Khamis, 19 Jun 2014

Gelombang

Camar menari dilambung ombak
Gelora laut sekadar hempasan pantai
Teriak angin tak sehangat mentari
Serpihan peluh pekat ditoreh
Lambai bayu seakan bersuara sumbang
Melihat apungan pelbagai asal
Dasarnya hitam mukanya sesak
Entahkah ini makna dunia
Entahkan kemajuan manusia
Entahlah baitnya sumbang
Atas tapak asas dipasak
Tak kenal evolusi merin
Lancang-lancang membelah
Harum sekadar sakit
Ditabur tanpa dipinta
Menebal egokan hakikat
Lompang-lompang alunan
Berbicara..


Pekan Bekenu, Miri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan