Dalarn
membincangkan persoalan sumber, ia menarik kita kepada suatu persoalan yang
berkait rapat dengan tugas yang dikendalikan oleh sejarawan iaitu penyelidikan
sejarah. Kita sendiri telah sedia maklum bahawa ahli sejarah sememangnya tidak
menyaksikan dengan mata kepala sendiri rentetan peristiwa sejarah yang berlaku
pada sesuatu masa, mungkin disebabkan alili sejarall itu tidak wujud sezaman
dengan sejarah yang ingin dikajinya. Namun, mereka tetap memperolehi maklumat
tentang sejarah masa lalu melalui sumber sejarah yang masib ada ditiuggaikan.
Oleh hal yang demikian, melalui esei ini juga, beberapa
persoalan seperti bagaimanakah seseorang ahli sejarawan itu memperolehi sesuatu
maklumat mengenai sejarah? Dan bagairnana mereka dapat mengesahkan akan
kebenaran sejarah yang dihasilkannya akan terjawab. Sememangnya persoalan ini
mempunyai kaitan dengan keseluruhan kaedah serta tekuik penyelidikan sejarah.
Kebenaran sejarah akan lahir apabila kaedah dan penyelidikan sejarah itu
dilakukan dengan sempuma dan baik. Salah satu perkara pokok yang penting dalam
pelaksanaan kaedah dan penyelidikan sejarah ialah sumber yang boleh memberikan
maklurnat sebenar mengenai sesuatu sejarah yang telah berlaku.
KONSEP SUMBER
Sebelum
kita membicarakan tentang jenis dan penggunaan sumber, saya berpendapat elokiah
sekiranya kita mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan sumber. Istilah sumber dalarn sejarah sering ditafsirkan
sebagai punca, dokurnen, atau rekod. Menurut Oxford English Dictionary, sumber atau 'source' bermaksud 'sesebuah
karya, dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang
bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal
tersebut. Pada lazimnya, sumber-sumber sejarah diertikan sebagai bahan bertulis
atau bercetak. Mengikut definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan bererti 'keterangan (bukti) yang bertulis atau
bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti (seperti surat
beranak, surat nikah, dan lain-lain)'.[1][1]
Sumber
juga sering diistilahkan sebagai punca pernikiran atau ilham. Hal ini
dijelaskan oleh Muhd. Yusof Ibrahim:
...Seperti
suatu ilham, sumber ialah sesuatu penulisan yang boleh menjadi punca kepada
sesuatu lahiran pemikiran ataupun penulisan, tetapi sumber berbeza dengan ilham
kerana ia tidakiali abstrak. mahupun spontan, dan ia boleh kita rujuk kembali
apabila kita memerlukannya semula. Pada peringkat awalnya, sumber ialah
sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan di tempat-tempat yang khusus, seperti
arkib, perpustakaan, muzium, pejabat menyimpan rekod, istana dan sebagainya,
ataupun di rumah-rumah orang perseorangan yang mempunyai minat menyimpannya.[2][2]
Secara
amnya, sumber juga boleh membawa pengertian sebagai kumpulan bahan rujukan bagi
kegunaan penyelidikan dalam mana-mana bidang keilmuan. Jadi, dalam hal ini,
bukanlah sejarawan sahaja yang memeriukan sumber untuk penyelidikannya, malahan
ilmu-ilmu lain juga memerlukannya.[3][3] Namun begitu,
bagi ahli-ahli sejarah, sumber yang mereka perlukan merupakan sumber yang
mempunyai kaitan dengan bidang sejarahnya sahaja dan bukannya berkaitan dengan
keilmuan lain.
Mengikut
pengertian sumber secara umum dari segi sejarah, sumber itu kerap dibahagikan
kepada dua kategori; yang pertama iaiah sumber utama dan yang kedua ialah
sumber kedua. Suatu lagi kumpulannya ialah sumber lisan yang kadang-kala boleh
dikategorikan sebagai sumber utama, ataupun kedua, iaitu bergantung kepada
kepentingan dan ketulenan serta kejituannya berhubung dengan sesuatu peristiwa
yang sedang dikaji dan diselidiki.[4][4]
Oleh
itu, dapatlah saya simpulkan daripada beberapa pendapat ini bahawa; istilah
sumber itu merujuk kepada sesuatu maklumat atau fakta yang menceritakan tentang
kejadian sarna ada secara bertulis yang rnungkin tersirnpan di tempat-tempat
yang khusus seperti di muzium, arkib, perpustakaan, istana, pejabat menyimpan
rekod, rurnah-rumah perseorangan ataupun secara lisan yang sahih buktinya yang
mana boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi alili sejarawan untuk
mendapatkan bukti bagi penulisan persej arahannya.
JENIS SUMBER
Sumber
Utama
Untuk
mengetahui definisi sumber utama dengan lebih jelas, beberapa pandangan
tokoh-tokoh sejarah telah saya petik. Dari segi konsep, keseluruhan tokoh ini
memberikan makna yang hampir sama. Menurut Muhd Yusuf Ibrahim; sumber utama itu
ialah kumpulan sumber mahupun bahan yang boleh kita rujuk, tetapi keadaannya
masih asli dan belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi
tertentu.[5][5] Antara sumber
ini temasuklah bahan yang berupa dokumen, surat, sama ada yang rasmi ataupun
sebaliknya, catatan, laporan, buku harian, warkah, watiqah dan titah perintah
dan kadangkala akhbar serta majalah dan peringatan boleh juga dianggap sebagai
sumber utama. Apa yang menjadikan sumber-sumber itu sebagai sumber utama ialah
keadaannya itu sendiri yang merupakan sumber yang pertama sekali mencatatkan
sesuatu peristiwa yang berlaku itu.
Sumber
utama juga dikenali sebagai sumber primer atau primary source. Menurut Jan Vermeer dari Perpustakaan Universiti
Yale, sumber utama didefinisikan sebagai:
A
primary source is firsthand testimony or direct evidence concerning a topic
under investigation. The nature and value of a source cannot be determined
without reference to the topic and questions it bis meant to answer. The same
document, or other piece of evidence, may be a primary source in one
investigation and secondary in another. The search for prirnary sources does
not, therefore, automatically include or exclude any category of records or
documents.[6][6]
Menurut
Abdul Rahman Haji Abdullah pula; sumber pertama itu diniaksudkan sebagai
keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam sesuatu
perkara. Ataupun, sumber pertama ialah bahan-bahan mentah dan ash yang belum
sempurna lagi. Bagaimanapun tidak selalunya terdapat pemisahan yang mutlak
antara sumber pertama dengan sumber kedua. Ada kalanya yang digolongkan sebagai
sumber pertama itu adalahjuga sumber kedua.[7][7]
Bagi
Louis Gottschalk dalam bukunya Understanding
History menyatakan bahawa:
A primary source is the testimony of an
eyewitness, or of a witness by any other of the senses, or of a mechanical
device like the dictaphone - that is, of one who or that which was present at
the events of which he or it tells (hereafter called simply eyewitness). A primary source must thus
have been produced by a contemporary of the events it narrates. It does not,
however, need to be original in the legal sense of the word original - that is,
the very document (usually the first written draf) whose contents are the
subject discussion - for quite often a later copy or a printed edition will do
just as well; and in the case of the Greek and Roman classics seldom are any
but later copies available.[8][8]
Berdasarkan
beberapa maksud sumber di atas, dapat saya rumuskan bahawa sumber utama
merupakan sumber ash dah mentah yang belum sempurna yang mana ia mula-mula
sekali mencatatkan peristiwa sejarah yang berlaka dan ianya belum lagi
dikenalpastikan oleh mana-mana pihak atau institusi.
Sumber Kedua
Secara
asasnya, sumber kedua ialah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang
telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang sesuatu
peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajian-kajian itu berdasarkan
sumber-sumber utama tadi.[9][9] Sumber
kedua lebih merujuk kepada tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang
tersusun, rencana, dissertasi atau buku.[10][10]
Sebenarnya,
sumber kedua ini merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan dan malahan
andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji terhadap perkara-perkara yang
dikajinya dengan bersandarkan sumber utama yang berkaitan. Sumber kedua itu
boleh dan biasa digunakan oleh para penyelidik yang lain, sama ada sebagai
rujukan, sebagai bandingan, mahupun sebagai ungkapan bagi mengemukakan
pandangan serta tafsirannya terhadap perkara yang dikajinya. Dalam kategori
sumber kedua ini termasuklah buka-buku, majalah dan juga akhbar, latihan
ilmiah, tesis, karangan ataupun - esei yang menganalisis sesuatu isu yang
penting.[11][11]
Pada
pendapat saya, sumber kedua ini merujuk kepada sesuatu karya yang telah
diproses hasil daripada bahan-bahan sumber pertama. Ini bermakna sumber kedua
ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sumber utama. Dalarn hal ini,
sekiranya sumber utama tiada, maka sumber kedua ini tidak akan wujud dengan
sendirinya.
Sumber Lisan
Seterusnya,
kita akan membincangkan tentang sumber lisan. Sumber lisan merupakan sumber
yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut oleh
seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah berlaku.
Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya tidaklah ditulis atau
dirakamkan. Namun begitu, sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila ia
dirakam setelah mengalarni proses temu bual, perbincangan, dan temuduga dengan
orang sumber. Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli
sejarawan dalam bidang sejarah lisan.
Sumber
lisan boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber kedua. Lazimnya,
sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi atau orang-orang yang
terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka ini boleh memberikan
maklumat asal tentang peristiwa yang mereka saksikan atan yang mereka turut
terlibat. Jika mereka ini memuatkan maklumat-maklumat ke dalam pita rakaman
ataupun apa-apa perakam suara, maka itu juga boleh dianggap sebagai sumber
utama. Tetapi, jika mereka menulisnya, maka ia akan menjadi sumber utama yang
bertulis dan bukan lisan lagi. Bagi sumber lisan dalam kategori kedua pula, ia
adalah maklumat daripada mereka yang tidak menyaksikan atau terlibat dalam
sesuatu peristiwa yang diterangkan.[12][12]
Kepentingan
sumber lisan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Tambahan pula dalam
situasi di mana kurangnya sumber utama dan kedua dalam satu-satu peristiwa
sejarah. Contoh yang jelas ialah semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama
3 setengah tahun iaitu dari 15 Februari 1942 hinggalah 12 September 1945.
Kebanyakan daripada generasi muda pada masa kini mendapat tahu tentang
peristiwa yang menggambarkan keganasan dan kekejaman pendudukan Jepun di Tanah
Melayu melalui cerita-cerita orang tua yang masill hidup dan telah menempuh
zaman tersebut. Hal ini turut dijelaskan oleh K.Ratnam:
Layanan
yang berbeza diberi kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun. Semua kaum iaitu
orang Melayu, Gina dim India mengalami penyeksaan, penderitaan, kebuluran,
ketakutan dan pengangguran. Kaum Gina menderita akibat kezaliman dan penyeksaan
askar-askar Jepun. Akibatnya, ramai orang Cina telah melarikan diri ke pinggir-pinggir
hutan untuk mengelakkan penyeksaan, kebuluran, dan kezaliman Jepun. Di sini
mereka menternak ayam itik. Inii mewujudkan masyarakat setinggan di Tanah
Melayu Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai di antara mereka
juga dihantar ke Siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Akibatnya ramai
orang Melayu, India dan Cina telah terkorban dalam pembinam jalan kereta api
tersebut akibat seksaan dim jangkitan penyakit tropika.[13][13]
SUMBER
PERTAMA/PRIMER:
- Sumber Artifak
Dokumen Kerajaan
- Sumber Peribadi
Sumber Agama
- Batu Bersurat
Buku Harian
- Warkah
- Watikah
- Titah Perintah
- Catatan
SUMBER
KEDUA/SEKONDER:
- Sumber Manuskrip
Lama
- Akhbar-akhbar
- Majalah
- Sumber Karangan
atau Esei
- Latihan Ilmiah
- Buku-buku
- Tesis
- Rencana
SUMBER
LISAN:
- Percakapan-pertuturan
- Temu bual
- Perbincangan
- Temuduga
PENGGUNAAN
SUMBER
Kita
haruslah menyedari bahawa kepentingan sumber adalah suatu kepentingan yang
asasi. Ini kerana sumber, bagi penulisan sejarah, berbeza dengan penulisan
karya kreatif, adalah sesuatu yang mesti wujud. Tanpa sumber, sejarawan tidak
berupaya menghasilkan pensejarahannya; samaiah keadaannya dengan sasterawan
tanpa ilham, maka ia akan terkapai-kapai mengahadapi alam maya. Oleh itu,
sejarawan haruslah mencari serta mengumpulkan dan memastikan sumbernya.[14][14]
Sumber
juga penting dalam menggambarkan suatu pandangan dan pemikiran seseorang
penulis atau pengkaji terhadap perkara dan juga terhadap alam persekitaran pada
masa lalu. Melalui penulisan mereka, sekurang-kurangnya sejarawan moden kini
dapat membayangkan bagaimana corak pemikiran mereka pada masa lain seterusnya
mengimaginasikan rentetan sejarah yang berlaku pada masa itu. Ini kerana
pemikiran penulis-penulis lalu melambangkan juga pemikiran masyarakat ataupun
pemerintah sezamannya. Misalnya, karya-karya tempatan yang dihasilkan oleh
Abdullah Munsyi seperti Hikayat Abdullah,
Salasilah Raja-Raja Melayu dan Bugis, yang menggambarkan corak pemikiran
Abdullah Munsyi pada zaman itu.
Penggunaan
sumber juga penting sebagai mengukuhkan hujah dan menguatkan lagi suatu
kenyatam yang ingin dijelaskan oleh sejarawan tentang pensejarahan yang ingin
dikemukakannya. Dengan adanya sumber, sejarawan dapat membuktikan dan
mengesahkan bahawa fakta atau kenyataan sejarah yang dibawa olehnya adalah
benar dan tepat. Sebagai contoh; seorang pengkaji sejarah Tanah Melayu ingin
membuktikan kekuatan angkatan tentera Jepun sewaktu menyerang Tanah Melayu
semasa Perang Dunia Kedua. Untuk mengulculikan hujahnya, seorang penyelidik itu
boleh meneliti sumber kedua. Misalnya sebuah bukti yang bertajuk The History of Malaya karya Henry Miller
yang menyatakan; pasukan tentera Jepun telah berjaya memeranjatkan penduduk
Tanah Melayu serta pegawai-pegawai British apabila mereka berjaya
menenggelamkan dua buah kapal British iaitu Prince
of Wales dan Repulse. Melalui
sumber ini, kenyataan yang dikemukakan oleh sejarawan itu tidak akan dapat
dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Pada
pandangan saya, sumber juga penting dalam memberikan keyakinan kepada sejarawan
dan masyarakat umum pada hari ini tentang sejarah sebagai pengetahuan masa
lampau yang pasti takkan kembali lagi. Melalui peninggalan sumber yang ada,
sejarawan dan masyarakat pasti akan berasa yakin bahawa suatu peristiwa itu
telah pun berlaku pada masa lalu dan ia harus diambil sebagai pengajaran untuk
pedoman hidup pada masa-masa akan datang.
Daripada
beberapa kenyatam yang telah dijelaskan, dapat saya simpulkan di sini bahawa
sumber sangat penting dalam kajian atau penyelidikan sejarah. Dalam hal inl,
kita haruslah menyedari akan kepentingan sumber sebagai suatu kepentingan asasi
sejarah. Ini bermakna, tanpa sumber, sejarawan tidak mampu untuk menghasilkan
pensejarahan dan seterusnya sejarah tidak akan wujud sebagai ilmu pengetahuan
masa lalu. Tanpa sumber juga, sejarawan akan terkapai-kapai kelemasan dalam
mencari kebenaran tentang masa lalu. Oleh hal yang demikian, bagi menghasilkan
pensejarahan yang unggul, sejarawan perlu berusaha mendapatkan sumber yang
mempunyai kaitan sama ada - secara
langsung ataupun tidak langsung dengan rentetan peristiwa lalu yang ingin
dikajinya.
Bibliografi
Abdul Ranman Haji Abdullah, 1996. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Gottschalk, Louis, 1969. Understanding
History: A Primer of Historical Method. New York: Alfred A. Knopf.
K. Ratnam, 1998. Sejarah
Kertas 940/2: Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Subang
Jaya, Selangor: Pustaka Sarjana.
Muhd Yusof Ibrahim, 1997. llmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
R. Suntharalingam, 1985. Pengenalan
Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican and Sons.
Suntharalingarn, Pengenalan
Kepada Sejatah, Marican and Sons, Kuaia Lumpur, 1985, hlm.28
Muhd Yusof Ibrahirn,
Ilmu Sejarah. Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1997, hlm.155
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
hlm. 74.
Louis Gottschalk, Understanding
History, Alfred A. Knopf, New York, hlm. 53-54.
Muhd Yusuf Ibrahim, Ilmu
Sejarah: Falsafah, hlm. 157.
Suntharalingarn, Pengenalan
Kepada Sejarah, hlm. 30
Muhd Yusof Ihrahim, Ilmu
Sejarah, Falsafah, hlm.
57-158.
K.Ratnam, Sejarah
Kertas 940/2: Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Pustaka
Sarjana, Subang Jaya Selangor, 1998, him. 120
Muhd Yusuf Ibrahim, Ilmu
Sejarah: Falsafah, hlm.154.