Persatuan (Pengakap)
Sepanjang
berada di Sk Darau guru telah mengikuti 2 sesi perjumpaan pengakap bersama
pelajar dan penyelaras di sekolah. Pada perjumpaan pertama, adalah pembentukan
AJK bagi sesi 2013 pelajar dalam persatuan pengakap. Melalui perbincangan yang
telah di laksanakan juga, rancangan program sepanjang tahun bagi persatuan juga
telah ditetapkan mengikut perbincangan bersama pelajar.
Pada sesi
perjumpaan yang kedua, pendedahan awal kepada kawad asas dan ikatan telah
dilaksanakan secara berpusat di mana semua pelajar telah diajarkan cara
berkawad dengan betul sebelum dilepasakan ke dalam persatuan masing-masing.
Boring edaran untuk sesi pertandingan kawad kaki juga telah diedarkan kepada
setiap peratuan dan akan diadakan pada hari Unit Beruniform Sekolah nanti.
Guru pelatih
terlibat secara langsung bagi menyediakan dan mengajarkan perkara asas sebagai
ahli pengakap yang lengkap bagi seseorang ahli tunas pengakap yang terlibat,
contohnya pelaksanaan laung agung bagi memulakan sesuatu majlis perjumpaan
pengakap.
Kelab (Rukun Negara)
Sk Darau
merupakan sekolah yang bertuah kerana antara sekolah yang telah diberi
kepercayaan oleh pihak Pelajaran sebagai sekolah Rintis bagi pengajaran Sejarah
di sekolah Rendah yang akan di kuatkuasakan pada tahun hadapan 2014. Kelas rintis ini telah dilaksanakan pada
tahun lepas 2012 dan dianggotai oleh para pelajar tahun 4 pada masa tersebut.
Bagi kesinambungan kepada hasrat ini, Kelab Rukun Negara telah ditubuhkan bagi
memberikan pendedahan yang lebih kepada setiap ahlinya dalam memertabatkan asas
sebagai seorang rakyat Malaysia. Tujuan penubuhan kelab ini juga adalah bagi
menyemai dan mendalamkan lagi nilai cintakan negara dan patroitik dalam
kalangan pelajar.
Bagi
perjumpaan Kelab, pelatih telah menyertai sesi penggubalan aktiviti dan
pembentukan AJK bagi kelab ini. Melalui perjumpaan inilah juga perancangan yang
jitu dan menyeluruh telah dilaksanakan bagi membantu pelajar dalam kokurikulum
yang akan memberikan nilai tambah kepada pelajar tersebut.
Sukan (Badminton)
Perjumpaan
pertama yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan sukan telah berjaya
membentuk AJK dan program latihan dalam sukan ini. Rancangan lain juga seperti
bayaran yuran dan sebagainya telah dilakukan. Malahan pihak guru dan pengurusan
sekolah juga amat berbesar hati membantu untuk menjayakan program yang telah
dirancangkan bersama.
Sesi
pemilihan pelajar bagi mewakili sekolah dalam pertandingan badminton peringkat
bahagian telah dijalankan. Melalui pemilihan ini, seramai 3 orang pelajar
perempuan dan 4 orang pelajar lelaki telah mewakili sekolah. Selesai
pertandingan hanya seorang pelajar yang memenangi pingat dan mewakili zon
Kinabalu ke peringkat Negeri yang dijalankan di Ranau.
Semasa
pertandingan ini juga guru terlibat sebagai pengadil pertandingan dari awal
sehingga akhir bagi membantu dalam kelicinan perjalanan kejohanan. Pendedahan
ini amat penting bagi memperkayakan lagi ilmu pengetahuan guru dalam
keterlibatan aktiviti kokurikulum.