Isnin, 25 Jun 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Sekolah            : Sm. St. Dominic, Lahad Datu.                                   Tarikh              : 21 Jun 2012 (Khamis)          
Kelas               : 2 Dedikasi                                                     Saiz Kelas        : 35 Orang
Waktu              : 12.25-1.35  PM                                              Tempoh           : 70 Minit
Tema               : Kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik minat kuasa luar untuk menjajah
Topik               : Bab 5 : Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British
Subtajuk          : 5.1 SBUB bertapak di Sabah
                        : 5.2 SBUB mengukuhkan kuasa di Sabah

Objektif  Pembelajaran                        : Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:
                                                i) Menceritakan penapakan dan perluasan kuasa barat sehingga pengambilan Sabah oleh SBUB.
                                                ii) Menghuraikan peranan pemimpin tempatan dalam pentadbiran Sabah.
                                                iii) Mentafsir syarat-syarat piagam yang diberikan oleh kerajaan British untuk menubuhkan SBUB.

Hasil Pembelajaran                  : 1.2 Menceritakan penapakan dan perluasan kuasa barat sehingga pengambilan Sabah oleh SBUB.
                                                  2.1 Menghuraikan peranan pemimpin tempatan dalam pentadbiran Sabah.
                                                  3.1 Mentafsir syarat-syarat piagam yang diberikan oleh kerajaan British untuk menubuhkan SBUB.

Pengetahuan Lama Murid        : Nama lain bagi Sabah
Unsur Patriotisme                    : Perjuangan mempertahankan maruah negara Malaysia
Tingkah laku  Patriotisme        : Kebijaksanaan dalam membuat keputusan menguntungkan negara
Sumber P&P    : i) Rujukan      : Buku teks, buku rujukan, rujukan internet
                          ii) Alat           : Papan putih  dan Marker Pen
                         iii) Bahan        : Nota ringkas berkaitan dengan tajuk dan soalan pengukuhan
Pendekatan Pengajaran                        : Pembelajaran Kooperatif dan Sumbang Saran dan Visual Ruang.



Perkembangan pengajaran
Kandungan/ Konsep
Proses Pengajaran dan Pembelajaran                            
( Tindakan Guru dan Aktiviti Murid)
Jangkaan Pemikiran Murid
Catatan/ Nota
Set Induksi
(5 Minit)
Pengenalan kepada negeri Sabah.
i) Sesi soal jawab
- Fokus kepada Asal-usul nama Sabah dan pentadbiran awal di Sabah.
i) Pisang Saba
 (perkataan Bajau)

Perkataan “Saba”
Gambar berkaitan dengan Sabah.

Perkembangan
(Penerokaan)
( 15 Minit)
Pertapakan SBUB di Sabah
i) Dengan bimbingan guru, pelajar melengkapkan carta aliran berkaitan dengan pertapakan SBUB di Sabah secara perbincangan.
ii) Fokus kepada rentetan peristiwa yang membawa kepada penguasaan SBUB di Sabah.
iii) Ulasan dan perincian guru berkaitan hasil kerja pelajar.
i) Pelajar dapat melengkapkan carta aliran tentang kronologi pertapakan SBUB di Sabah.
Carta aliran tentang rentetan peristiwa pertapakan SBUB di Sabah.
Perkembangan
(Penerangan/ perbincangan)
( 20 Minit)
i) Syarat-syarat pemberian Piagam Diraja.
ii) Rasional pemberian piagam Diraja.
i) Pelajar menerangkan berkaitan dengan syarat-syarat piagam
ii) Pelajar menganalisis rasional pemberian piagam tersebut daripada kerajaan British.
iii) Sesi soal jawab antara kumpulan.
i) Pelajar dapat menyatakan 3 daripada syarat piagam.
ii) Pelajar dapat memberikan idea berkaitan dengan rasional pemberian piagam Diraja.
Syarat –syarat pemberian piagam
Struktur pentadbiran SBUB
Perkembangan
(Aplikasi/ Penelitian)
(20 Minit)
i) Struktur pentadbiran SBUB di Sabah.
ii) Peranan pemimpin tempatan dalam pentadbiran

i) Perbincangan pelajar mengenai soalan yang diberikan oleh guru.
ii) Perbincangan pelajar di bawah bimbingan guru.
iii) Pembentangan hasil perbincangan.
iv) Ulasan dan perincian guru.
- Pelajar dapat melakar struktur pentadbiran SBUB di Sabah.
ii) Pelajar dapat menyenaraikan 3 peranan pemimpin tempatan dalam pentadbiran SBUB.
Peranan pemimpin tempatan dalam pentadbiran
ii) Rasional pemberian piagam
Diraja.
Penutup
(Pentaksiran)
(10 Minit)
Rumusan keseluruhan P&P dengan pelajar menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
i) Pertapakan SBUB di Sabah
ii) Pemberian Piagam Diraja
iii) Struktur pentadbiran SBUB di Sabah
i) Pelajar dapat menjawab soalan pengukuhan dengan baik dan dapat merumuskan keseluruhan perbincangan.
i) Soalan pengukuhan

Refleksi:

Isnin, 18 Jun 2012

INFAPRO




INFAPRO

Telah ku kenal erti sebuah kehidupan
Yang mengajar cara hidup
Membina potensi meningkatkan prestasi
Andai kita bersama itulah syukur
Andai kita terpisah itulah takdir
Pilihan sentiasa berubah
Persekitaran sentiasa mendorong
Mungkin aku tidak cukup baik untuk berbakti kepadamu
Mungkin akan ada yang lebih baik membawa haluanmu
Kerana hidup ini hanya persinggahan
Bila pilihan telah menjadi tekad
Bila kesabaran telah jauh teruji
Ada masanya kita beralih
Jauh mencari nilai baru
Walau hati sanubari menilai destinasi
Walau langkah kaku melangkah pergi
Walau wajahmu mencorak seri
Walau semuanya ada darimu
Kerana ku tahu dirimu
Akan tetap sebuah memori
Yang akan dikenang dan diperkatakan
Sebagai medium kesadaran alam
Yang semakin rakus diratah mentah
Oleh semua petualang yang hanya Nampak sinar
Pada cahaya wang
Namun padamu jua disandarkan harapan
Pencetus ilham
Menongkah arus mencipta jaya
Kerana engkau…adalah
INFAPRO


Oleh Irwan jaisun
INFAPRO/JAN/2012/MERBAU

Selasa, 12 Jun 2012

Gerbang

Bawah pintu ini
Terbuka jalan luas
Terbentang memberi pilihan
Tersirat sejuta harapan
Terpahat atasnya tekad
Terpacak padanya matlamat

Yang tersergam bukan tembok
Yang memimpin bukan mimpi
Yang disemai bukan lalang
Yang direnangi adalah amanah
Yang dipijak adalah ikhlas
Yang dibuktikan adalah janji

Usaha bertekad mencurah
Umpama ke pangkal lengan
Ukirkan sensasi perjuangan
Utuskan semua cabaran
Utuh hati meneroka
Untuk tegar membawa bakti...

Isnin, 11 Jun 2012

anda berkata


APA YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI… INGATLAH, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UNTUK BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG LAIN!