aku belajar tentang hidup
dipinang pergi membawa haluan
sementah dulu menjengah tingkap
kabur dan sepi bertandang tiba
kau tetap hulurkan bakti
untuk aku berani melangkah
berdiri teguh melontar kata
hingga kini di sanalah memori
semuanya ada resam belajar
pahit, manis,masam dan masin
rasa menjadi senyuman
bila dikenang menjadi teman
walau jauh dari hasrat
suratan tetap menjadi ketentuan
pasti jaya bukan bersama
namun hasrat tetap semadi
ke pelusuk alam
namamu tetap ku sebut
biar dikenal menjadi suluh
kau mengajar makna insan
makna alam
makna kehidupan
kerana kau
haruman tersebar walau berbeza haluan.....
kalau hidup seperti lalang biar goyah ditiup bayu tetapi akar kuat mencengkam tanah, kalau hidup ingin berjaya biar alasan menjadi cabaran untuk kita terus melangkah.......
Rabu, 30 April 2014
Selasa, 29 April 2014
PERJALANAN MAUT (SANDAKAN-RANAU)
Kawat
Maut Sandakan adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang
mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan
tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang
Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara. Dari
keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6
yang diketahui terselamat selepas perperangan.
Pada
1942, orang awam Indonesia, diimport dari pulau Jawa, bersama tahanan perang
Australia dan British, yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar
melalui kapal ke Borneo Utara, untuk membina padang terbang di Sandakan.
Seperti pada landasan kereta api Burma, tahanan dipaksa bekerja keras dengan
diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan
serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah
siap. Ramai yang mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat makin hampir,
komandan kem Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan
ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer (160 batu).
Tahanan
Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan
dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam
perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran
dan penyakit. Sebagai memperingati peristiwa ini, kerajaan Australia telah
mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di Kundasang Ranau.
Adik-adik
Adik-adik anak soleh
Adik-adik serba boleh
Adik-adik akhlak yang mulia
Senyum ceria semua orang suka
*berkasih sayang sesama kita
Taat Allah dan Rasul
Kasihkan ibu abah
Beramal soleh di mana saja
Perjuangan berkorban………untuk agama
ADIK-ADIKKU INSYAALLAH BOLEH
Sk Bekenu Subis Miri
10 Negara paling berpendidikan di seluruh dunia
1. Kanada
50% atau separuh warga Kanada berkelulusan universiti. Satu rekod
yang sangat tinggi..berbanding Malaysia yang hanya 15% berkelulusan universiti.
Bahasa pengantar utama pendidikan di Kanada adalah Bahasa Inggeris dan
Perancis.....(wilayah Quebec dan New Brunswick menggunakan bahasa Perancis
sebagai bahasa ilmu dari peringkat tadika hingga universiti)
2. Israel
45% warga Israel berkelulusan Universiti. Bahasa pengantar
utama adalah bahasa Hebrew..namun pelajar juga diwajibkan lulus bahasa Inggeris
dan Arab.
3. Jepun
44% warga Jepun berkelulusan universiti...dan Jepun hanya
menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dari peringkat tadika hingga
ke universiti. Namun pelajar digalakkan belajar bahasa asing seperti
Korea,Cina,Inggeris,Jerman dan Russia.
4. Amerika Syarikat
41% warga Amerika berkelulusan universiti. Bahasa pengantar
utama adalah bahasa Inggeris...namun ada sekolah di Amerika khususnya di negeri
selatan seperti New Mexico, Florida, Arizona dan Texas menggunakan bahasa
Sepanyol sebagai bahasa pengantar.
5. New Zealand
40% warga New Zealand berkelulusan universiti. Bahasa
Inggeris adalah bahasa pengantar utama.
6. Korea Selatan
39% warga Korea Selatan berpendidikan universiti. Korea
Selatan hanya menggunakan bahasa Korea sebagai bahasa pengantar utama di
sekolah hingga ke universiti...namun pelajar digalakkan menguasai bahasa asing
seperti Inggeris, Cina, Russia, Jepun dan sebagainya.
7. Norway
37% warga Norway berpendidikan tinggi. Norway juga
menggunakan bahasa Norway sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah hingga
universiti...namun pelajar diwajibkan lulus sekurang-kurangnya satu bahasa
asing.
8. United Kingdom
37% warga Britain juga berpendidikan tinggi. Bahasa utama
semestinya bahasa Inggeris...namun di Scotland dan Wales..ada usaha menjadikan
bahasa Scottish dan Welsh sebagai bahasa pengantar utama di sekolah dan
universiti terutama selepas Scotland dan Wales mendapat kuasa autonomi ekoran
daripada "devolution of British Parliament".
9. Australia
37% warga Australia berpendidikan tinggi dan bahasa utama
adalah bahasa Inggeris. Australia juga dipuji kerana pada masa sekarang
Australia adalah negara yang menjadi tumpuan pelajar antarabangsa.
10. Finland
37% warga Finland berpendidikan universiti.,.dan negara
Finland hanya menggunakan bahasa Finland sebagai bahasa pengantar utama di
sekolah hingga universiti.
Isnin, 28 April 2014
Cerpen: Sebatang Pen
SESIAPA sahaja yang berhajat hendak
menunaikan fardu haji, mesti membersihkan dirinya terlebih dulu. Maksud
membersihkan diri itu merangkumi beberapa perkara yang membabitkan dirinya
dengan Allah juga yang membabitkan dirinya dengan manusia lain.
Napi mengingati frasa itu di meja kerjanya. Frasa itu lahir dari mulut Ustaz Zuki di masjid tempat selalu Napi solat berjemaah lima waktu. Di hadapan Napi sebatang pen yang sudah berusia tiga puluh tahun lebih. Tetapi pen itu sudah tidak digunakan lagi. Alat mengepam dakwatnya sudah rosak. Lalu pen itu hanya terbaring di atas meja kerja di rumahnya. Pen itu kadang-kadang mengusik jiwanya. Pen itu kadang-kadang menyentuh kalbunya.
Perkara yang membabitkan diri
seseorang dengan Allah ialah melangsaikan segala arahan dan suruhan Allah. Napi
faham maksudnya, iaitu kalau melakukan dosa, baik besar mahupun kecil hendaklah
bertaubat. Istighfar banyak-banyak dengan menanam azam tidak akan melakukan
dosa itu lagi. Wang yang hendak dibawa ke Makkah mestilah bersih. Maksudnya
ialah, wang itu mesti diperoleh dari sumber yang halal. Kalau belum bayar
zakat, tunaikan zakat dulu.
Napi
ingat pula tentang yang membabitkan orang lain. Membabitkan hubungan sesama
manusia. Ia banyak perkara. Ia menyebabkan Napi termenng panjang.
Berkelahi membabitkan manusia lain.
Bertengkar membabitkan manusia lain.
Mengutuk orang membabitkan manusia lain.
Mengumpat orang membabitkan manusia lain.
Mencuri barang orang membabitkan manusia lain.
Semuanya membabitkan dosa sesama manusia lain yang mesti dibersihkan.
Napi ingat.
Dia tidak pernah berkelahi.
Dia tidak pernah bertengkar.
Dia tidak pernah membuat kutukan.
Dia tidak pernah melakukan umpatan.
Tiba-tiba Napi nampak pen di atas meja yang sudah berusia lebih tiga puluh tahun itu. Pen itu banyak berjasa padanya. Dengan pen itu dia menduduki peperiksaan apa saja semasa dia di sekolah rendah. Dengan pen itu dia menduduki peperiksaan apa saja semasa dia di sekolah menengah. Dan dengan pen itu juga dia mencatat apa saja nota semasa dia di universiti dan seterusnya menduduki peperiksaan yang membolehkannya menggenggam ijazah pertama, Sarjan Muda Dengan Kepujian. Kemudian dia bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di sebuah kementerian. Akhirnya dia dilantik sebagai Pegawai Daerah (DO) di negerinya.
Lama Napi merenung pen sebatang itu.
Lama Napi menilik pen sebatang itu.
Lama Napi pandang pen itu.
Lama Napi tengok pen itu.
Napi nampak dirinya dalam kedai Pak Abu di kampungnya. Ketika itu dia dalam darjah lima sekolah rendah. Dia nampak dirinya mencapai pen di dalam almari kaca di kedai Pak Abu ketika Pak Abu ke belakang mengambil gula. Napi nampak dia memasukkan pen itu ke dalam saku seluarnya kemudian membayar harga gula lalu pulang ke rumahnya.
Sebelum mendapatkan pen itu, dia berkali-kali meminta ibunya membelikannya sebatang pen. Tetapi ibunya menjawab tidak ada duit. Dia terus meminta. Tetapi ibunya mendiamkan diri. Berkali-kali dia minta dibelikan pen. Ibunya tidak indahkan juga.
Lalu apabila dia berjaya mencuri pen di kedai Pak Abu itu, Napi tidak lagi merungut kepada ibunya hendakkan pen. Dia terus belajar. Napi terus ke sekolah dengan berjalan kaki. Dia terus membawa bekal nasi goreng dengan sebotol air kosong ke sekolah hari-hari kerana ibunya tidak memberinya wang saku.
Dalam berjalan ke sekolah, Napi nampak wajah ibunya yang uzur. Ayahnya entah ke mana. Dia tahu ayahnya sudah bertahun-tahun tidak pulang. Lalu ibunya yang uzur itu menyara hidup dan dirinya dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Napi menjaga pen itu seperti menjaga emas. Dia gunakannya dengan cermat. Kalau pen itu basah dia lapkan dengan sapu tangan. Apabila pulang ke rumah pen itu diletakkan di tengah-tengah meja. Napi bimbang pen itu jatuh ke lantai.
Napi terus ke sekolah menengah berasrama penuh setelah mendapat lima A dalam peperiksaan penilaian darjah lima. Napi mendapat biasiswa penuh setelah siasatan terhadap keluarganya dijalankan. Lalu dia belajar dengan tekun. Napi berjimat dengan wang. Kalau ada wang lebih belanja, dia kirimkan kepada ibunya. Napi bawa bersama pen curiannya. Dia sudah lupa sama sekali bahawa pen itu adalah pen curi.
Apabila Napi memasuki universiti, pen itu dibawanya lagi. Hingga beberapa tahun dia bekerja pun, pen itu masih menemaninya hinggalah pen itu rosak pamnya dan tidak ada pam penggantinya. Lalu pen itu Napi simpan di atas mejanya.
Derap kaki menghampiri mejanya mengejutkan Napi. Dia menoleh. Dia nampak isterinya, Zizah.
“Milah telefon, dia nakkan komputer,” kata Zizah.
“Okey.” jawab Napi.
“Abang okey saja dengan kehendak Milah.”
Napi mendongak pada wajah isterinya Zizah.
“Nanti manja budak tu.”
Napi menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kenapa dengan abang?”
“Zah tak tahu susahnya abang belajar dulu.”
Zizah diam.
“Abang tak pernah dapat walaupun sebatang pen daripada mak abang untuk belajar dulu.”
Zizah menarik sebuah kerusi lalu duduk di sebelah Napi. Wajahnya pada wajah suaminya itu yang kelihatan seperti mengimbau kenangan zaman silam. Dia menunggu.
“Itu, itu, pen yang terbaring di atas meja itu,” kata Napi.
Zizah memandang pen itu. Dia tahu pen itu sudah lama di situ. Dia ingat juga bahawa dia tidak boleh mengalihkan pen itu ke tempat lain. Suaminya melarang dia menyentuh pen itu. Batangnya sudah berkarat. Dia hairan juga. Tetapi dia tidak ambil kisah kerana ia cuma sebatang pen, bukan perempuan yang harus dia cemburu.
“Pen itu pen curi Zah. Masa abang darjah lima dulu orang lain dalam darjah abang semua pakai pen, tapi abang masih gunakan pensil. Abang malu kerana selalu diperli. Laku abang curi pen itu di kedai Pak Abu. “
“Ah! Cuma sebatang pen, bang.”
“Benar. Apalah sangat sebatang pen. Tapi bagi abang yang miskin ini, terasa.”
“Jadi sebab itu sebarang apa saja kehendak Milah untuk belajar abang penuhi?”
Napi mengangguk.
Zizah menarik nafas payah.
“Abang mau dia belajar dengan suka.”
“Tapi Zah bimbang.”
“Bimbang apa?”
“Bukan abang tak tahu zaman moden ini. SMS melalui telefon bimbit. Hal-hal negatif melalui internet.”
“Abang yakin pada Milah. Telefon bimbitnya untuk senang dia hubungi kita. Komputer yang dimintanya itu untuk dia belajar. Banyak pelajaran akan diperolehnya nanti melalui internet.”
“Macam mana abang boleh yakin?”
“Dengan kita selalu hubunginya. Dengan selalu kita bertanya khabarnya. Dan apabila dia balik, kita boleh periksa telefonnya, komputernya.”
Zizah diam.
Napi balik memandang pada pen yang terbaring di atas mejanya.
“Habis, yang Zah tengok abang kadang-kadang runsing semacam tu kenapa?”
“Pen itu mengganggu emosi abang.”
“Kenapa?”
Mata Napi bulat pada wajah isterinya Zizah.
“Kenapa bang?”
“Tadi kan abang beritahu Zah, bahawa pen itu pen curi?”
“Ah! Ia cuma sebatang pen, bang.”
“Tapi ia tetap barang curi. Dosa abang mencuri pen itu masih ada.”
“Lalu?”
“Kita nak ke Makkah lepas puasa nanti kan,” Napi memandang wajah isterinya.
Zizah sadin.
“Abang kena bersihkan diri abang. Zah juga. Kalau tak, haji kita nanti tergantung,” kata Napi.
Zizah tunduk.
Napi memandang kepala Zizah yang tunduk. Dia kemudian mencapai terjemahan al-Quran. Dia membuka pada surah Az-Zalzalah. Dia membaca. Dan penumpuan Napi terus pada ayat tujuh, ‘Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zahrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).’ Napi terus kepada ayat lapan, ‘Dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar zahrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya’).
Nabi membaca pula nota kaki di bawah, ‘Dua ayat itu menerangkan bahawa masing-masing akan menerima balasan amalnya sama ada yang baik atau yang buruk, walau yang sebesar debu sekalipun. ‘ ( Rujukan: Tafsir Ar-Rahman terbitan Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri m/s 1714.)
Napi ingat ayat itu sudah berkali-kali didengarinya dari mulut Ustaz Zuki. Dia sendiri juga sudah berkali-kali membaca ayat itu. Lalu Napi balik memandang pen di atas meja yang amat berjasa padanya.
Napi ingat benar bahawa pen itu, pen curi. Dengan demikian dia telah melakukan satu dosa yang membabitkan dirinya dengan manusia lain. Dan manusia lain dalam kes pen itu ialah Pak Abu.
Berkali-kali pula mulut Napi kemudian membisikkan nama Pak Abu. Kedai Pak Abu sudah tidak ada. Pak Abu sekarang sudah tua. Sekali-sekali dia jumpa Pak Abu pada hari Jumaat di masjid dengan kerusi. Pak Abu hanya ke masjid pada hari Jumaat. Dia sudah terlalu uzur. Pak Abu sembahyang dengan duduk di atas kerusi.
Napi ingat jasa pen itu. Dia lulus dalam semua peperiksaan. Pen itu juga membawanya ke meja kerjanya sebagai PTD. Jasa pen itu membolehkannya menerima gaji ribuan ringgit tiap-tiap bulan. Jasa pen itu yang membolehkan mengumpulkan wang hingga mampu menghantarkan ibunya ke tanah suci Makkah dan ibunya meninggal ketika wukuf di Arafah.
Sekarang dia pula hendak ke Makkah.
Wangnya mesti dari sumber yang halal.
Napi ingat sangat itu.
Napi ingat dia menghadap Ustaz Zuki. Dia tidak malu menceritakan bahawa dia mencuri sebatang pen dari kedai Pak Abu. Napi terangkan jasa pen itu.
Dia nampak wajah Ustaz Zuki senyum lembut padanya.
Tuan kena bersihkan. Napi ingat kata Ustaz Zuki.
Napi ingat dia mendongak pada wajah Ustaz Zuki.
Kalau tuan tak malu ceritakan pada saya, kenapa tuan harus malu nak jumpa Pak Abu? Jumpalah dia. Mohon ampun, mohon halalkan pen itu. Kalau boleh tuan belikan sebatang pen berikan kepada Pak Abu.
Wajah Napi masih pada wajah Ustaz Zuki.
Itu saja caranya membersihkan diri tuan dengan Pak Abu itu.
Napi ingat dia mengangguk.
Dan Napi ingat dia menanam azam untuk menemui Pak Abu. Lalu dia membeli sebatang pen Parker siap dengan kotaknya sekali. Napi membuka laci mejanya. Dia capai kotak pen Parker. Dia genggam kotak itu.
“Abang ingatkan apa dengan pen itu?”
Napi menoleh pada Zizah isterinya di sebelah.
“Abang nak jumpa Pak Abu. Dia sudah uzur.”
“Abang nak mengaku yang abang curi pennya dulu?”
Napi mengangguk.
“Tak malu ke abang?”
Napi diam.
“Bekas DO mengaku mencuri pen?”
“Abang malu pada Allah,” desis Napi.
Zizah meluaskan matanya pada wajah suaminya Napi.
“Pak Abu hanya manusia biasa. Abang tahu. Tapi abang tetap sebagai pencuri sebatang pen dari kedainya. DO pangkat abang itu masa bekerja. Tapi Zah kena ingat pangkat itu abang peroleh adalah jasa dari pen sebatang yang abang curi itu. “
Zizah berdiri lalu keluar dari bilik kerja Napi.
Petang itu selepas sembahyang Asar di masjid, Napi ke rumah Pak Abu yang tidak jauh dari masjid. Di tangannya kotak pen Parker. Setelah memberi salam, Napi dijemput masuk ke ruang tamu rumah Pak Abu.
Agak sejurus Pak Abu keluar dengan bertongkat lalu lambat-lambat duduk di kerusi sebelah Napi.
“Allah Tuan,” kata Pak Abu apabila tangannya dicapai oleh Napi lalu menciumnya lembut.
Mata Napi pada wajah Pak Abu.
“Apa hajat tuan ke mari,” tanya Pak Abu.
Napi segera menyerahkan kotak pen Parker itu kepada Pak Abu.
“Apa ini tuan,” Pak Abu membuka kotak itu. Dia nampak sebatang pen Parker. Lalu matanya pada wajah Napi bekas pegawai daerah yang pernah ditemui dan selalu memanggilnya tuan itu. Lama matanya pada wajah Napi.
Napi menahan perasaan. Dia mengawal gelodak rasa terharu dalam kalbunya.
“Kenapa tuan?”
“Pak Abu ingat tak mak saya?”
“Ingat. Mek Som. Dia meninggal di Makkah kan?”
“ Pak Abu ingat tak kami miskin masa itu?”
“Saya ingat. Tapi tuan tidak pernah berhutang di kedai saya. Walau secupak beras, tuan bayar tunai,” kata Pak Abu.
Napi tidak dapat mengawal dirinya lagi mendengar kalimat itu. Dia memandang wajah Pak Abu dengan mata berkaca. Tidak lama kaca-kaca dalam matanya itu kemudian bertukar air mata lalu ia mengalir laju.
“Kenapa tuan? Ada saya tersalah cakap?” Wajah Pak Abu kehairanan.
Napi menggeleng-gelengkan kepalanya.
Pak Abu masih memandang wajah Napi.
Napi kemudian duduk lalu memegang lutut Pak Abu.
“Kenapa tuan?”
“Saya minta maaf dengan Pak Abu,” wajah Napi pada kedua lutut Pak Abu.
“Saya tak faham tuan. Kenapa begini? Tak baik dilihat orang,” tangan Pak Abu mencapai lengan Napi dan berusaha untuk mengangkatnya.
Napi mendongak.
“Pak Abu memang tak sedar. Pak Abu memang tak ingat.”
“Apa dia tuan?”
“Saya curi sebatang pen di kedai Pak Abu dulu.”
Pak Abu senyum.
Napi balik duduk pada mejanya.
“Saya minta maaf dan minta dihalalkan pen itu, Pak Abu,” kata Napi pula.
“Ah! Masa itu tuan budak. Cuma nakal, bukan jahat.”
“Tapi saya tetap mencuri pen Pak Abu. Maafkan saya Pa Abu.”
“Jadi ini, sebagai ganti pen itu?” Pak Abu angkat kotak pen Parker.
Napi mengangguk.
“Ini mahal tuan. Pen yang tuan curi dulu murah saja.”
“Pen seperti itu sudah tak ada sekarang.”
“Terima kasihlah tuan,” Pak Abu menghulurkan tangannya ke hadapan Napi.
Napi menyambut tangan Pak Abu. “Maafkan saya, halalkan pen itu, Pak Abu,” kata Napi.
“Saya rasa syukur, kerana pen itu tuan boleh belajar dengan baik. Tuan mengaku curi pen itu. Saya hargai ikhlas tuan. Saya halalkan pen itu untuk tuan. Saya maafkan kalau itu dikira dosa tuan terhadap saya. Dunia akhirat. Selebihnya saya serahkan kepada Allah,” kata Pak Abu.
Napi lalu mendakap badan Pak Abu. Mereka berpelukan.
“Terima kasih Pak Abu, “ desis Napi. Lalu badan mereka berpisah.
“Tapi pen ini? Saya tak menulis lagi sekarang. Tangan dah menggigil.” kata Pak Abu.
“Pak Abu kena terima. Ikhlas daripada saya. Tanda sesal saya pada Pak Abu.”
Pak Abu mengangguk. Dia lalu memegang pen Parker itu kemas-kemas.
Dengan ucapan memohon maaf sekali lagi kepada Pak Abu, Napi lalu memohon diri untuk pulang. Kepalanya terasa ringan. Dadanya rasa lapang.

Sabtu, 26 April 2014
takbur
"Ambil h/phone ku ini &
hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam
untukku,"
Pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20thn.
Didalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya... Wahai pemudi ... alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran & adat serta agama Islam kamu... "Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki... " nasihat org tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan sinis/mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua?Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka.?
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil h/phone ku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari sigadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk serta para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.
Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan.
Orang ramai segera turun untuk mengangkat jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar oleh api. Tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas & hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh simayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah.
Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah & mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yg sangat biadab & menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian... tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita... hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh... siapakah orang yg bodoh itu ? Mereka itulah orang yang ingin melawan Allah Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Allah bererti anda ingin melawan arahan Allah.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah... dalam pekerjaan anda tertakluk dengan udang yang di lakar oleh majikan anda... .di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut-takut melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini... anda juga tertakluk dgn undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini... setiap Sultan ada taman larangannya... begitu juga Allah swt..taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah di haramkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini... .sekian.
Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk diatas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.Wassalam ...

Langgan:
Catatan (Atom)