Ahad, 8 Julai 2012

bicara hati

Sejarah telah membuktikan sabar bukan sekadar sebuah penantian, tetapi ia lebih kepada bekerja keras secara teratur dan saling percaya dengan apa yang hendak dicapai...


 Biar kita gagahi hari yang mendatang dengan lebih padu kerana pengalaman semalam sudah mengajar kita tentang TAKDIR

 Tiada dua persimpangan dalam hidup kita, yang ada hanyalah sebuah jalan lurus dan di tepinya terdapat banyak jalan-jalan lain yang menyesatkan, buka minda kita melihat alam,pasti ada jawapan untuk kita terus percaya, kita berada di jalan lurus tadi, bukan simpang-simpang lain sebagai cubaan....

 Sentiasa tiada istilah terlambat untuk belajar sesuatu yang penting dalam hidup kita, kerana kita masih dalam proses membina yang terbaik untuk kita....

 Jangan mendabik dada dengan pangkat dan jawatan, walau berada di tempat paling tinggi kuasa dunia, bercakap biar menggunakan otak dan fakta, putar belit sekalipun yang jelas benar sentiasa terang terlihat.....

 .Perbezaan individu itulah yang menjadikan setiap dari kita istimewa, namun selalunya perbezaan itulah yang menjadi punca salah faham antara individu, jika setiap yang berbeza digabungkan tidakkah ia membentuk potensi yang lebih besar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan