kalau hidup seperti lalang biar goyah ditiup bayu tetapi akar kuat mencengkam tanah, kalau hidup ingin berjaya biar alasan menjadi cabaran untuk kita terus melangkah.......
Jumaat, 7 Jun 2013
Kek Batik (biskut Marie)
ni kes tercabar dan dicabar,bukan tak tahu masak (Chef Wan) bah ni..hehe... tapi nak buak kek yang x berapa kek ni, macam payah sangat jak caranya. Satu hari ada seorang kawan yang memang rapat telah menghadiahkan seloyang kek ni.. sedap juga rasanya, adik pun selalu buat.... nak cuba try test buat..jomm....
dimana ada mahu di sana ada jaya.....
Bahan-bahan
( Loyang/kuali/periuk)
1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter/Mentega/Majerin
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rasa coklat yg kuat..guna 1 cawan koko+1/2 cawan milo.nak rasa yg agak mild,guna 1cwn milo+1/2 cwn koko.
Cara-cara
Patah-patahkan biskut (janganlah hancur sangat)
dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut.
masukkan butter,kacau sampai butter cair
kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
masukkan pula biskut yang dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dah di selaputi coklat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa)
masukkan dlm loyang..tekan sikit bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan