Jumaat, 14 Oktober 2011

hati yang terusik

bicara dibuka selintas kata
mengungkap rasa dihati sayu
andai seri yang hilang
bukan kerana amarah
pasti akan disesali sepanjang hidup
bukan mencari derita
bukan membina seksa
bukan melurut jari mematah tulang
tetapi hakikatnya
adalah hati yang terusik jua
andai pergimu kerana nista
bukan dipinta mencari jujur
cukuplah sekadar ikhlas
jadi alas
dalam kurang serba diri....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan