian lain memegang telinga gajah.  
 
Setelah puas meraba, mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui bentuk gajah ajaib itu. Orang yang terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti tiang besar, kesat tapi lembut pada sentuhan. Kenyataan ini dibantah keras oleh orang yang terpegang gajah pada gading. Dia mengatakan gajah tidak kesat, tidak lembut dan jauh sekali dari berbentuk seperti tiang  seperti yang dilaporkan oleh orang pertama tu, sebaliknya katanya gajah keras dan licin dan hanya sebesar galah saja. Kenyataan ini disanggah oleh pelapor ketiga yang memegang gajah pada telinga. Dia bersetuju dengan pelapor pertama yang mengatakan gajah itu kesat dan lembut tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti tiang atau galah. Dia menegaskan bahawa gajah itu kesat, lembut dan saiznya hanya seperti kulit terkembang yang tebal sebesar dulang.
  
Orang-orang buta lain yang ingin mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu melopong kebingungan.  

MORAL & IKTIBAR  
  Naluri ingin tahu yang ada pada setiap orang mendorong mereka untuk menyelidik 

    • Penggunaan satu deria saja tidak memadai untuk mengetahui sesuatu fakta secara syumul dan terperinci 
    • Pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara adalah betul dari satu persepsi/sudut saja 
    • Penguasaan ilmu perlu menggunakan teknik gabungan pelbagai media dan juga melalui 'brainstorming' 
    • Jangan lekehkan pandangan orang lain kerana ia adalah betul dari sudut pandangannya  
    • Melekehkan pendapat orang menyekat diri kita dari menguasai ilmu secara global 
    • Dapatkan fakta atau maklumat mengenai sesuatu dari banyak sumber dan cara 
    • Maklumat yang diperolehi secara 'second-hand' belum dapat dipastikan kesahihan; jauh sekali untuk dijadikan dalil atau hujah

TAUBAT SEORANG PEMINUM ARAK




Pada suatu hari, Khalifah Umar ibni Khattab berjalan-jalan di lorong-lorong dalam kota Madinah. Apabila sampai di persimpangan jalan, beliau terserempak dengan seorang pemuda yang membawa kendi. Ini menimbulkan sangkaan buruk Umar terhadap pemuda itu. Lantas Umar menyoal, "Apa yang engkau bawa itu?" Dalam keadaan ketakutan pemuda itu terketar-ketar menjawab, "Madu, wahai Umar.." Sebenarnya pemuda itu sedang membawa kendi arak. 

Selepas berkata demikian, timbul perasaan insaf di hatinya untuk bertaubat dari minum arak. Dia menyesal melakukan perbuatan yang ditegah agama. Dia benar-benar berharap sambil berdoa supaya Khalifah Umar tidak memeriksa isi kendi itu. Namun Khalifah Umar tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pemuda itu; lalu mengambil kendi itu untuk diperiksa.  

Doa pemuda itu dikabulkan Allah. Apabila diperiksa, Baginda Umar dapati di dalamnya terdapat madu.  Allah menukarkan arak menjadi madu. Dengan demikian pemuda itu terselamat dari tindakan Khalifah. Semenjak peristiwa itu, pemuda itu bertaubat dan berjanji tidak akan meminum arak lagi.
                         
MORAL & IKTIBAR 
  • Allah Taala sentiasa memperkenankan doa orang yang bertaubat ikhlas kepadaNya 
  • Setiap pemimpin mestilah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh rakyat yang dipimpinnya.
  • Setiap pemimpin akan disoal mengenai kepimpinannya
  • Kebajikan yang dibuat ikhlas kepada Allah menghapuskan dosa kejahatan yang dibuat sebelumnya