Perjanjian
Inggeris-Siam 1909
Perjanjian Inggeris-Siam 1909 dikenali juga sebagai Perjanjian
Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909. Perjanjian ini diadakan di Istana
Raja Thailand di Bangkok yang diusahakan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu
Sir John Anderson.
Britain tidak dapat bertangguh lagi
untuk menguasai seluruh Tanah Melayu kerana negeri-negeri ini kaya dengan biji
timah dan sesuai ditanam dengan getah. Tambahan pula negeri-negeri Melayu ini
amat sesuai disatukan kerana mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu sama dari segi
bahasa, agama, bangsa, cara hidup, kebudayaan dan lain-lain.
Perjanjian
ini merupakan perjanjian yang ke-8 dalam usaha British menguasai utara Tanah
Melayu. Perjanjian sebelum ini ialah :
·
Perjanjian Burney 1826
·
Perjanjian Sulit Siam - Britain 1894
·
Perjanjian British - Perancis 1896
·
Perjanjian Sulit Siam - Britain 1897
·
Perjanjian Siam Britain 1902
·
Pakatan Britain - Perancis 1902
Latar belakang perjanjian
Gabenor Negeri-negeri Selat mendapat
nafas baru apabila Pejabat Tanah Jajahan di India tidak lagi mentadbir
Negeri-Negeri Selat. Sebelum ini Pejabat Tanah Jajahan di India mengabaikan
masalah pentadbiran dan perdagangan di Semenanjung Malaysia. Pentadbiran
lansung daripada London memudahkan keputusan pentadbiran, politik dan
keselamatan dibuat. Ketika Britian merupakan kuasa utama di dunia.
Sedangkan Gabenor Negeri-Negeri
Selat bimbangkan kemaraan kuasa-kuasa Barat seperti Jerman , Perancis dan
Amerika Syarikat, di samping kuasa sedia ada iaitu kerajaan Siam. Kuasa-kuasa
Barat ini cukup aktif memperluaskan tanah jajahan bagi tujuan ekonomi, agama
dan politik. Kuasa-kuasa besar ini berebutkan tanah jajahan di seluruh dunia.
Seboleh mungkin mereka tidak mahu bergaduh antara satu sama lain. Unsur agama
iaitu Katolik dan Protestan mendominasi perluasan jajahan ini.
Perseteruan dengan Islam turut
menjadi unsur perlumbaan ini. Negara Turki yang menaungi negara-negara Islam
semakin tidak bermaya.
Kerajaan Perancis begitu aktif di
Indo-China kerana pengaruhnya turut berkembang ke Siam dan utara Tanah Melayu.
British cukup takut dengan kehadiran
pihak Jerman dan Amerika Syarikat yang inginkan tapak perdagangan dan
perusahaan di pulau Langkawi dan Terengganu.
Perjanjian
Pada 9 Julai 1909 Gabenor
Negeri-negeri Selat telah mewakili British telah berjumpa dengan Kerajaan Siam
di Bangkok bagi menyelesaikan masalah negeri-negeri di Semenanjung Tanah
Melayu. Ketika itu kerajaan Siam telah menjajah negeri Perlis, Kedah , Kelantan
dan Terengganu. Pattani, Yala dan Narathiwat memang dibawah pentadbiran
kerajaan Siam.
Melalui Perjanjian Bangkok 1909 itu
, kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut
telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri
Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam.
Wakil-wakil
·
Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan Husain, pembesar Siam di Betong.
·
Kerajaan British diwakili oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat)
yang berpusat di Singapura.
·
Kerajaan Perak diwakili oleh :
1. Wan Muhammad Isa, Orang Kaya
Menteri
2. Wan Muhammad Salleh, Orang
Kaya-Kaya Seri Adika Raja.
3. E.W. Birch, Residen British
Perak.
4. A.S. Jelf MCS, Penolong
Setiausaha kepada Residen British Perak.
5. H. Berkeley, Hakim Daerah Hulu
Perak
6. G. Simpson, Merinyu Polis Kuala
Kangsar
7. J.D. Kemp, Pengurus Rahman Hydrolic Tin Limited, Klian
Intan/ Taiping.
Isi-isi Perjanjian 1909
·
Kerajaan Melayu Pattani yang meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand
disahkan sebagai jajahan Thailand / Siam. Padahal
kerajaan
Melayu Pattani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.
·
Kedah, Perlis , Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah oleh Siam
diserahkan kepada Britain.
·
Negeri Kedah dan Perlis menerima seorang penasihat British pada tahun 1909.
·
Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910.
·
Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919.
Patani
adalah sebahagian daripada tanah ‘Tanah Melayu’. Bagaimanapun, pada pertengahan
abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam. Dalam
tahun 1826, penaklukan Siam ke atas Patani telah diakui oleh British. Dalam
usahanya untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Patani, pada tahun 1902
kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban.
Dengan itu, sistem pemerintahan kesultanan Melayu telah dihapuskan. Dengan termeterainya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Patani telah diakui oleh British sebagai sebahagian daripada jajahan Siam walaupun tanpa kerelaan orang-orang Melayu Patani.
Semenjak penghapusan pemerintahan Kesultanan Melayu Patani, orang-orang Melayu-Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, Konsol British di Songkhla, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang ‘misgoverned’. Justeru, tidaklah hairan kekacauan seringkali berlaku di Patani. Pada tahun 1923, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, bekas raja Kerajaan Melayu Patani, dengan sokongan pejuang-pejuang Turki, telah mengepalai gerakan pembebasan. Kebangkitan anti-Siam menjadi lebih hebat lagi apabila kerajaan Pibul Songgram (1939-44) cuba mengasimilasikan kaum minoriti Melayu ke dalam masyarakat Siam melalui Dasar Rathaniyom.
Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua di pihak Jepun telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjajahan Siam. Tengku Mahmood Mahyideen, putera bekas Raja Melayu Patani juga seorang pegawai berpangkat Mejar dalam pasukan Force 136, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu.
Cadangan Tengku Mahmud itu adalah selaras dengan rancangan Pejabat Tanah Jajahan British untuk mengkaji kedudukan Segenting Kra dari sudut kepentingan keselamatan Tanah Melayu selepas perang nanti.
Harapan itu semakin cerah apabila kuasa-kuasa berikat, dalam Perisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945, menerima prinsip hak menentu nasib sendiri (self-determination) sebagai usaha membebaskan tanah jajahan daripada belenggu penjajahan.
Atas semangat itu, pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, pendirian British terhadap Siam berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani.
Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya, kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.
Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu pada tahun 1948, menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis China. Justeru, Kerajaan British mahu memastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan Negara-Negara Komunis. Kerajaan British memerlukan kerjasama kerajaan Siam bagi menghapuskan kegiatan penganas-penganas Komunis di perbatasan Tanah Melayu-Siam.
Kebetulan pula kerajaan Siam telah memberi jaminan untuk memperkenalkan reformasi pentadbiran dan sosio-ekonomi di Patani bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Oleh kerana itu, isu Patani mula dianggap kurang penting malahan kiranya dibangkitkan akan menjejaskan hubungan dengan Siam.
Selepas Persidangan Songkla pada awal Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutan pihak Siam mula mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin pejuangan Patani. GEMPAR juga telah diharamkan. Tengku Mahmood Mahyideen telah ditekan manakala Haji Sulung dihukum penjara. Pergerakan politik Patani semakin lemah dengan kematian Tengku Mahmood Mahyideen dan Haji Sulung pada tahun 1954.
Dengan itu, sistem pemerintahan kesultanan Melayu telah dihapuskan. Dengan termeterainya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Patani telah diakui oleh British sebagai sebahagian daripada jajahan Siam walaupun tanpa kerelaan orang-orang Melayu Patani.
Semenjak penghapusan pemerintahan Kesultanan Melayu Patani, orang-orang Melayu-Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, Konsol British di Songkhla, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang ‘misgoverned’. Justeru, tidaklah hairan kekacauan seringkali berlaku di Patani. Pada tahun 1923, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, bekas raja Kerajaan Melayu Patani, dengan sokongan pejuang-pejuang Turki, telah mengepalai gerakan pembebasan. Kebangkitan anti-Siam menjadi lebih hebat lagi apabila kerajaan Pibul Songgram (1939-44) cuba mengasimilasikan kaum minoriti Melayu ke dalam masyarakat Siam melalui Dasar Rathaniyom.
Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua di pihak Jepun telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjajahan Siam. Tengku Mahmood Mahyideen, putera bekas Raja Melayu Patani juga seorang pegawai berpangkat Mejar dalam pasukan Force 136, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu.
Cadangan Tengku Mahmud itu adalah selaras dengan rancangan Pejabat Tanah Jajahan British untuk mengkaji kedudukan Segenting Kra dari sudut kepentingan keselamatan Tanah Melayu selepas perang nanti.
Harapan itu semakin cerah apabila kuasa-kuasa berikat, dalam Perisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945, menerima prinsip hak menentu nasib sendiri (self-determination) sebagai usaha membebaskan tanah jajahan daripada belenggu penjajahan.
Atas semangat itu, pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, pendirian British terhadap Siam berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani.
Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya, kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.
Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu pada tahun 1948, menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis China. Justeru, Kerajaan British mahu memastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan Negara-Negara Komunis. Kerajaan British memerlukan kerjasama kerajaan Siam bagi menghapuskan kegiatan penganas-penganas Komunis di perbatasan Tanah Melayu-Siam.
Kebetulan pula kerajaan Siam telah memberi jaminan untuk memperkenalkan reformasi pentadbiran dan sosio-ekonomi di Patani bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Oleh kerana itu, isu Patani mula dianggap kurang penting malahan kiranya dibangkitkan akan menjejaskan hubungan dengan Siam.
Selepas Persidangan Songkla pada awal Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutan pihak Siam mula mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin pejuangan Patani. GEMPAR juga telah diharamkan. Tengku Mahmood Mahyideen telah ditekan manakala Haji Sulung dihukum penjara. Pergerakan politik Patani semakin lemah dengan kematian Tengku Mahmood Mahyideen dan Haji Sulung pada tahun 1954.
PERJANJIAN 1909 ANTARA
INGGERIS DENGAN SIAM SERTA LATAR BELAKANGNYA
JEBAT, Bil. 1., 1971/72.
oleh J. Chandran
Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia
Satu peristiwa yang merupakan tanda yang panting dalam
perkembangan sejarah moden Malaysia adalah Perjanjian 1909 antara Siam dengan
Inggeris yang memisahkan empat buah negeri Melayu di Utara Semenanjung daripada
naungan Siam dan mengikatkan mereka dengan jajahan British, Mulai 1909 sempadan
di antara Siam dengan Malaysia telah ditentukan dengan cara kebetulan sahaja
dan sehingga ini sempadan itu merupakan suatu soal yang besar maknanya dalam
sejarah moden Malaysia. Kajian ini tidak bertujuan untuk meneliti samada
sempadan itu munasabah atau tidak. Sebaliknya perkara yang akan lebih
dititik-beratkan adalah kedudukan dan kesan Perjanjian 1909 itu didalam konteks
dasar imperialis British dirantau ini sebelum Perang Dunia Pertama.
Kebanyakan buku-buku sejarah yang menyebut tentang Perjanjian
1909 itu memperlihatkan perkembangan dasar penjajahan Inggeris di Semenanjung
Melayu sebagai satu proses yang bersambungan mulai daripada 1874. Malah
mengikut pentafsiran beberapa ahli-ahli sejarah perluasan jajahan Inggeris yang
berlaku pada 1909 hanya merupakan puncak dari usaha-usaha Kerajaan Penjajahan
di Tanah Melayu sejak 1874 untuk dapat menarnpung seberapa banyak negeri Melayu
di dalam satu kawasan jajahan yang luas serta bersatu. Pentafsiran-pentafsiran
yang demikian biasanya mengambil perhatian tentang betapa pentingnya peranan
Siam di dalam hal ini semata-mata kerana pada masa itu setiap negeri Melayu
yang terletak kesebelah Utara Negeri Melayu Bersatu itu adalah terkandung
didalam kawasan-kawasan Siam. Seringkali terdapat juga di dalam perbincangan
mengenai perkara tersebut sedikit-sebanyak yang menyentuh tentang hubungan
diantara Inggeris dengan Perancis sebelum 1909 yang dikatakan memudahkan
Perjanjian 1909 diantara Inggeris dengan Siam itu. Maka, memandang dari sudut
keadaan antarabangsa, khasnya dari segi kedudukan hubungan diantara Inggeris
dengan Perancis menjelang 1909, kesempatan untuk Inggeris mencapai matlamatnya
di Utara Semenanjung Melayu adalah sangat baik. Namun demikian kajian ini akan
menggambarkan bagaimana tujuan-tujuan dasar British di kawasan Negeri-negeri
Melayu Utara itu telah pun diawasi serta dipelihara lebih awal lagi. Selain
daripada itu kertas ini akan menegaskan bahawa sebenarnya Persetujuan di antara
Inggeris dengan Perancis pada 1904 tidak merupakan punca bagi Perjanjian 1909
yang berikutan, malah kedua-dua kuasa imperialis itu memang telah bersetuju
akan kepentingan masing-masing dikawasan-kawasan yang tertentu sejak 1896.
Sejak Inggeris menakluki Hulu Burma pada 1886 dan meluasnya
jajahan Perancis di Annam dan Tongking, satu persaingan yang hebat diantara
kedua-dua kuasa imperialis itu telah berlaku. Pertandingan peluasan pengaruh
masing-masing mula tiba kepuncaknya pada 1893 manakala Perancis dapat mencapai
matlamat-matlamatnya di Laos dan kawasan-kawasan sebelah timur Sungai Mekong
dengan cara menggunakan kekerasan atas Kerajaan Siam, Pada masa itu kepentingan
Inggeris dirantau Asia Tenggara, terutama sekali di T’anah Besarnya, tertumpu
kepada dua kawasan: di sebelah timur laut Burma dan di Selatan China, khasnya
diwilayah Yunnan; dan yang kedua, di Negeri Melayu Utara sehingga Genting Kra.
Di kedua kawasan tersebut Kerajaan British mempunyai beberapa kepentingan
seperti perdagangan dan stratejik. Sementara itu dasar jajahan Inggeris juga
telah berubah akibat peluasan Empayarnya yang agak berselerak. Kerajaan British
pada tahun 1890an enggan memperluaskan Empayar British kerana adanya banyak
masalah yang berkaitan dengan peluasan itu, Maka seorang negarawan British pada
masa itu, Lord Salisbury yang juga menjadi Perdana Menteri merangkap Setiausaha
Luar Negeri, memegang kuat pada dasar liberal supaya dapat rnengatasi masalah
diplomatik dengan mengadakan persetujuan dengan negeri-negeri asing, Berbanding
dengan dasar Salisbury yang tidak agresif, Perancis masih lagi terlibat dalarn
perjuangan jajahan dan hanya menunggu kesempatannya untuk menakluki lebih
banyak lagi kawasan buru terutama sekali di Tanah Besar Asia Tenggara Matlamat
pertama Perancis adalah penaklukan Kerajaan Siam supaya tanah jajahan Indochina
Perancis dapat diperluaskaa. Dalam keadaan yang tidak menyenangkan itu Inggeris
mula menjalankan rundingan dehgan Perancis pada 1895 untuk mengatasi masalah
Siam itu tanpa sebarang pergolakan, Tujuan Inggeris di dalam rundingan tersebut
semata-mata untuk menghindari Perancis daripada memansuhkan kebebasan dan
kedaulatan Kerajaan Siam, akan tetapi kedua kuasa imperialis itu memang sedar
akan kepentingan masing-masing dikawasan Siam yang berhampiran dengan jajahan
mereka. Maka dalam Pengisytiharan Inggeris-Perancis pada 15hb Januari, 1896
mereka dapat memelihara kepentingan masing-masing serta mengelakkan penghapusan
Kerajaan Siam. Dalam Pengisytiharan 1896 itu dirakamkan beberapa fasal yang
ayatnya tidak begitu jelas menerangkan perkaitannya dengan sejarah Negeri
Melayu Utara.
Penyelidikan baru-baru ini yang berasaskan surnber Pejabat Luar
Negeri Inggeris (Foreign Office), sumber persendirian beberapa orang menteri
Inggeris, sumber Pejabat Jajahan India (India Office) dan arkib Kementerian
Luar Negeri Perancis (Service des Archives, Ministere des Affaires Etrangeres,
Quai d’Orsay, Paris) jelas membuktikan bahawa dua kuasa yang telah
menandatangani Pengisytiharan 1896 itu memang memaksudkan persetujuan antara
mereka itu supaya meliputi kepentingan masing-masing di Siam Timur dan Siam
Selatan jua, Pada surat resminya Pengisytiharan itu hanya menggariskan sempadan
kawasan negeri Siam yang akan dianggap sebagai bebas dan berdaulat dan yang
tidak akan diresapi oleh kedua kuasa asing itu, Fasal yang lain tidak
bersangkut paut dengan soal masa depan atau kebebasan Siam walaupun menyentuh
beberapa perkara yang lain yang selama itu telah menjadi punca persaingan
diantara Inggeris dengan Perancis, umpamanya, masalah Hulu Sungai Mekong,
memang disentuh. Sebetulnya Salisbury bercita supaya perjanjian dengan Perancis
itu mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Kerajaan Siam keatas seluruh kawasan
dan wilayahnya termasuk juga Negeri Melayu Utara. Malahan kerajaan Perancis
yang sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur kolonialnya tidak sanggup
rnenyetujui chadangan Salisbury kerana mereka mengharap-harap akan kedudukan
Perancis di Indochina meresapi kawasan Timur Siam pada satu masa kelak. Maka
Pengisytiharan 1896, walau pun menetapkan kebebesan Kerajaan Siam di dalam
kawasan Lembah Sungai Chao Phya, tidak menyentuh sama sekali kedudukan kawasan
yang diluarnya. Hingga kini ahli-ahli sejarah tidak dapat menerangkan apakah
sebenamya maksud kedua kuasa imperialis itu mengecualikan Siam Timur dan Siam Selatan
dalam Pengisytiharan tersebut. Hanya setelah meneliti sumber-sumber baharu yang
telah disebutkan tadi sahaja dapat dipastikan bahawa Inggeris dan Perancis
“telah bersetuju bahawa kawasan yang tertentu itu dikecualikan daripada jaminan
am yang telah pun mereka berikan keatas kebebasan Siam di Lembah Chao Phya
Sebetulnya mulai 1896 Inggeris dan Perancis telah mernpraktikan teori baharu
bagi kepentingan masing-masing yang bermakna bahawa dikawasan Timur Siam yang
berhampiran dengan Indochina, Perancis akan memainkan peranan. sebagai
kuasa utama sementara Inggeris pula akan menuntut hak keutamaannya diwilayah
Siam Selatan. Oleh yang demikian tidak benar pula jikalau dikatakan hanya pada
1909 sahaja Inggeris dapat mempertahankan kepentingan mereka di Negeri Melayu
Utara secara berkesan. Setelah 1896 asalkan Perancis diberi kebebasan pada
dasarnya di Siam Timur, Inggeris dapat membuat apa sahaja di Siam Selatan.
