Rabu, 12 Oktober 2011

makan berbahaya yang lain...

1. Tomato

Banyak diantara kita yang tidak tahu bahwa tomato sebenarnya beracun. Walaupun buah tomato sendiri tidak beracun, tetapi daun dan ranting tanaman tomato mengandungi glycoalkaloid yang boleh mengakibatkan sakit perut dan gugup. Daun dan ranting tomato boleh digunakan dalam memasak, tapi tidak boleh dimakan. Glycoalkaloid ini adalah racun yang kuat dan digunakan untuk kawalan serangga.
2.epal
Epal sangatlah terkanal sebagai buah yang enak dan sihat tetapi tahukah anda bahwa epal mengandungi Cyanide/ sianida, walaupun hanya dalam jumlah sedikit. Kandungan sianida terdapat di dalam biji apel. Walaupun memakan semua biji yang ada dalam sebiji  epal tidak akan membunuh, tetapi tidak dihgalakan untuk memakan bijinya. Kerana bila anda memakannya dalam jumlah tertentu, akan mengakibatkan komplikasi..

4. Almond
Walaupun orang menyebutnya kacang Almond sebenarnya adalah dari jenis  biji-bijian, yang sangat terkenal di dunia. Seperti hal nya epal, Almond juga mengadung sianida. Almond ini sangat beracun bila tidak diproses dengan pemanasan yang sesuai untuk mengeluarkan racun nya. banyak negara melarang penjualan Almond sebelum diproses untuk mengeluarkan racunnya.
5. Kentang
Pasti kita semua  sudah pernah mendengar bahkan memakan kentang. Yang belum kita dengar mungkin adalah  kentang ini beracun. Ranting dan daun bahkan kentangnya sendiri beracun. Kalau anda pernah perhatikan kentang lebih dekat, kemungkinan besar dari kita pernah melihat kentang yang agak kehijau-hijauan. Ini adalah disebabkan oleh racun glycoalkaloid. Dalam sejarah, kematian akibat kentang ini pernah terjadi walaupun jarang.
Kebanyakan adalah kerana meminum teh daun kentang atau memakan kentang yang kehijau-hijauan. Kematian ini tidak datang secara cepat dan mendadak, tetapi selalunya mangsa akan berasa lemas dan kemudian jatuh koma. Oleh sebab itu, janganlah memilih kentang yang mempunya bulatan seperti bola mata hijau, kulit kehijau-hijauan, atau yang telah berakar. Buanglah kentang-kentang tersebut daripada menyajikan nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan