BERKAT
KEJUJURAN
Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin
ibunya merantau
ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang
cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian
beratus-ratus batu. Sebelum
pergi
ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40
dirham dan dijahit di dalam
pakaian
Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan
yang kebetulan hendak menuju
ke
Baghdad.
Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang
penyamun. Habis
harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak
mempunyai apa-apa. Salah
seorang
perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40
dirham di dalam pakaiannya.
Penyamun
itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang
sebagaimana yang diberitahu.
Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata
benar walaupun
diketahui wangnya akan dirampas? Abdula Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada
ibunya supaya tidak bercakap
bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun
menangis dan menginsafi
kesalahannya.
Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang
telah melanggar perintah Allah
sepanjang
hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan
Abdul Kadir diikuti oleh
pengikut-pengikutnya.
MORAL & IKTIBAR
- Ilmu Agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh.
- Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup.
- Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain
- Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan