Jumaat, 7 Jun 2013

hiasan RU

ru hiasan pantai bercerita, disergah sekadar melengok pucuk mu bermain tarian gemelai akar mu menunjang butiran kemilau sesekali ombak datang menyapa bertalu kau tetap bersama senda akan kuatkah hati sepertimu membuang semua rasa binasa untuk pergi bersama ombak kerana harapan ku biar pantai terus berubah mengubat dan mencipta ceria baru atas nama sebuah kehidupan.....

Kek Batik (biskut Marie)

ni kes tercabar dan dicabar,bukan tak tahu masak (Chef Wan) bah ni..hehe... tapi nak buak kek yang x berapa kek ni, macam payah sangat jak caranya. Satu hari ada seorang kawan yang memang rapat telah menghadiahkan seloyang kek ni.. sedap juga rasanya, adik pun selalu buat.... nak cuba try test buat..jomm.... dimana ada mahu di sana ada jaya..... Bahan-bahan ( Loyang/kuali/periuk) 1 bungkus (350g) biskut marie Setengah buku butter/Mentega/Majerin 2 biji telur 1 cwn serbuk koko 1/2 cwn milo 1 cwn air 3/4 cwn gula ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rasa coklat yg kuat..guna 1 cawan koko+1/2 cawan milo.nak rasa yg agak mild,guna 1cwn milo+1/2 cwn koko. Cara-cara Patah-patahkan biskut (janganlah hancur sangat) dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut. masukkan butter,kacau sampai butter cair kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api masukkan pula biskut yang dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dah di selaputi coklat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa) masukkan dlm loyang..tekan sikit bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Khamis, 6 Jun 2013

aku redha ...

Aku telah Maafkanmu.. agar jiwaku petah berbicara mengajar Ku erti bahagia dan tersenyum dalam duka Aku telah Maafkan mu.. Agar hatiku lapang segala Menikmati hari-hari baru yang penuh duka lara Aku telah Maafkan mu Kerana jiwaku sedar mengerti Hidup ini ada hari datang dan pergi

Rabu, 5 Jun 2013

salahkah aku

Ajarkan aku makna rindu Lemparkan aku sebuah kebencian Padamkanlah harapan dalam senyuman Bukannya ia menghilang malah semakin bertumbuh Kenapa perlu ia hidup dalam penjara Andai pengertian sekadar debu Ataukah ia hanya ilusi Yang hilangnya tiada Datangnya bukan undangan Biar aku membias Mencari agungMu dalam telaga ilmu Yang hadirMu menguji Adalah makna cintaMu….

Selasa, 4 Jun 2013

alpa khalifah

Cita di dada kekal dipinta terus menyala. Tentu terang di muka akan terbentang siang di jiwa garang Sudah bertimbun sejarah mengisi buku dunia Adakala manusia jatuh mereka belajar darinya Dan tika bangun selamat mengingat bekas jatuh Akan terpelihara dan singgah di pelabuhan. Sedar mengajar sentiasa Bakal sampai tujuan semula Kita tegak di pencapaian cita

Isnin, 3 Jun 2013

rehat sebentar....

Salah Nama… Cerita ini berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari tempat kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motosikal mereka pula pancit di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka menuntun motosikal mereka. Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempuh sebuah perkuburan Cina. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan mereka sambil membuat lawak. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak. Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur. Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur. “Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esok siang buat la,” kata si Dol marah. “Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis,” kata apek tersebut.