Kawat
Maut Sandakan adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang
mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan
tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang
Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara. Dari
keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6
yang diketahui terselamat selepas perperangan.
Pada
1942, orang awam Indonesia, diimport dari pulau Jawa, bersama tahanan perang
Australia dan British, yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar
melalui kapal ke Borneo Utara, untuk membina padang terbang di Sandakan.
Seperti pada landasan kereta api Burma, tahanan dipaksa bekerja keras dengan
diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan
serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah
siap. Ramai yang mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat makin hampir,
komandan kem Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan
ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer (160 batu).
Tahanan
Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan
dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam
perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran
dan penyakit. Sebagai memperingati peristiwa ini, kerajaan Australia telah
mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di Kundasang Ranau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan