Dan
apa kita menyangka yang tertawa tak pernah menyimpan sedih? Sedang alam
sekalipun ada panas dan hujan, walau segersang padang pasir..
Jika
semalam tak pernah wujud mungkinkah hari ini masih ada untuk kita,
sepahit apapun catatan masa semalam ia telah membantu kita mengharungi
masa ke hari ini, dan semestinya esok kita tak mahu melihat hari ini
juga sebuah catatan yang pahit... tersenyumlah dan teruslah melangkah.
Menangislah
ketika bersedih, kerana air mata adalah penawar, tapi....Masa tidak
pernah kasihan,masa tidak pernah berhenti,masa akan terus pergi, berapa
banyak lagi air mata yang harus dialirkan, berapa banyak lagi masa yang
harus dibazirkan, untuk kita menjadi kuat, bangkit
membawa diri lebih
ampuh berhadapan dengan cabaran.....dan sedih itu pasti hilang
Selagi
pokok pisang tak pernah berbuah selagi itu usahanya berterusan tumbuh
walau dicantas sejuta kali, apa kita mengira usaha itu sekadar lafaz
tanpa tindakan?
Sebelum
kita ingin membeli ros, jangan biarkan warna menganggu matlamat kita,
kerana pada setiapnya ada wangian yang sama, hidup bukan tentang pilihan
tetapi tentang peluang untuk kita rebut hadirnya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan