Selasa, 31 Disember 2013

teruskan bersyukur

Dalam bersabar kita tak memetik buah yang tak cukup masak, tidak pula bunga yang belum berkembang, tapi kita bersabar menunggu ia ranum dan berbunga kembang, memberikan kelazatan dan haruman yang berbaloi dinanti.....

Jumaat, 27 Disember 2013

sebab untuk percaya

Jangan ditanya kenapa sesuatu tindakan itu kotor, tapi biarlah kita mencari untuk apa ia berlaku, mungkin bagi kita sesuatu itu tak berbaloi tetapi mungkin untuk orang lain itulah yang terbaik dia lakukan....

Rabu, 25 Disember 2013

Hari Natal

Ia adalah hari yang cerah, di sebaliknya ada kawasan yang bersalji, "ada pula yang berhujan tak teralir air mata", bukan kerana berbeza tetapi kita melaluinya dengan penuh kegembiraan, semoga hari kita ceria seperti yang kita impikan, selamat hari natal buat rakan-rakan yang meraikan...

masa

Terbuangnya masa untuk sesuatu perkara yang kita sedari sama nilainya dengan perkara yang kita tak sedari, kerana masa tak pernah disimpan buat esok, ia terus berlalu menjadi detik....sedetik lalu yang tak terganti.....

Ahad, 22 Disember 2013

mencari cahaya

Kadang-kadang sebuah ikatan yang paling dekat dengan simpulan kita,merupakan titik kerapuhan paling mudah dalam jalinan kita, dan tempat paling kering bagi sepohon pokok adalah di bawah rimbunan yang menghijau....

Jumaat, 20 Disember 2013

yang kecil

Perkara kecil yang tak terjangka sebenarnya,membawa makna yang lebih besar berbanding sesuatu yang jelas kelihatan, berilah peluang untuk kita melihat pangkalnya, agar ia menjadi sebab kegembiraan....

Selasa, 10 Disember 2013

seadanya

Jika kelapa berdaun nipah ia tak seindah asalnya walau fungsinya berbeza, begitu juga manusia yang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri, terima seadanya itu yang terbaik kita perjuangkan...

Isnin, 9 Disember 2013

tabah

Kita mengumpul kekuatan daripada cabaran yang telah kita lalui, takdir bukan mengajar kita untuk pasrah semata-mata, malahan ia menjadikan kita lebih kuat berusaha.....

Khamis, 5 Disember 2013

peluang

Tak tertunda peluang seseorang yang berusaha, kerana tiada cabaran yang mampu mematikan, hanya jika gagal ia memberi pengalaman untuk kita melakukan yang lebih baik, jika jaya ia memberi kita peluang yang lebih bermakna..

Selasa, 3 Disember 2013

Lari

Mau menjauh dari mentari
Mau berteduh dari hujan
Mau menepis tiupan angin
Mau jauh dari semua
Andai diturut apa dilurut
Semua salah kita dimangsa
Setiap detik adalah duri
Yang membusuk menghanyir tekak
Bertalulah dan genderang berbunyi
Kalahkan kodok memanggil hujan
Yang salah bukan hakikat
Hanya terbawa emosi amarah
Sedang ketentuan sudah tersurat
Andai bukan semalam
Mungkin hari ini
Mungkin esok hari
Mungkin juga tertunda
Menunggu lafaz syukur
Seikhlas berbudi...

Ahad, 1 Disember 2013

jaya sebenar

Sehingga kita merasakan kejayaan yang kita capai belum mampu memberikan makna kepada kita, sehingga itulah kita tak pernah berhenti untuk berusaha...

Jumaat, 29 November 2013

kata hati

Kadang tindakan kita secara spontan, ketika yakin telah tertanam, sehingga kita terlupa tentang waras, dan pastinya hanya senyuman mampu terukir walau ianya pahit....

Khamis, 28 November 2013

kunci hati

untuk membuka pintu yang teguh kita memerlukan kunci yang betul,tidak semestinya kunci kena besar,kecil pun jika betul boleh membukanya, begitu juga nilai insani dalam setiap diri kita...

Isnin, 25 November 2013

makna PERANG

Dalam pergaduhan ia membuktikan siapa yang paling kejam untuk menjadi pemenang, dalam perjuangan ia membuktikan siapa yang paling tabah untuk mencapai jaya, namun dalam penantian ia membuktikan siapa paling sabar untuk menunggu kenyataan....

Sabtu, 23 November 2013

cobaan

Tak ada yang mahukan sesuatu perkara datang secara "menyusahkan" tetapi sedikit yang bersyukur atas kurnia yang terbiasa....

Isnin, 11 November 2013

masa menentukan

Kadang-kadang pada tangisan akan membawa kita menemui semula jalan yang kita perlukan berkelana di fana, kerana ikhlas dan kekuatan mungkin terkandung dalam setiap curahan yang mengalir...

Khamis, 7 November 2013

hidup perjudikan

Hidup bukan seperti lakonan yang setiapnya boleh di atur semahunya proksi sesebuah perjalanan, bukan pula seperti kayuhan sampan yang boleh kembali ke pelabuhan yang sama, tapi ia seperti kata yang dilontar tiada kembalinya, terpulang untuk kita membuat pilihan untuk apa sebuah kehidupan kita ditakdirkan.....

Isnin, 4 November 2013

sebuah hakikat

Hikmah tak terkandung dalam kehendak kita tetap ia terletak pada keperluan kita, sehingga kita mampu percaya atas usaha dan ketentuan,barulah nilai manusia menjalin sebati dalam diri kita....

Jumaat, 1 November 2013

Sejenak merenung

Senja berlabuh menjelang malam
Fajar perlahan menghilang pergi
Hitam malam kembali datang
Hanya bulan bintang menerangi malam
Andai tiada titis turun membasah
Bukan saatnya untuk menyerah
Setelah apa yang terjadi kita hanya diam
Tenggelam bersama kehampaan
Terhanyut terbawa keras arus kehidupan
Sampai bila kita membisu
Telah tercatat dalam buku hitam dunia
Waktu yang singkat akan berhenti
Tertutup cahaya tebal hakikat
Walau hanya sebuah jalan kering
Disanalah kau aku kita serta mereka melaluinya
Pergi menjauh dari sangkar yang mengekang
Terbang melayang bersama hembusan angin
Meniti hidup pinjaman sebentar
Mengumpul bekal kekal abadi
Semoga bahagia menjadi penutup

Khamis, 31 Oktober 2013

hanya diri

Tak perlu dikira banyaknya lafaz sesal dengan waktu silam yang gelap, jika ia sekadar lafaz yang tak merubah apa-apa, jika esok ia masih sesal yang sama....


Tinta tak perlu dengan dakwat untuk menuliskan ilmu,kerana dalam diri kita telah tersimpan khazanah makna sebagai khalifah di alam untuk kita gali makna kehidupan fana..

Rabu, 23 Oktober 2013

lumrah dunia

dunia ini ada hukum alam. Yang naik akan turun,Yang di atas tidak akan selama-lamanya di atas. Ini hukum alam yang tidak ada siapa dapat mengubahnya. Apa yang bermula pasti akan berakhir. Selagi ada penindasan selagi itu akan ada perlawanan. Sekuat mana pun sesebuah empayar itu, ia akan berakhir. Dari zaman kuno kita mendengar empayar Inca, empayar Rom,empayar Parsi Empire Firaun, empayar Iskandar Zulkarnain atau empayar China, empayar Uthmaniah semuanya terkubur.

Khamis, 17 Oktober 2013

Hak

jika bercakap tentang hak individu, adalah sesuatu yang mengelikan apabila kita bersyukur atas alpa yang jelas kita perjuangkan, dan yang kita luahkan adalah berubah dengan sesal, sedangkan kaki kita masih terbenam pada alpa tersebut, mungkin kita salah meyakini tentang keampunanNya hanya untuk "kaum yang mahu berubah dengan tindakan bukan sekadar lidah".....

Isnin, 14 Oktober 2013

perubahan

kita tak perlukan sebuah perubahan yang besar untuk membuktikan makna berubah, cukuplah sekadar bermula dengan satu langkah kecil, kerana kita tahu lelahnya berubah tak semudah kata, jika kita percaya dengan membina empangan nilai sungai dan alam masih sama, mungkin kita patut bersama yang kontang bercerita tentang perubahan....

Selasa, 8 Oktober 2013

Yakin bertempat

ketika kita terlalu yakin pada sesuatu ketentuan pastinya ia amat sakit apabila yang diyakini tidak menjadi nyata, dalam sepohon buah yang baik bakanya pasti akan ada yang gugur buahnya sebelum ranum, tak perlu kita sesali apa yang telah gugur, kerana ia akan menjadi baja akhirnya, tapi peliharalah yang masih tersisa di pohon untuk menjadi kebanggaan kita

Sabtu, 31 Ogos 2013

SK Darau Menggatal dalam kenangan 2013

Bersama peserta akhir pertandingan badminton peringkat Kota Kinabalu

Wakil sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah ..tahniah

Misi membersihkan stor DSV Sk Darau....menambahkan lagi seri

sesi pengajaran dan pembelajaran

Tong sampah kenangan buat semua

Terima kasih Pelajarku....

Hari terakhir dalam kenangan...Sk Darau

Jumaat, 7 Jun 2013

hiasan RU

ru hiasan pantai bercerita, disergah sekadar melengok pucuk mu bermain tarian gemelai akar mu menunjang butiran kemilau sesekali ombak datang menyapa bertalu kau tetap bersama senda akan kuatkah hati sepertimu membuang semua rasa binasa untuk pergi bersama ombak kerana harapan ku biar pantai terus berubah mengubat dan mencipta ceria baru atas nama sebuah kehidupan.....

Kek Batik (biskut Marie)

ni kes tercabar dan dicabar,bukan tak tahu masak (Chef Wan) bah ni..hehe... tapi nak buak kek yang x berapa kek ni, macam payah sangat jak caranya. Satu hari ada seorang kawan yang memang rapat telah menghadiahkan seloyang kek ni.. sedap juga rasanya, adik pun selalu buat.... nak cuba try test buat..jomm.... dimana ada mahu di sana ada jaya..... Bahan-bahan ( Loyang/kuali/periuk) 1 bungkus (350g) biskut marie Setengah buku butter/Mentega/Majerin 2 biji telur 1 cwn serbuk koko 1/2 cwn milo 1 cwn air 3/4 cwn gula ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rasa coklat yg kuat..guna 1 cawan koko+1/2 cawan milo.nak rasa yg agak mild,guna 1cwn milo+1/2 cwn koko. Cara-cara Patah-patahkan biskut (janganlah hancur sangat) dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut. masukkan butter,kacau sampai butter cair kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api masukkan pula biskut yang dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dah di selaputi coklat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa) masukkan dlm loyang..tekan sikit bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Khamis, 6 Jun 2013

aku redha ...

Aku telah Maafkanmu.. agar jiwaku petah berbicara mengajar Ku erti bahagia dan tersenyum dalam duka Aku telah Maafkan mu.. Agar hatiku lapang segala Menikmati hari-hari baru yang penuh duka lara Aku telah Maafkan mu Kerana jiwaku sedar mengerti Hidup ini ada hari datang dan pergi

Rabu, 5 Jun 2013

salahkah aku

Ajarkan aku makna rindu Lemparkan aku sebuah kebencian Padamkanlah harapan dalam senyuman Bukannya ia menghilang malah semakin bertumbuh Kenapa perlu ia hidup dalam penjara Andai pengertian sekadar debu Ataukah ia hanya ilusi Yang hilangnya tiada Datangnya bukan undangan Biar aku membias Mencari agungMu dalam telaga ilmu Yang hadirMu menguji Adalah makna cintaMu….

Selasa, 4 Jun 2013

alpa khalifah

Cita di dada kekal dipinta terus menyala. Tentu terang di muka akan terbentang siang di jiwa garang Sudah bertimbun sejarah mengisi buku dunia Adakala manusia jatuh mereka belajar darinya Dan tika bangun selamat mengingat bekas jatuh Akan terpelihara dan singgah di pelabuhan. Sedar mengajar sentiasa Bakal sampai tujuan semula Kita tegak di pencapaian cita

Isnin, 3 Jun 2013

rehat sebentar....

Salah Nama… Cerita ini berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari tempat kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motosikal mereka pula pancit di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka menuntun motosikal mereka. Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempuh sebuah perkuburan Cina. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan mereka sambil membuat lawak. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak. Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur. Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur. “Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esok siang buat la,” kata si Dol marah. “Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis,” kata apek tersebut.

Jumaat, 24 Mei 2013

Kita

kita beriringan berjalan menyelusuri pantai kehidupan melihat terbenamnya mentari jalurnya semakin malap ditelan pekat yang datang seketika alam diam sejenak gelita menjadi antara kita terus tabah bersama sehingga satu demi satu bintang timbul bersinar membentuk cahaya menyinari semakin terang bulan purnama menjadi puteri kita terus bersama berpimpinan antara kita menebar tekad semangat berjuang silih ganti cabaran mendatang mamun kita masih begini terus bersama walau masa terus berlari antara kita amanah telah kita janjikan esok melihat mentari bersinar semula...... ( DPLI,Majlis Makan Malam Bersama Pengarah IPG Kampus KENT)

Rabu, 22 Mei 2013

SUARA HATI

Wahai wanita cantik....
engkau yang di ciptakan sangat sempurna oleh Rabb mu...
indah dengan segala kelebihan mu yang ada

Wahai wanita cantik.....
seringkali aku melihat mu berjalan dengan baju mu yang sederhana, bahan yang sederhana dan ukuran yang sangat-sangat sederhana, hingga bagian aurat mu yang seharusnya tak tampak menjadi tampak.

Wahai wanita cantik......
cukup sering aku melihat engkau berjalan di depan para lelaki dengan pakaian sexy mu, dan para lelaki itu menatap mu dengan sangat lekat dari ujung kaki mu sampai ujung Rambut mu, mengikuti langkah mu, hingga hilang dari pandangan mereka, pandangan yang menjijikan.

Wahai wanita cantik.....
suara mu sungguh merdu
menyadu-nyadu layaknya putri duyung sedang bernyanyi, bening sebening sumber mata air yang mengalir.

Wahai wanita cantik.....
ketahuilah...
engkau begitu berharga....
terlalu berharga....
engkau bagai intan berlian yang terpajang pada sebuah kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapih, engkau bukan emas campuran muara yang terpajang di etalase depan tokoh dan dengan se'enaknya sang pembeli meraba mu, memegang tubuh mu dan memakai mu hanya untuk mencoba, lalu sang pembeli pergi, tak jadi membeli mu dan mengembalikan mu di tempat yang sama....!!!!
Bukan,engkau bukan begitu wahai wanita cantik....!!!
engkau intan berlian yang terpajang dalam kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapih, orang yang menginginkan mu tidak berhak meraba mu, menggenggam tubuh mu, bahkan mencoba memakai mu...!!!
Tidak, mereka terlalu kotor untuk itu, mereka harus terlebih dahulu membeli mu dengan harga yang sangat mahal, setelah itu mereka akan dapat memiliki mu sepenuhnya, engkau yang utuh yang belum pernah di 'coba' orang lain sebelumnya.

Wahai wanita cantik......
engkau sungguh indah...
bagai bunga mawar yang ketika orang ingin mengambilnya, terlebih dahulu mereka harus merasakan duri pertahanan diri yang kau punya, bagai bunga edelweis yang ketika menginginkan mu trlebih dahulu mereka harus mendaki gunung kearah ketinggian, menantang keberanian dan cuaca yang tidak bersahabat, engkau bukan bunga bangkai yang terlihat begitu indah dari kejauhan dengan warna yang menyala yang membuat para serangga tertarik dengan warna indah mu, namun ketika di dekati engkau busuk....
aaakkhh... bau mu saja sudah membuat orang mual, apalagi memiliki mu, mereka enggan....

Wahai wanita cantik......
jagalah amanah keindahan yang ada pada diri mu.
berjalan saja kau terlihat menawan, belum lagi pembawaan mu yang sangat anggun, apalagi jika kau bersuara merayu, dan menampakkan apa yang seharusnya tidak tampak.
aeh...jagalah itu semua saudari ku....
tutuplah aurat mu.....
agar tidak ada berkeinginan lain terhadap mu.....
lelaki jalanan itu tak pantas menikmati tubuh mu dengan memandangi mu dengan pandangan yang menjijikan itu...!! mereka terlalu kotor untuk mu...!! jagalah kehormatan mu saudari ku....
lelaki mana pun yang belum halal bagi mu tak pantas menyentuh tubuh mu dan kehormatan mu, pun atas nama cinta, sungguh cinta dan nafsu itu berbeda.

Apakah kau khawatir tidak ada yang menyayangi mu dan menjaga mu atas nama cinta...?
wahai saudari ku bukan lelaki yang menginginkan tubuh mu yang sesungguhnya mencintai mu
lihatlah.... aku di sini.... aku sangat sedih melihat keadaan mu sekarang, aku sedih melihat para lelaki mmenzalimi mu, diri ini serasa tercabik-cabik.
lihatlah di sekitar mu.... tak hanya aku yang menginginkan ini semua yang terbaik untuk mu...
lihatlah saudara-saudara muslim mu....

lihatlah kami......
sungguh engkau membuat air mata kami mengalir dan mencopot kantuk dari mata-mata kami....
kami di sini sedang memikirkan dan berbuat sesuatu untuk mu...
agar tak pernah lagi engkau di zalimisiapa pun...
lihatlah kedua orang tua mu...
hhh,,, apakah mereka menginginkan mu menjadi seperti ini.
sungguh engkau bagai mutiara bagi keluarga mu...
mutiara yang mereka jaga sejak kecil mu, sampai engkau beranjak dewasa....
apakah dengan ini engkau membalasnya....?

jika kau masih kurang dengan ini
maka lihatlah Allah Tuhan mu
yang menciptakan mu
yang tidak henti-hentinya memberi Nikmat kepada mu
padahal tak jarang kau lupa dengannya
IA masih memberi mu nikmat udara, nikmat hidup, nikmat fisik dari tubuh mu yang indah itu...
Bayangkan, jika ia tidak menyayangi mu kenapa ia tak cabut saja nikmat wajah mu yang cantik dan tubuh mu yang indah....? Tapi tidak.... meski pun engkau sering kali melupakan-Nya, Nikmat-Nya tetep terus mengalir.

Wahai wanita cantik....
biarlah hanya satu lelaki yang paling beruntung yang dapat menikmati diri mu seutuhnya, yakni suami mu kelak, ketika ikatan antara halal dan berbuah Ridho-Nya, ketika suara mendayu mu bukan lagi dosa tapi pahala.... hanya dia yang pantas saudari ku....

Wahai saudari ku.....
sungguh tidak ada alasan lain yang membuat ku seperti ini selain cinta ku begitu tinggi kepada mu...
cinta ku yang membuncah, yang membuat ku memikirkan mu hingga kata-kata ini ku goreskan...
cinta ku yang menangis ketika melihat keadaan mu terzalimi oleh mode dan perbudak hawa nafsu....
cinta ku yang akan tersenyum jika engkau berniat kembali kejalan-Nya.
mari berjalan bersama ku wahai saudari ku....
temani aku dalam perjalanan indah yang tak singkat ini menuju kepada-Nya....

(nukilan sahabat dari seberang)

Koleksi Gambar DPLI SEJARAH 2 MPKENT

Lee Mai Din...(LIVERPOOL VS CHELSEA)

ZOMBI GERR GERR.... hari keluarga JPSS

AWW ayunya..hehe

GO GO...

kamilah rakan yang akan sentiasa menjadi rakan...

DPLI SEJARAH 2 MPKENT 2013

hari terakhir bersama di Kafe Maktab....selamat membawa haluan....

hanya kenangan yang akan mengukuhkan pertemuan kita semua


Untuk apa dipersoal tentang warna sebatang pen yang berbeza, jika semua tulisan dimulakan dengan satu titik, marilah sebarkan persamaan, jangan hangatkan dengan sekadar warna yang berbeza, kerana warna warni itu lambang keindahan, mahukah kita melihat pelangi yang tidak berwaRna?......
biar jauh kita terpisah, utuh kita kerana bersatu


hanya kita

dahulu kita pernah menjadi takut pada kehidupan, ketika kita lahir tangisanlah yang pertama kita keluarkan, namun ketika kita belajar menjadi insan, kenapa perlu takut pada bayang-bayang, sedang masa terus membawa kita ke hadapan......


Sabtu, 18 Mei 2013

Pelita Sebuah (UntukMu Guru)

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhirnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.
Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.
Ami Masra
UPM Serdang
1988

Bila Suami Berkata


 Sudah menjadi lumrah bakal suami ataupun suami mahupun bapa kita akan menjawab sesuatu perkara seringkasnya. Para ibu dan bakal isteri sering kali akan tersalah tafsir tentang betapa dalamnya cinta dan sayang yang cuba dicurahkan oleh insan yang amat menyayanginya. sehinggalah timbul perkataan payung, intan dan sebagainya bagi menggambarkan betapa berharganya mereka. namun, seringkali perkara kecil ini dianggap tidak cukup sempurna oleh mereka yang bergelar isteri mahupun bakal isteri. Jangan persoalkan apa yang lelaki lakukan selagi ia masih tersenyum kepada anda pada waktu pagi, kerana sekali senyuman itu hilang, kelak hati yang tertutup akan berdarah selamanya. Percayalah dengan perhatian daripada anda semua, walau balasannya tak seindah yang anda harapkan amat dinanti oleh semua Lelaki. kerana inilah Lelaki........

Suami : A, B,C..
Isteri : what ?
Suami : Always Be Careful.....
Isteri : Hehe.. then?
Suami : D, E, F, G..
Isteri : hmm..?
Suami : Don't Ever Forget Girl..
Isteri : Girl..?!
Suami : Hmm... I'm H, I..
Isteri : What H, I ?
Suami : Happily Inlove..
Isteri : So... ?
Suami : J, K, L, M Just Keep Loving Me.....
Isteri : And how about N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z??
Suami : No Other Person Quite, Reasonable, Shall
Treat U Very Well except me Your Zauj...
Isteri :………(Just A Words)

Jumaat, 17 Mei 2013

Senarai Anggota Jemaah Menteri 2013 Malaysia

Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
Jabatan Perdana menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Abdul Wahid Omar 
Tan Sri Joseph Kurup
Puan Hajah Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul low Seng Kuan
Datuk Seri Shahidan Kassim 

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim 
P Waythamoorthy
Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri Kewangan II

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan                               

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin, 
Menteri 2: Tan Sri Idris Jusoh                                               
Timbalan Menteri: 
Yap Kain Ching 
P Kamalanathan 
 
Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein 
Timbalan: Datuk Rahim Bakri
                                                       
Menteri Dalam Negeri: 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar 

Menteri Pengangkutan: 
Datuk Seri Hishammuddin (pemangku) 

Menteri Pelancongan:
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz 

Menteri Luar Negeri:
Datuk Anifah Aman                                               
Timbalan Menteri Luar:
Datuk Hamzah Zainudddin
  
Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadhilah Yusof 
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Kesihatan: 
Datuk Dr S Subramaniam

Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin                                   
Timbalan menteri:
Datuk M Saravanan

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Richard Riot

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna:
Datuk Hassan Malek

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad                      

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Ewon Ebin
Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah
                           
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli:
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Datuk Seri Maximus Ongkili    

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar:
Datuk Shafie Apdal                        

Menteri Industri Perladangan dan Komoditi:
Datuk Douglas Uggah Embas

Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar:
Datuk Abdul Rahman Dahlan  
 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Hamim Samuri

Menteri Komunikasi dan multimedia: 

Datuk Seri Ahmad Shabery

Menteri Wilayah Persekutuan: 

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan: Loga Balamohan

Menteri Pembangunan Wanita:
Datuk Rohani Abdul Karim 
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun

Malaysiakini/-

KISAH UNTA MEMATAHKAN RANCANGAN ABU JAHAL UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH S.A.W



Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah S.A.W. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah S.A.W.

Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahawa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai." 

Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu." 

Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahawa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah S.A.W menyebarkan agama Islam di kalangan mereka. 

Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad S.A.W berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang. 

Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad S.A.W bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad S.A.W. 

Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad S.A.W pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum QUraisy akanmenyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka. 

Sebaik sahaja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah S.A.W baru sahaja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad S.A.W tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu. 

Sebaik-baik sahaja Abu Jahal melihat Rasulullah S.A.W telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disedari oleh baginda. 

Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad." 

Sebaik sahaja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad S.A.W dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad S.A.W terbunuh, tercengang dan saling berpandangan. 

Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disedari oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya. 

Sebaik sahaja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?" 

Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin kehairanan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi S.A.W, tiba-tiba sahaja diam membisu.

Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya. 

Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah S.A.W pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda bahawa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah S.A.W. 

Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, "Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik sahaja aku menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku." 

Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad S.A.W hanya tinggal kata-kata sahaja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong sahaja. 

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan kehairanan, "Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kami tidak nampak akan unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak." 

Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan lagi.

Khamis, 16 Mei 2013

Dua Yang Besar

terdetik pula pada hari ini inginku mengungkap rasa. dalam coretan makalah sesingkat ini ku cuba melontar rasa ingin berkongsi. Ya, terlalu dalam jika diungkapkan sekadar ucapan "selamat hari guru" untuk semua. sedangkan makna yang tersirat kenapa guru mesti diraikan?..... ada gembira yang terukir, atas berkat doa rakan-rakan secara tidak sengaja sepanjang pengajianku di Sekolah Perhutanan Antarabangsa, akhirnya kini kakiku telah selangkah ke alam perguruan. Dari awal pengajianku, aku telah diberikan nama "onizuka sensei" semasa proses menjadikan kami warga bahari dalam SPTA sebagai bakal-bakal rimbawan. ya tidak dapat dinafikan bahawa, ramai yang mengenaliku sebagai SENSEI, dan nama ini aku abadikan juga dengan blog ini. Benarlah kata orang, apabila sesuatu itu dungkapkan berung-ulang kali nescaya ia akan menjadi nyata. terima kasih buat semua guru yang telah mendidiku.

besar yang kedua, tak lain tak bukan kerana akhirnya kelab bola sepak yang ku minatai "giler" akhirnya berjaya merangkul satu kejuaraan pada tahun ini. daripada 7 yang dipertandingkan, inilah sahaja yang menyangkut..hehe...apapun...jom ke Maktab dulu.....dan yang pasti... senyuman ku akan sentiasa mekar melalui hari-hari yang akan mendatang......

Rabu, 15 Mei 2013

Tirai Pendidik

menitis purnama ditutupi awan
sinar yang gemilang
sekadar merah berbalam
setiap hati yang diusik
setiap lontar yang diteguh
setiap keringat yang dicurah
setiap ilmu yang disemai
masih ada berpersepsi songsang

kini
tidak guru menjadi lilin
tidak cikgu menjadi idola
tidak cikgu menjadi ubat
yang ada sekadar bebanan
sering nila setitik
yang rosak sebelanga susunya
yang dilihat pada segelintir
kadang keikhlasan diragui telusnya
walhal setiap hari senyuman ini
diungkap membimbing hijau

andai teknologi dikejar membangun
guru tak segan demi matlamat
andai lapuk dikata ajarnya
guru tak kisah asal berkesan
andai mencorak dikata gagal
kenapa jaya dikata mereka

sekali tekad menjadi tembok
jangan persoalkan tentang ikhlas
amanah yang diberi mari bersatu
tugas mendidik menjadi tunjang
biar ranjau biar onak
biar pahit biar sakit
sekali ia menjadi jati
hanya senyuman kepuasan
menjadi ukuran
guru berdedikasi
Selamat Hari Guru........

Selasa, 14 Mei 2013

Hanya Berhenti!

Berhenti menyalahkan orang lain dalam masalah anda. - Sejauh mana anda boleh mencapai impian anda? ia hanya bergantung kepada sejauh mana anda memikull tanggungjawab dalam hidup anda. Apabila anda menyalahkan orang lain atas apa yang anda lalui, anda menafikan tanggungjawab anda.




 
Berhenti cuba untuk menjadi segala-galanya kepada semua orang. - Berbuat demikian adalah mustahil, dan ia hanya akan membakar diri anda. Tetapi membuat seseorang tersenyum BOLEH mengubah dunia ini. Mungkin tidak seluruh dunia, tetapi dunia mereka.
 
Berhenti bimbang banyak sangat. - Jangan asyik berasa bimbang sahaja, kita tidak pasti bila ia akan berlaku. Tumpukan perkara yang ada di depan mata.

 
Berhenti memberi tumpuan kepada apa yang anda tidak mahu berlaku. – Fokus kepada apa yang anda mahu berlaku. Letakkan pemikiran positif  di barisan hadapan dan setiap kisah itu adalah kejayaan yang sangat besar. Jika anda bangun setiap pagi dengan pemikiran bahawa sesuatu yang indah akan berlaku dalam hidup anda hari ini, dan anda memberi perhatian teliti, anda sering akan mendapati bahawa anda adalah betul.

 
Berhenti yang tidak bersyukur. – Tidak kira bagaimana baik atau buruknya keadaan anda, bangun setiap hari dan bersyukur dengan kehidupan anda. Ada Seseorang di tempat lain yang lebih susah dan sedaya upaya berjuang untuk diri mereka.

Berbohong

Anda boleh berbohong kepada sesiapa sahaja di dunia, tetapi anda tidak boleh berbohong kepada diri sendiri. Dalam kehidupan kita mempelajari memperbaiki hanya apabila kita ada peluang, dan peluang yang pertama dan yang paling sukar yang boleh kita ambil adalah untuk menjadi jujur dengan diri kita sendiri. 


Ini Kalilah

Perkara yang paling menyakitkan adalah jika anda hilang arah, hilang tujuan hidup dalam proses mencintai seseorang melampau! dan lupa yang diri anda juga istimewa. Ya, tolong orang lain; tetapi tolong diri anda juga. Jika tiba masa anda ada sesuatu perkara yang ingin anda lakukan dan perkara yang membawa kebaikan untuk diri anda, kinilah masanya!

Senyum kambing



Melalak tak kena tempat
Yang basah hendak ditegakkan
Aduhailah pandir logik lagi katamu
Mereka terasa bahang
Ya amatlah panas
Inilah tradisi
Orang sabah ba
Kamilah penerusnya
Tak sah kalau tiada
Melenting tak kena tempat
Tu lihat gajah tak Nampak
Kuman seberang laut
Besar sifatnya
Yang buruk tak salah dilupakan
Yang mudarat bagus ditinggalkan
Aduhai menyalak lagi
Kerana emosi
Buta terus dibutakan