Isnin, 18 Jun 2012

INFAPRO




INFAPRO

Telah ku kenal erti sebuah kehidupan
Yang mengajar cara hidup
Membina potensi meningkatkan prestasi
Andai kita bersama itulah syukur
Andai kita terpisah itulah takdir
Pilihan sentiasa berubah
Persekitaran sentiasa mendorong
Mungkin aku tidak cukup baik untuk berbakti kepadamu
Mungkin akan ada yang lebih baik membawa haluanmu
Kerana hidup ini hanya persinggahan
Bila pilihan telah menjadi tekad
Bila kesabaran telah jauh teruji
Ada masanya kita beralih
Jauh mencari nilai baru
Walau hati sanubari menilai destinasi
Walau langkah kaku melangkah pergi
Walau wajahmu mencorak seri
Walau semuanya ada darimu
Kerana ku tahu dirimu
Akan tetap sebuah memori
Yang akan dikenang dan diperkatakan
Sebagai medium kesadaran alam
Yang semakin rakus diratah mentah
Oleh semua petualang yang hanya Nampak sinar
Pada cahaya wang
Namun padamu jua disandarkan harapan
Pencetus ilham
Menongkah arus mencipta jaya
Kerana engkau…adalah
INFAPRO


Oleh Irwan jaisun
INFAPRO/JAN/2012/MERBAU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan