SEORANG ANAK MEMBANGKANG PERINTAH AYAHNYA
Ketika
Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke
gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah
dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu
tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila
dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu
Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk
berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."
"Wahai
ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk
memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan
untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di
sini, wahai ayahku."
Khaitsamah
marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati
perintahku."
Saad menjawab,
"Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat
berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga
bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan
Rasulullah."
Maka
Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang
berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk
berangkat."
Saad menjawab,
" Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan
mendahulukanmu."
Khaitsamah
tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih
adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang.
Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.
Setelah itu
Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak
mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah
Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun
dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan
anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid.
Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku,
"Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah.
Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku
telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah
diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa
dengan anaknya di syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan