kalau hidup seperti lalang biar goyah ditiup bayu tetapi akar kuat mencengkam tanah, kalau hidup ingin berjaya biar alasan menjadi cabaran untuk kita terus melangkah.......
Isnin, 3 Jun 2013
rehat sebentar....
Salah Nama…
Cerita ini berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari tempat kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motosikal mereka pula pancit di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka menuntun motosikal mereka.
Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempuh sebuah perkuburan Cina. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan mereka sambil membuat lawak.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak.
Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur.
Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
“Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja.
Esok siang buat la,” kata si Dol marah.
“Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis,” kata apek tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan