Khamis, 26 Jun 2014

Projek Sejarah Tahun 4 Semester 1, 2014 (Buku Skrap)



Tajuk: Mari Belajar Sejarah” Kampungku Tercinta”

Kategori: Berkumpulan 4 orang (satu kumpulan 3 orang)
Jangka Masa Pelaksanaan: DUA BULAN DARI TARIKH SERAHAN
Tarikh serahan: 9 April 2014 sehingga 19 Jun 2014
Kelas: 4 Cerdik
Nama:

Bahan :
  • Kertas A4, penebuk lubang, reben, keratan gambar daripada majalah, surat khabar atau sumber lain, gambar daripada internet, temu ramah dengan orang kampung.

Arahan:
  • Hasil karya hendaklah ditulis tangan (tulisan tangan sendiri) yang kemas, besar, jelas, sesuai dan mudah dibaca, bukan cetakan komputer. 
  • menggunakan sebelah muka surat sahaja.
  • Sila cari maklumat serta gambar daripada buku, majalah, surat khabar atau internet bagi melengkapkan buku skrap.
  • Semua maklumat atau data ini perlu dibawa semasa membuat projek di sekolah.
  • Projek Sejarah ini akan dibuat di sekolah semasa waktu kelas Sejarah masing-masing.
  • Projek Sejarah hendaklah disiapkan dan diserahkan kepada Guru Sejarah masing-masing dalam masa satu bulan.
  • Elemen tambahan (digalakkan) - Salinan gambar atau keratan daripada buku, majalah dan sebagainya  
  • Reka bentuk: disediakan dalam saiz A4 dan hiasan yang bebas mengikut kreativiti murid
  • Hasil karya mestilah ciptaan sendiri


Pengisian buku skrap
  • Kulit hadapan (Tajuk)
  • Halaman pertama (Nama, kelas dan gambar murid)
  • Halaman kedua dan seterusnya (Kandungan)
  • Halaman terakhir (penutup dan Sumber rujukan)
  • Tandatangan murid, ibu/bapa/ penjaga dan tandatangan guru.


Isi kandungan:

1. Lokasi Tempat Tinggal
  • Nama Penuh Kampung.
  • Peta dan lakaran bentuk kawasan kampung.
  • Lampirkan gambar-gambar menarik tentang kampung

2. Sejarah Kampung
  • Menuliskan sejarah kampung
  • Asal usul nama kampung, nama ketua kampung, kemudahan yang terdapat di dalam kampung.

3. Tokoh kampung
  • Tuliskan nama tokoh kampung
  • Ceritakan tentang peranan, sumbangan dan anugerah yang diterima oleh tokoh kampung.
  • Sertakan gambar sebagai lampiran.

4. Aktiviti orang kampung
  • Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh orang kampung bersama-sama.
  • Ceritakan tentang aktiviti yang dilaksanakan dengan memberikan masa, tempat, tujuan dan cara aktiviti itu dijalankan.
  • Sertakan lampiran bergambar, orang kampung sedang melakukan aktiviti tersebut.

5. Jenis-jenis pekerjaan orang kampung
  • Nyatakan jenis-jenis pekerjaan utama orang kampung anda
  • Sertakan huraian pekerjaan dan lampirkan bersama dengan gambar.

6. Bentuk muka bumi kawasan kampung
  • Nyatakan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kampung
  • Contohnya bukit, sungai, tasik, pantai, gunung, gua dan sebagainya. Sertakan huraian serta gambar sebagai lampiran.

PENGISIAN MAKLUMAT DAN DOKUMEN DALAM FOLIO OLEH GURU BAHARU PPGB



Lampiran 1
PENGISIAN MAKLUMAT DAN DOKUMEN DALAM
FOLIO OLEH GURU BAHARU
               
Kandungan

1.0        BIODATA GURU BAHARU
            1.1        Maklumat Diri (berserta gambar ukuran pasport)
            1.2        Pengalaman/ Kemahiran
            1.3        Lampiran :         i)          Salinan Surat Penempatan/ Lantikan
                                                ii)          Salinan Borang Pengesahan Melapor Diri
                                                iii)         Salinan Borang Maklumat Diri
iv)         Salinan Sijil-sijil Akademik dan Ikhtisas
v)           Persetujuan Mentor Menti

2.0        PROFIL SEKOLAH
            2.1        Maklumat Asas Sekolah
            2.2        Objektif Sekolah/Unit (FM)
2.3        Logo, Visi, Misi, dan Piagam Sekolah
            2.4        Carta Organisasi (FM)
2.5        Lampiran :         i)          Pelan sekolah
ii)          Takwim sekolah
iii)         Peraturan sekolah
iv)         Lagu sekolah
v)         Koleksi dokumen berkaitan

3.0        SENARAI JAWATAN DAN BIDANG TUGAS GURU BAHARU(FM)
            3.1        Proses Kerja dan Carta Alir Sebagai Guru Mata Pelajaran (FM)
3.2        Senarai Semak Sebagai Guru Mata Pelajaran (FM)
3.3        Senarai Undang-undang Sebagai Guru Mata Pelajaran (FM)
            3.4        Jawatan Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM)
                        3.4.1     Senarai Borang-borang yang digunakan (FM)
            3.5        Norma Kerja (KPI) Guru Mata Pelajaran (FM)
3.6        Tugas-tugas Lain(FM)
3.7        Lampiran :         i)          Carta Organisasi Panitia Mata Pelajaran, Kokurikulum  
dan Hal Ehwal Murid (FM)
                                                ii)          Jadual Waktu Mengajar/ Jadual Aktiviti

4.0        LAPORAN FASA 1: ORIENTASI
            4.1        Laporan Harian/Mingguan (Lampiran 4 atau lampiran 5)
            4.2        Lampiran :         i)          Bahan Edaran
                                                ii)          Risalah/Buku Program
                                               
5.0        LAPORAN AKTIVITI PEMENTORAN
            5.1        Laporan Aktiviti/ Sesi Perjumpaan@Bimbingan/ Program (Lampiran 6 atau lampiran 7)
            5.2        Laporan Kajian Tindakan (Lampiran 8)
            5.3        Lampiran :         i)          Bahan Edaran
                                                ii)          Risalah/ Buku Program

6.0        REFLEKSI DAN PENILAIAN PPGB
            6.1        Refleksi Umum (pandangan, perasaan, harapan dan lain-lain)
            6.2        Kekuatan/ Kelemahan/ Kekangan/ Halangan/ Isu-isu Berbangkit (Lampiran 9)
            6.3        Cadangan

RPH SEJARAH TAHUN 4


Mata Pelajaran dan Kelas
Sejarah
4 Cerdik
        /23
Tema/Tajuk
Mari Belajar Sejarah (sejarah sekolah)
Tarikh/Hari

Rabu
Masa / Jam
0840-0940

Fokus
 Standard Kandungan:  
 1.3 Sejarah tempat Tinggal

Standard Pembelajaran: 

1.4.1 Menyatakan alamat tempat tinggal dengan lengkap.
1.4.2 Menyatakan lokasi tempat tinggal.

K 1.4.7 Menyatakan tanggungjawab menjaga kemudahan awam di kawasan setempat.
Objektif
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid  akan dapat;

1.    Menyatakan alamat tempat tinggal
2.    Menyatakan lokasi tempat tinggal
3.    Memberikan kepentingan menjaga kemudahan sekolah

Aktiviti

1.    Guru memberikan penerangan tentang aktiviti yang dijalankan
2.    Pelajar akan melakukan perbincangan dalam kumpulan tentang tajuk yang diberikan.
3.    Pelajar membentangkan hasil tugasan yang telah mereka perolehi
4.    Guru merumuskan hasil pembelajaran pada hari ini
EMK
Bahasa melayu, pendidikan moral
Bahan Bantu Belajar
Buku teks, pengalaman pelajar.
Pentaksiran Tahap Penguasaan

Refleksi