Namun bagitu Salisbury yang telah menandatangani Pengisytiharan
itu tidak merasa senang hati kerana beliau sangat memikirkan tentang betapa
mudahnya sebuah kuasa asing selain daripada Perancis boleh campur tangan dalam
hal negeri Melayu itu. Bagi mencapai sebahagian dari tujuannya untuk
mententeramkan perasaan Kerajaan Siam terhadap Pengisytiharan 1896 itu dan
mengelakkan kemungkinan kuasa asing bertapak di Siam Selatan, Salisbury lalu
memulakan rundingan dengan Raja Chulalongkorn agar satu perjanjian terlaksana
diantara mereka. Disini perlu ditegaskan bahawa Kerajaan Penjajah Inggeris di
Tanah Melayu telah mendesak sejak tahun 1880an supaya kuasa Inggeris
diperluaskan ke Negeri Melayu Utara. Sekali pun Foreign Office di London telah
menentang rayuan itu. setelah Sir Frank Swettenham menjadi Resident-General
yang pertama bagi Negeri Melayu Bersekutu pada 1896, kempen untuk menggabungkan
kawasan utara itu dengan jajahan British menjadi semakin rancak. Disamping itu
seorang tokoh faham jajahan, Joseph Chamberlain, telah pun dilantik sabagai
Setiausaha Hal Tanah Jajahan dan Salisbury menghadapi desakan yang tegas
mengenai dasar British di Siam Selatan. Pada akhirnya rundingan Inggeris-Siam
menghasilkan sebuah Perjanjian Rahsia pada April 1897. Mengikut Perjanjian
tersebut Siam memberi jaminan bahawa ia tidak akan menyerahkan sebarang tanah
dikawasan Semenanjung Melayu atau membenarkan kuasa asing menampil kenegeri
Melayu Utara. sementara kerajaan Inggeris pula berjanji akan menolong Siam
menentang sebarang kuasa asing yang cuba menceburkan dirinya di kawasan
tersebut secara kekerasan atau ketenteraan. Kerajaan Siam juga mengaku bahawa
setiap permohonan dari orang asing untuk melombong, meniaga dan sebagainya di
Siam Selatan rnestilah dirundingkan terlebih dahulu dengan Kerajaan British
sebelum keputusan dibuat. Perlu ditegaskan di sini bahawa Salisbury hanya dapat
persetujuan Siam bagi Perjanjian Rahsia itu setelah menjalankan beberapa
muslihat, kerana Raja Chulalongkorn sangat enggan memberi peranan yang besar
kepada Inggeris diwilayah Selatan. Pada penghujung rundingan Inggeris-Siam
Salisbury telah mengugut Chulalongkorn dengan kemungkinan Inggeris tidak akan
membantu Siam sekiranya serangan dari Perancis berlaku semula, Oleh yang
demikian Siam dengan merasa sedikit keberatan terpaksa bersetuju dengan syarat
dalam Perjanjian Rahsia 1897 itu.
Keadaan yang pada akhirnya menyebabkan Kerajaan Inggeris
mengkaji semula kepentingannya dikawasan negeri Melayu Utara adalah berkaitan
dengan beberapa tanda yang merbahaya yang telah wujud antara tahun 1899 dengan
1902 disekitar Empayarnya, khasnya dirantau Asia Tenggara. Kerajaan Inggeris
mula rnerasa bimbang setelah tercetusnya Perang Afrika Selatan pada 1899 dimana
penentangan gulungan Boers menjadi begitu hebat hingga sejumlah besar askar
Inggeris dicurahkan kekawasan tersebut untuk membasmi pemberontakan itu. Tambahan
pula negarawan British memang sedar bahawa selagi kekuatan tentera dan tenaga
mereka tertumpu kepada Afrika Selatan, selama itulah kuasa Eropah lain yang
sedang menyaingi pengaruh Inggeris diseluruh dunia akan cuba melakukan satu
tindakan terhadap kawasan yang terpenhil dalam Empayar British supaya dapat
memaksa Inggeris menyetujui kehendak mereka yang tertentu dibenua Eropah.
Lebih kurang pada penghabisan abad kesembilanbelas juga kedudukan istimewa
British di Empayar China telah menghadapi beberapa cabaran daripada kuasa
Eropah seperti Rusia, Perancis dan Jerman. Disamping itu, setelah awal 1898
Jerman telah mula tampil ke Empayar China secara kekerasan dan banyak
kemungkinan telah timbul bahawa negara lain juga akan berbuat demikian. Maka
dengan kata lain kedudukan Inggeris di mana-mana sahaja dalam konteks
Empayarnya pada awal kurun keduapuluh telah terancam. Namun begitu Foreign
Office Inggeris sungguh khuatir akan Jerman mengambil peluangnya untuk campur
tangan dalam hal ehwal negeri Melayu Utara, terutama sekali kerana Tentera Laui
Jerman sedang membangun dan mereka sangat memerlukan pelabuhan yang sesuai
dimerata dunia untuk menyaingi kuasa lautan Inggeris yang sehingga itu tidak
boleh di landing. Ramalan yang tersiar daripada rantau Asia Tenggara pada
ketika itu membayangkan keadaan di negeri Melayu Utara sebagai terlalu
kucar-kacir dan oleh itu boleh memberi kesempatan yang baik kepada sebuah kuasa
asing seperti Jerman untuk bergerak. Meskipun Kerajaan Inggeris telah
menandatangani sebuah perjanjian sempadan dengan Siam pada 1899 yang
menggariskan sempadan antara Negeri Melayu Bersekutu bagi satu pihak dan
wilayah Siam bagi satu piliak yang lain. Foreign Office di London tidak dapat
melupakan soal hubungan di antara Siam dengan negeri Melayu Utara. Mengikut
Kerajaan Penjajah di Singapura Siam tidak dapat menakluki negeri Melayu
tersebut dengan tegas dan raja-raja Melayu di utara dikatakan pula bersiap
untuk memberontak, terutama sekali Raja Patani, Memang benar bahawa pendapat
yang wujud dari pihak Inggeris di Semenanjung Melayu bertujuan untuk
memperkecil-kecilkan pengaruh Siam dikawasan Melayu Utara, akan tetapi beberapa
kebenaran telah pun membuktikan kepada Kerajaan London bahawa sikap Negeri
Melayu Utara terhadap Siam adalah bermusuhan. dalam hal ini perlu ditegaskan
bahawa Foreign Office Inggeris mengambil berat terhadap tindak-tanduk negeri
Patani yang dianggap sebagai kuasa yang mempunyai daya utama antara Negeri
Melayu Utara.
Perkara yang menyebabkan Inggeris menjadi sungguh khuatir terhadap
perkernbangan politik di Negeri Melayu Utara adalah kegagalan Perjanjian
Ralisia 1897, Pada tahun yang berikutnya Inggeris dan Sian telah berkali
berkelahi tentang pelaksanaan Perjanjian tersebut. Disamping itu menurut sumber
tempatan semakin ramai orang asing menceburkan diri di dalam perdagangan dan
perlombongan di Negeri Melayu Utara secara bersendirian. Meskipun hanya
separuh dari mereka itu sahaja yang terdiri dari warganegara Jerman, Kerajaan
Inggeris memang mensyaki bahawa Jerman adalah bertanggungjawab atas penambahan
perhatian orang asing yang tiba-tiba ditumpukan kepada Negeri Melayu Utara itu,
khasnya Kedah, Kelantan dan Trengganu. Pertelingkahan antara Inggeris dengan
Siam timbul kerana kebanyakan orang asing itu telah memohon kebenaran untuk melombong
dan sebagainya secara langsung kepada raja Melayu sendiri tanpa sebarang
permintaan kepada Kerajaan Siam di Bangkok. Tambahan pula Kerajaan Inggeris
merasa curiga bahawa Siam tidak setia kepada peraturan dalam Perjanjian Rahsia,
malahan pihak Bangkok mungkin membuat persefahaman secara sulit dengan kuasa
asing seumpama Jerman, Maka segala kemungkinan itu lalu menyebabkan Kerajaan
Inggeris, terutamanya Foreign Officenya, berusaha mencari cara baharu untuk
mengatasi keadaan yang tidak menyenangkan di Negeri Melayu Utara pada awal
kurun keduapuloh.
Di sini harus diingat juga peranan seseorang individu seperti
Setiausaha Luar Negeri baharu di London, Lord Lansdowne. Beliau telah mengambil
alih jawatan tersebut setelah pilihan raya 1900. Dalam pilihan raya tersebut
Parti Konservatif telah sekali lagi mencapai kejayaan yang besar dan Lord
Salisbury telah pun mengundurkan dirinya daripada menjadi Setiausaha Luar
Negeri semula walaupun terus memegang jawatan Perdana Menteri. Salisbury adalah
lebih tenang dan sabar dalam usaha diplomasinya mungkin kerana beliau sangat
berpengalaman. Malah Salisbury sebenarnya tidak begitu khuatir akan keadaan di
Negeri Melayu Utara menjadi merbahaya atau meruncing. Akan tetapi Lansdowne
tidak sanggup memerhatikan sahaja perjalanan dasar Jerman yang sangat memusuhi
Inggeris disekitar dunia dan disamping itu penasihatnya di Foreign Office pula
mensifatkan peranan Jerman dirantau Asia Tenggara sebagai nakal. Maka Lansdowne
berniat hendak rnengindarkan sebarang tindakan Siam atau Jerman di Negeri
Melayu Utara yang mengancam kedudukan dan kepentingan Inggeris.
Dalam usaha yang demikian Lansdowne berpendapat bahawa dasar
Inggeris terhadap Siam dikawasan utara Semenanjung Melayu adalah tidak wajar
atau sesuai kerana kegagalan Perjanjian Rahsia 1897. Pada hakikatnya perjanjian
tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil kepada kedua negara yang terlibat
dan sebaliknya banyak masalah dalam pelaksanaannya sahaja yang timbul.
Kedudukan Lansdowne sangat rumit memandangkan rahsianya Perjanjian 1897 yang
tidak membolehkan Inggeris menafikannya supaya dasar mereka di Negeri Melayu
Utara lebih bebas. Sementara itu Kerajaan Siam sendiri terikat kepada
Perjanjian Rahsia itu kerana rnereka memang khuatir akan kuasa asing dapat tahu
sejauh mana Siam telah memberi keistimewaan kepada Inggeris diwilayah Selatan.
Lansdowne pertama sekali menitik beratkan hubungan antara Inggeris dengan
Perancis kerana beliau sedar bahawa peranan Inggeris di Negeri Melayu Utara itu
tidak akan terbatas melainkan dengan satu persefahaman yang seluasnya dengan
Kerajaan Perancis. Malahan pada awal kurun keduapuluh Lansdowne tidak. melihat
sebarang peluang untuk memperbaiki hubungan antara Inggeris dengan Perancis
yang agak tegang disebabkan oleh persaingan antara mereka di Mesir, Maghrabi
dan Afrika. Pada ketika itu keadaan di Negeri Melayu Utara pula merosot dan
menjadi makin buruk akibat tuntutan raja Melayu akan kebebasan mereka daripada
kuasa Siam. Kerajaan Siam memang menghadapi banyak kesulitan dalam usahanya
untuk memperkuatkuasakan pengaruhnya atas negeri Melayu tersebut dan pada 1902
satu peristiwa yang serius berlaku bilamana askar Siam menahan Raja Patani lalu
membawanya ke Bangkok. Setelah Raja Patani digulingkan kempen-kempen kerajaan
Penjajah Inggeris di Singapura yang didahului oleh Swettenham naik semangat dan
kerajaan London dibanjiri oleh kian banyak desakan memintanya mengambil langkah
yang tegas untuk rnempertahankan kepentingan Inggeris.
Secara kebetulan sahaja, pada akhir 1901 kerajaan Perancis telah
berunding dengan Siam tentang beberapa masalah antara dua pihak itu di kawasan
Siam Timur, Perkembangan tersebut lalu menggalakkan Lansdowne membangkitkan
soal negeri Melayu Utara secara langsung dengan Kerajaan Siam. Beliau tidak
sanggup menyokong rayuan Swettenham dan rakannya di Singapura supaya menakluki
Perlis, Kedah, Patani, Kelantan dan Trengganu kerana sekiranya Inggeris berbuat
demikian sudah tentu Perancis pula akan membalas dengan merebut kawasan Siam
Timur, Dari segi keperluan stratejik Inggeris, ibukota Bangkok dianggap amat
penting dan dasar Inggeris menghendaki tempat itu bebas dari pengaruh Perancis.
Oleh kerana matlamat Perancis dikawasan Battambang dan Siemreapo yang terlalu
berhampiran dengan Bangkok maka Lansdowne tidak dapat memberi peluang kepada
Perancis. Namun demikian Lansdowne menyedari bahawa setelah pergolakan antara
Siam dengan Patani keadaan di Kelantan dan Trengganu mula menjadi tidak
tenteram Beliau yakin bahawa sekiranya pentadbiran Siam didua-dua negeri Melayu
itu dapat diperbaiki mungkin keadaan akan pulih. Menurut dasar baharu itu
Lansdowne telah mengadakan rundinsan dengan wakil Keraiaan Siam di London pada
akhir 1901 dengan tujuan memaksa Raja Chulalongkorn supaya melantik Penasihat
Am (General Advisers) kepada Raja Kelantan dan Sultan Trengganu. pada mulanya
Siam cuba mengganggu rundingan itu akan tetapi setelah Lansdowne menunjukkan
sikapnya yang begitu keras dengan lawatan Swettenham ke Kelantan dan Trengganu
seolah-olah beliau akan membuat perjanjian secara langsung dengan negeri
tersebut. maka Kerajaan Siarn kemudian menerima cadangan Inggeris. Hasil
perundingan antara Inggeris dan Siam adalah satu perjanjian yang
ditanda-tangani oleh Lansdowne dan Phya Sisahathep, Wakil Khas Siarn, di London
pada 5hb Oktober 1902. Menurut perjanjian tersebut Siam bersetuju akan melantik
Penasihat Am kepada Raja Kelantan dan Sultan Trengganu akan tetapi perlantikan
itu akan dikenakan syarat seperti berikut:
1. Penasihat tersebut
mestilah warganegara British yang sedang bertugas dengan kerajaan Siarn.
2. Perlantikan mereka
mesti dirundingkan dengan pihak Inggeris terlebih dahulu.
Syarat tersebut telah pun dirakamkan dalam balas-membalas nota
rahsia diantara Inggeris dengan Siam dan kemudiannya perjanjian yang resmi
mengenai soal Penasihat Am telah ditandatangani hanya antara Siam dengan
Kelantan kerana Sultan Trengganu menolak perjanjian itu dengan Siam
habis-habisan. Perlu ditegaskan disini bahawa Kerajaan Siam telah berusaha kuat
melalui diplomasinya untuk mengelakkan syarat rahsia itu dan sebenarnya mereka
telah mengadakan rundingan dengan Kerajaan Perancis sebagai satu cara untuk
menghindari cita-cita Lansdowne. Walau bagaimana pun pada akhirnya Landsdowne
telah rnengatasi muslihat Siam itu dengan keputusannya untuk membincangkan
masalah Siam itu secara langsung dengan Kerajaan Perancis. Maka langkah yang
demikian itu menyebabkan Siam terpaksa menyetujui cadangan Inggeris mengenai
Penasihat Am. Sesudah sahaja rundingan antara Inggeris dengan Siam pada akhir
1902 mengenai Kelantan dan Trengganu, Kerajaan Inggeris pun terus melangkah ke
arah perpaduan dasar Inggeris dan Perancis terhadap Siam dan usaha itu tidak
lama lagi berhasil sebagai Persetujuan Inggeris Perancis atau Entente Cordiale
pada April 1904 yang meliputi bukan sahaja masalah Siam bahkan menyelesaikan
juga masalah Mesir dan Maghrabi.
Dapat disimpulkan Perjanjian Inggeris-Siam 1909 bukannya hasil
daripada persefahaman antara dua kuasa imperialis, iaitu Inggeris dan Perancis,
pada 1904. Bahkan Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah untuk mempertahankan
kepentingannya di Negeri Melayu Utara terlebih dahulu lagi iaitu pada 1897.
Oleh kerana Perjanjian Rahsia telah gagal bagi memperlindungi keperluan
Inggeris menjelang awal kurun keduapuluh, maka Kerajaan Inggeris dengan rancak
bergerak terhadap kelemahan Siam di Negeri Melayu Utara, terutamanya di
Kelantan dan Trengganu. Satu soal pokok bagi sejarah Malaysia dalam semua
pergerakan ini adalah mengapa Inggeris tidak mempunyai niat untuk mara
keseluruh kawasan Melayu di Utara itu hinggalah ke Genting Kra. Sebagaimana
yang telah disebutkan tadi, pada amnya Kerajaan Inggeris memang memerhatikan
kawasan di selatan Genting Kra sebagai kawasan pengaruhnya sejak tahun 1870an
akan tetapi pada waktu itu mereka tidak berniat untuk menakluki kawasan tersebut
Kemudian, manakala masalah antarabangsa mula timbul pada penghujung kurun
kesembilan belas, Kerajaan Inggeris memandang berat khasnya kepada Perlis,
Kedah, Patani, Kelantan dan Trengganu mungkin sebab negeri itulah yang
berhampiran dengan Negeri Melayu Bersekutu. Pada awal kurun kedua puluh
Kerajaan Inggeris telah dapat mengawasi kepentingannya di Perlis dan Kedah
dengan perlantikan seorang wakil(atau Consul) yang bertugas dengan melawat dua
negeri tersebut serta membuat lapuran kepada Keraiaan. Sebaliknya keadaan di
Pantai Timur pula merupakan satu masalah yang lebih serius sebab Raja Patani,
Kelantan dan Trengganu dianggap sebagai gagah dan bebas. Pendirian Inggeris
terhadap negeri Pantai Timur telah pun dibuktikan sering kali kerana Raja
Kelantan misalnya, telah memberi kemudahan untuk melombong dan berniaga yang
seluasnya kepada seorang British, William Duff, tanpa sebarang persetujuan
daripada pihak Siam. Alasan yang penting bagi ketinggalan Patani di dalam
Perjanjian 1909 tidak boleh dinafikan adalah akibat kejayaan Siam pada 1902
manakala mereka telah dapat menawan Raja Patani. Setelah peristiwa itu Inggeris
memang mengakui bahawa Patani lebih bergantung kepada Siam dan Kerajaan
Penjajah di Tanah Melayu pada amnya menumpukan perhatiannya kepada Perlis,
Kedah, Kelantan dan Trengganu sahaja. Selain daripada itu mengikut cara
penetapan sempadan yang digunakan oleh kuasa imperialis pada masa yang lampau,
terutama sekali cara Inggeris, adalah dengan menggariskan sempadan melalui
puncak pergunungan. Di sini jelas sekali dapat diperlihatkan bahawa sempadan
1909 itu sangat sesuai bagi teori Inggeris itu sedangkan sekiranya Patani juga
dimasukkan dalarn sempadan itu Inggeris tidak akan mencapai keperluan
stratejiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan