Dalam
suatu negeri terdapat sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita satu
sarkis datang ke tempatnya dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib bernama
gajah. Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum pernah
melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum pernah
dengar.
Kata
sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat itu. Salah seorang berkata
meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara meraba.
Perwaklilan yang dilantik terus ke tempat itu. Sebaik saja sampai,
masing-masing terus memainkan peranan. Ada yang terpegang kaki gajah, ada yang
terpegang gading dan sebahagian lain memegang telinga gajah.
Setelah
puas meraba, mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan pelbagai
pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui bentuk
gajah ajaib itu. Orang yang terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti
tiang besar, kesat tapi lembut pada sentuhan. Kenyataan ini dibantah keras oleh
orang yang terpegang gajah pada gading. Dia mengatakan gajah tidak kesat, tidak
lembut dan jauh sekali dari berbentuk seperti tiang seperti yang
dilaporkan oleh orang pertama tu, sebaliknya katanya gajah keras dan licin dan
hanya sebesar galah saja. Kenyataan ini disanggah oleh pelapor ketiga yang
memegang gajah pada telinga. Dia bersetuju dengan pelapor pertama yang
mengatakan gajah itu kesat dan lembut tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti
tiang atau galah. Dia menegaskan bahawa gajah itu kesat, lembut dan saiznya
hanya seperti kulit terkembang yang tebal sebesar dulang.
Orang-orang
buta lain yang ingin mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu melopong
kebingungan.
MORAL
& IKTIBAR
Naluri ingin tahu yang ada pada setiap orang mendorong mereka untuk
menyelidik
- Penggunaan satu deria saja tidak memadai untuk mengetahui sesuatu fakta secara syumul dan terperinci
- Pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara adalah betul dari satu persepsi/sudut saja
- Penguasaan ilmu perlu menggunakan teknik gabungan pelbagai media dan juga melalui 'brainstorming'
- Jangan lekehkan pandangan orang lain kerana ia adalah betul dari sudut pandangannya
- Melekehkan pendapat orang menyekat diri kita dari menguasai ilmu secara global
- Dapatkan fakta atau maklumat mengenai sesuatu dari banyak sumber dan cara
- Maklumat yang diperolehi secara 'second-hand' belum dapat dipastikan kesahihan; jauh sekali untuk dijadikan dalil atau hujah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan