|
|
KRONOLOGI MENCAPAI
KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
|
|
|
|
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama
diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada
27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan
untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet
pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari
1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai
rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai
dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat
Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah
suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya
menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada
28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya
(PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera
Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti
dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku
Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Antara perkara paling penting yang
dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan
kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar
iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama
perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini
berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan
Malaysia.
|
kalau hidup seperti lalang biar goyah ditiup bayu tetapi akar kuat mencengkam tanah, kalau hidup ingin berjaya biar alasan menjadi cabaran untuk kita terus melangkah.......
Jumaat, 14 Mac 2014
Kronologi Mencapai Kemerdekaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan