Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) (01)
AKTA
PENDIDIKAN 1996
(Akta
550)
Suatu
Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang
berkaitan dengannya.
BAHAWASANYA
mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat
bangsa:
DAN
BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia
menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang
berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains,
teknologi dan maklumat:
DAN
BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan
negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan
ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan
suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik:
DAN
BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang
bertaraf dunia dan segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia:
DAN
BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:
“Pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggung-jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara”:
DAN
BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu
sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama;
pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang
akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui
pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip
Rukunegara:
DAN
BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar
itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan
perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am
bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:
MAKA,
OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti
berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
1. Tajuk ringkas dan
mula berkuatkuasa.
Akta
ini bolehlah dinamakan Akta Pendidikan 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa
pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan
dalam Akta ini.
2. Tafsiran.
Dalam
Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“bahasa
Cina” ertinya bentuk bahasa Cina yang biasanya dikenali sebagai Mandarin;
“bahasa
kebangsaan” ertinya bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan;
“ditetapkan”
ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“fee
yang diluluskan” ertinya fee yang diluluskan oleh Menteri;
“guru”
ertinya seseorang yang—
(a)
mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau
(b)
menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang
dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah
guru besar atau pengetua; ~
“guru
berdaftar” ertinya mana-mana guru yang didaftarkan di bawah Akta ini;
“ibu
bapa” termasuklah penjaga dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan di sisi
undang-undang atau kawalan sebenar ke atas seseorang murid;
“institusi
pendidikan” ertinya sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam
menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar,
sama ada di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah tadika dan pusat
pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk—
(a)
mana-mana tempat di mana pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana
agama semata-mata; atau
(b) mana-mana tempat
yang diisytiharkan oleh
Menteri
melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai bukan institusi pendidikan bagi
maksud Akta ini;
“institusi
pendidikan tinggi” ertinya institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan
tinggi yang membawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atau
yang
setaraf dengannya; -
“kelas
peralihan” ertinya kelas di sekolah menengah yang menyediakan ajaran selama
satu tahun untuk murid daripada sekolah rendah yang menggunakan bahasa selain
daripada bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar sebelum bermulanya
pendidikan menengah rendah;
“Ketua
Nazir” ertinya Ketua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen 6(1);
“Ketua
Pendaftar” ertinya ‘Ketua Pendaftar Sekclah dan Guru yang dilantik di bawah
subseksyen 5(1), dan termasuklah Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru yang
dilantik di bawah subseksyen 5(2);
“Ketua
Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 3; ~
“Kurikulum
Kebangsaan” ertinya kurikulum yang ditetapkan;
“kurikulum
prasekolah” ertinya garis panduan kurikulum yang diluluskan oleh Menteri di
bawah seksyen 22 bagi kegunaan tadika;
“murid”
ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan
sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;
“Pegawai
Pendidikan”, berhubungan dengan sesuatu daerah atau kawasan, ertinya pegawai
pendidikan yang dilantik di bawah perenggan 4(b);
“pekerja”
ertinya orang yang diambil kerja oleh suatu lembaga pengelola, selain daripada
pengelola, guru atau mana-mana orang lain yang dilantik atau dinamakan oleh
Menteri di bawah subseksyen 58(2) atau 6 1(2), mengikut mana-mana yang
berkenaan, yang diambil kerja atau yang mengambil bahagian secara aktif dalam
kerja yang berkaitan dengan perjalanan atau
pentadbiran
sesuatu institusi pendidikan;
“Pendaftar”
ertinya Pendaftar Sekolah dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(3) dan
termasuklah Ketua Pendaftar;
“pendidikan
khas” ertinya pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid;
“pendidikan
lepas menengah” ertinya pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah
tamat mengikuti pendidikan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan
tinggi;
“pendidikan
menengah” ertinya pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah
dan menengah atas;
“pendidikan
menengah atas” ertinya pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan bakat
seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah;
“pendidikan
menengah rendah” ertinya kursus tiga tahun yang sesuai bagi seseorang murid
yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah;
“pendidikan
pengembangan” ertinya pendidikan sepenuh masa atau separuh masa bagi orang yang
tidak mengikuti kursus pengajian biasa di institusi pendidikan;
“pendidikan
prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dan empat hingga
enam tahun;
“pendidikan
rendah” ertinya kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi
tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima
hingga tujuh tahun;
“pendidikan
tinggi” ertinya pendidikan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi; -
“Pengarah
Pendidikan” ertinya Pengarah Pendidikan sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan
yang dilantik di bawah seksyen 4;
“pengelola”
ertinya orang yang diberikan kuasa di bawah suratcara pengelolaan untuk
mentadbirkan atau menguruskan suatu institusi pendidikan:
“Penolong
Pendaftar” ertinya Penolong Pendaftar Sekolah atau Penolong Pendaftar Guru,
mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah
subseksyen
5(3);
“Perkhidmatan
Pendidikan” ertinya suatu perkhidmatan awam di bawah perenggan (1)(h) Perkara
132 Perlembagaan Persekutuan;
“Pihak
Berkuasa Negeri” ertinya Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan,
bagi sesuatu Wilayah
Persekutuan,
Yang di-Pertuan Agong;
“premis” ertinya mana-mana bangunan yang
digunakan sebagai institusi pendidikan dan termasuklah mana-mana bangunan bagi
maksud menyediakan tempat tingga! dan kemudahan lain bagi murid dan kakitangan
institusi itu tetapi tidak termasuk mana-mana tanah yang menjadi tapak bangunan
itu;
-
“pusat
pendidikan jarak jauh” ertinya tempat, organisasi atau institusi yang
menyediakan ajaran atau pengajaran—
(c)
melalui media elektronik semata-mata;
(d)
melalul surat semata-mata;
(e)
sebahagiannya melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat atau
kaedah-kaedah pengajaran yang lain; atau
(f)
sebahagiannya melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat dan
kaedah-kaedah pengajaran yang lain;
“sekolah”
ertinya tempat di mana sepuluh orang atau lebih lazimnya diajar sama ada di
dalam satu kelas atau lebih, tetapi tidak termasuk mana-mana tempat yang
pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata;
“sekolah
bantuan kerajaan” atau “institusi pendidikan bantuan kerajaan” ertinya sekolah
atau institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan
penuh;
“sekolah
gaya pos” ertinya sesuatu organisasi atau institusi yang menyediakan ajaran
atau pengajaran melalui surat;
“sekolah
jenis kebangsaan” ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan
kerajaan—
(a)
yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dan umur enam tahun;
(b)
yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama; dan
(c)
yang menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa
(d)
Inggeris sebagai mata pelajaran wajib,
“sekolah
kebangsaan” erti sekolah Rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan—
(a)
yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dan umur enam tahun;
(b)
yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama;
(c)
yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib; dan
(d)
di mana kemudahan bagi pengajaran—
i.
bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima
belas orang murid di sekolah itu memintanya; dan
ii.
bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik
berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurangkurangnya hima belas orang murid
di sekolah itu memintanya;
“sekolah
kerajaan” atau “institusi pendidikan kerajaan” ertinya sekolah atau institusi
pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri di bawah
Bahagian IV;
“sekolah
khas” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan melalui
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41;
“sekolah
menengah” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan menengah yang sesuai bagi
murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah;
“sekolah
menengah kebangsaan” ertinya sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah
bantuan kerajaan -
(a)
yang menyediakan kursus pendidikan menengah selama lima tahun yang sesuai bagi
murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah;
(b)
yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama;
(c)
yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib;
(d)
di mana kemudahan bagi pengajaran—
i.
bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima
belas orang murid di sekolah itu memintanya;
ii.
bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik
berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid
di sekohah itu memintanya; dan
iii.
bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh
diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian; dan
(e)
yang menyediakan murid bagi apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan, dan
termasuklah mana-mana sekolah sedemikian yang menyediakan kelas peralihan;
“sekolah
rendah” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi
murid yang berumur dan enam tahun;
“sekolah
swasta” atau “institusi pendidikan swasta” ertinya sekolah atau institusi
pendidikan yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan
kerajaan;
“sumbangan
bantuan” ertinya apa-apa bayaran daripada wang awam, selain daripada sumbangan
modal, yang dibuat kepada sesuatu institusi pendidikan;
“sumbangan
modal” ertinya bayaran daripada wang awam kepada sesuatu institusi pendidikan
bagi—
(a)
mengadakan bangunan;
(b)
mengubah atau menambah premis yang sedia ada;
(c)
mengadakan perabot atau kelengkapan bagi premis yang baru, diubah atau
ditambah; atau
(d)
apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan;
“surat”
ertinya surat yang disampaikan dengan tangan atau melalui pos;
“suratcara
– pengelolaan” ertinya suratcara pengelolaan sebagaimana yang ditetapkan dalam
seksyen 53;
“tadika”
ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekohah disediakan untuk sepuluh
orang murid atau lebih;
“tarikh
yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuatkuasa;
“tempat”
ertinya mana-mana tempat, sama ada tempat awam atau persendirian;
“umur”,
berhubungan dengan seseorang murid, ertinya umur yang dicapai oleh murid itu
pada hari pertama dalam bulan pertama tahun persekolahan yang berkenaan.
BAHAGIAN II
PENTADBIRAN
3.
Perlantikan dan kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan.
(1)
Maka hendaklah ada seorang Ketua Pengarah Pendidikan yang hendaklah dilantik
oheh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan pegawai dalam Perkhidmatan
Pendidikan.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan
kepadanya oleh Akta ini, dan hendaklah menasihati Menteri tentang hal yang
berkaitan dengan pendidikan.
4.
Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain. Maka hendaklah ada -
(a)
bagi setiap Negeri atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang
ditentukan oleh Menteri, seorang Pengarah Pendidikan; dan
(b)
bagi setiap daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di daham sesuatu Negeri
yang ditentukan boleh Menteri, seorang Pegawai Pendidikan yang dinamakan
sedemikian bagi maksud Akta ini, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
5.
Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru
(1)
Maka hendaklah ada seorang Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru yang hendaklah
dilantik oleh Menteri.
(2)
Menteri boleh melantik seorang Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru.
(3)
Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi setiap
Negeri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Sekolah dan
Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini
(4)
Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, dan Penolong Pendaftar hendaklah di bawah
arahan dan kawalan Ketua Pendaftar.
(5)
Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi-fungsi yang
diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan sewaktu ketiadaannya kuasa dan fungsi fungsi
sedemikian bohehlah dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar.
(6)
Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang
diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini, tertakluk kepada
apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh Ketua Pendaftar.
6.
Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah.
(1)
Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Nazir Sekolah.
(2)
Menteri hendaklah melantik Nazir-Nazir Sekolah lain yang difikirkan perlu bagi
maksud Akta ini
(3)
Semua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk
kepada arahan dan kawalan Ketua Nazir Sekolah.
7.
Pengarah Peperiksaan.
(1)
Menteri hendaklah melantik seorang Pengarah Peperiksaan dan boleh melantik
pegawai-pegawai lain untuk bertindak di bawah arahan dan kawalan am Pengarah
Peperiksaan yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.
(2)
Pengarah Peperiksaan hendaklah, tertakluk kepada mana-mana peraturan yang
dibuat di bawah seksyen 68, bertanggungjawab atas pengendalian peperiksaan bagi
maksud Akta ini.
8.
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am.
Menteri
boleh dan semasa ke semasa memberi seseorang pegawai yang dilantik di bawah
Bahagian ini arahan-arahan yang bersifat am, dan tidak tak konsisten dengan
peruntukan Akta ini, tentang penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan
kepada pegawai itu oleh, dan kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan oleh
pegawai itu di bawah, Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini, berhubungan dengan segaha hal yang didapati oleh Menteri menyentuh
Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan pegawai itu hendakhah melaksanakan tiap-tiap
arahan sedemikian.
9.
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas. Menteri boleh dan semasa ke
semasa memberi—
(a)
pengelola atau mana-mana anggota suatu lembaga yang dilantik di bawah
subseksyen 6 1(1), atau pekerja atau guru besar, sesuatu institusi pendidikan;
dan
(b)
anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta Pehajaran 1961,
arahan-arahan,
yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan
yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan apa-apa perkara yang
berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan
pengelola, anggota, pekerja atau guru besar itu hendaklah melaksanakan
tiap-tiap arahan sedemikian.
BAHAGIAN III
MAJLIS PENASIHAT
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
10.
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.
(1)
Maka bolehlah ditubuhkan bagi maksud Akta ini suatu Majlis Penasihat Pendidikan
Kebangsaan.
(2)
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada seorang
pengerusi dan orang lain yang dilantik oleh Menteri.
(3)
Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian in setiap
anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah memegang jawatan
selama tempoh dan tertakiuk kepada apa-apa syarat yang ditentukan dalam surat
perlantikannya.
(4)
Apa-apa perlantikan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan daham
Warta.
11.
Fungsi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.
(1)
Menteri boleh merujukkan apa-apa perkara berhubungan dengan pendidikan kepada
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan untuk mendapatkan nasihatnya.
(2)
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah. apabila apa-apa perkara
dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen (1), menimbangkan perkara itu dan
mengemukakan nasihatnya kepada Menteri.
12.
Hak kehadiran Menteri boleh menghadiri, dan boleh menamakan wakil-wakil untuk
menghadiri, mana-mana mesyuarat Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.
13.
Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan Majlis Penasihat Pendidikan
Kebangsaan.
Menteri
boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Bahagian
ini dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, boleh melalui
peraturan-peraturan sedemikian membuat peruntukan tentang—
(a)
bilangan anggota Majlis;
(b)
terma dan syarat jawatan anggota;
(c)
mesyuarat dan prosedur Majlis;
(d)
perlantikan jawatankuasa dan jawatankuasa kecil Majlis; dan
(e)
apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri bagi Majlis berfungsi dengan
sepatutnya.
14.
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan boleh mengawalselia prosedurnya sendiri.
Tertakluk
kepada Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majlis
Penasihat Pendidikan Kebangsaan boleh mengawal-selia prosedurnya sendiri.
BAHAGIAN IV
SISTEM PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Bab
1—Sistem Pendidikan Kebangsaan
15.
Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri
daripada
(a)
pendidikan prasekolah;
(b)
pendidikan rendah;
(c)
pendidikan menengah;
(d)
pendidikan lepas menengah; dan
(e)
pendidikan tinggi,tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.
16.
Kategori institusi pendidikan.Maka hendaklah ada tiga kategori institusi pendidikan
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, iaitu—
(a)
institusi pendidikan kerajaan;
(b)
institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan
(c)
institusi pendidikan swasta.
17.
Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
(1)
Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi
pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan
yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain
yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini
(2)
Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain
daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai
mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.
18.
Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan olehsemua sekolah.
(1)
Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh
semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(2)
Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah
menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh
murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk
mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa mata pelajaran
lain yang ditetapkan.
(3)
Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dipatuhi
jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual
diajarkan di sekolah itu.
(4)
Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta
menambah, meminda atau mengubah Jadual.
19.
Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.
Tiap-tiap
sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya bagi peperiksaan yang ditetapkan
oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta
ini melainkan jika dikecualikan selainnya oleh atau di bawah Akta ini.
Bab
2 — Pendidikan Prasekolah
20.
Larangan terhadap penubuhan, pengendaIian atau pengurusan tadika.
(1)
Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika
tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
21.
Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika.Menteri boleh, tertakluk kepada
peruntukan Akta
ini,
menubuhkan dan menyenggarakan tadika.
22.
Kurikulum prasekolah.
Program
dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk
tadika yang diluluskan oleh Menteri.
23.
Bahasa pengantar di tadika
Walau
apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh
digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika
menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan
hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.
24.
Kuasa untukmembuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah.
Menteri
boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini.
25.
Bab 2 tidak terpakal bagi taman asuhan kanak-kanak.
Peruntukan
Bab ini tidaklah terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan dan
didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan taman
sedemikian.
26.
Ketakpakaian seksyen 18 dan 19.
Seksyen
18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika.
Bab
3—Pendidikan Rendah
27.
Menteri hendaklah mengadakan pendidikan rendah.
Hendaklah
menjadi kewajipan Menteri mengadakan pendidikan rendah di sekolah rendah
kerajaan dan di sekolah rendah bantuan kerajaan.
28.
Penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Tertakluk
kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan
sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah-sekolah itu.
29.
Tempoh pendidikan rendah.
Sekolah
kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta ini
hendaklah mengada-kan kursus pendidikan rendah yang direncanakan bagi tempoh
enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga
tujuh tahun.
Bab
4—Pendidikan Menengah
30.
Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah.
(1)
Hendaklah menjadi kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan menengah di
sekolah menengah kebangsaan yang berikut:
(a)
sekolah menengah akademik;
(b)
sekolah menengah teknik; dan
(c)
sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh Menteri dan
semasa ke semasa.
(2)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini,
Menteri
boleh mengadakan pendidikan menengah atas di mana-mana sekolah menengah kebangsaan.
31.
Penubuhan dan penyenggaraan sekolah menengah.
Tertakluk
kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan
mana-mana sekohah yang diperihalkan dalam seksyen 30.
32.
Kelas peralihan.
Menteri
boleh mengadakan kelas peralihan di mana-mana sekolah menengah kebangsaan
akademik.
Bab
5—Pendidikan Lepas Menengah
33.
Pendidikan lepas menengah.
Menteri
boleh mengadakan pendidikan lepas menengah di—
(a)
sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam perenggan 30(1)(a) dan (1)(b);
(b)
maktab-maktab; dan
(c)
mana-mana sekolah menengah kebangsaan atau institusi pendidikan lain yang
ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini.
Bab
6 — Institusi Pendidikan Lain
34.
Institusi pendidikan lain.
(1)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan
menyenggarakan institusi pendidikan yang berikut:
(a)
maktab-maktab, selain daripada maktab-
maktab
yang bertaraf Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan atau disifatkan
telah ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
(b)
sekolah khas;
(c)
politeknik, dan
(d)
apa-apa institusi pendidikan lain, yang
penubuhan
atau penyenggaraannya tidak diperuntukkan di bawah Akta ini atau Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1971.
(2)
Menteri boleh memberikan sumbangan bantuan kepada institusi pendidikan, yang
tidak ditubuhkan olehnya, yang termasuk dalam perenggan (1)(a) atau (1)(b).
Bab
7—Pendidikan Teknik dan Politeknik
35.
Pendidikan teknik di sekolah menengah kebangsaan dan institusi pendidikan lain.
(1)
Menteri boleh mengadakan pendidikan teknikdi—
(a)
mana-mana sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam seksyen 30; atau
(b)
institusi pendidikan lain yang diperihalkan dalam perenggan 34(1)(a) atau
(1)(c).
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), pendidikan teknik termasuklah penyediaan—
(a)
latihan kemahiran;
(b)
latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu;
(c)
latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada; dan
(d)
apa-apa latihan teknik atau vokasional lain yang diluluskan oleh Menteri.
36.
Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang
diluluskan oleh Menteri.
Politeknik
yang ditubuhkan di bawah perenggan
34(1)(c)
boleh—
(a)
menawarkan kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh Menteri;
dan
(b)
menganugerahkan sijil, diploma atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan.
37.
Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam pendidikan
teknik dan vokasional.
(1)
Tertakluk kepada kelulusan Menteri, suatu politeknik yang ditubuhkan di bawah
Akta ini boleh, dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan atau
organisasi perindustrian, mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau
program latihan (termasuklah program pertukaran) yang disifatkan suaimanfaat
oleh Menteri bagi maksud—
(a)
melaksanakan pemindahan teknologi;
(b)
meningkatkan kemahiran teknik dan vokasional guru-guru, pekerja-pekerja dan
murid-murid politeknik itu; dan
(c)
melaksanakan apa-apa program latihan yang dianggap oleh Menteri sesuai dan
bermanfaat bagi politeknik atau murid-muridnya atau guru-gurunya.
(2)
Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada
apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Menteri.
38.
Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah yang diberikan oleh
universiti, dsb.
(1)
Politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh, dengan kelulusan Menteri,
mengendalikan kursus pengajian atau program latihan bagi diploma, sijil atau
pengiktirafan daham bentuk lain bagi kelayakan yang diberikan oleh mana-mana
universiti atau institusi pendidikan tinggi lain di dalam Malaysia atau di luar
Malaysia.
(2)
Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk
kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan.
(3)
Menteri tidak boleh memberikan kelulusan-nya di bawah subseksyen (1) melainkan
jika dia berpuas hati bahawa politeknik itu telah membuat segala perkiraan yang
perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibat
dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu.
39.
Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan politeknik.
Menteri
boleh membuat peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan, tanpa
menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan sedemikian boleh mengadakan
peruntukan bagi—
(a)
penubuhan lembaga atau badan untuk menjalankan pengukuran atau penilaian atau
untuk mengendalikan peperiksaan untuk politeknik;
(b)
penubuhan lembaga atau badan untuk menghasilkan, mengawasi dan mengubah-suaikan
kurikulum kursus pengajian dan program latihan yang ditawarkan oleh politeknik;
(c)
penganugerahan sijil atau diploma atau apa-apa kelayakan lain;
(d)
disiplin murid;
(e)
penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis
badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di politeknik; dan
(f)
apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi
maksud Bab ini.
Bab
8—Pendidikan Khas
40.
Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas.
Menteri
hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah
perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang di
fikirkan oleh Menteri suaimanfaat.
41.
Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum pendidikan khas.
(1)
Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Menteri boleh melalui
peraturan-peraturan menetapkan—
(a)
tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang
menerima pendidikan khas;
(b)
kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
(c)
kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
(d)
apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi
maksud
Bab
ini.
(2)
Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh
kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut
mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta mi.
(3)
Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mematuhi kehendak
Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik.
Bab
9 – Pendidikan Guru
42.
Sekatanterhadap penubuhan maktab pendidikan guru.
Tiada
seorang pun boleh menubuhkan atau menyenggarakan suatu maktab pendidikan guru
melainkan dengan kelulusan Menteri.
43.
Pendaftaran maktab pendidikan guru.
Semua
maktab pendidikan guru, yang penubuhan atau penyenggaraannya telah diluluskan
di bawah seksyen 42, hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini.
44.
Penganugerahan sijil atau kelayakan lain oleh maktab pendidikan guru.
Maktab
pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh menganugerahkan sijil
atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan.
45.
Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan maktab pendidikan guru.
Walau
apa pun seksyen 42, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan maktab
pendidikan guru dan mengadakan pendidikan guru di dalamnya.
46.
Maktab pendidikan guru hendaklah mengendalikan kursus pengajian yang diluluskan
oleh
Menteri.Tiap-tiap
maktab pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Bab ini hendaklah mengendalikan
apa-apa kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh Menteri.
47.
Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah, dsb. yang
diberikan oleh universiti, dsb.
(1)
Maktab pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Bab ini boleh, dengan kelulusan
Menteri, mengendalikan kursus pengajian atau program latihan bagi ijazah,
diploma, sijil atau pengiktirafan dalam bentuk lain bagi kelayakan yang
diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi pendidikan tinggi lain di
dalam Malaysia atau di luar Malaysia.
(2)
Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk
kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan.
(3)
Menteri tidak boleh memberikan kelulusan-nya di bawah subseksyen (1) melainkan
jika dia berpuas hati bahawa maktab pendidikan guru itu telah membuat perkiraan
yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang
terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu.
(4)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana terma
atau syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen (2) adalah
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.
48.
Suratcara pengelolaan bagi maktab pendidikan guru.
(1)
Kecuali bagi maktab pendidikan guru yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh
Menteri di bawah seksyen 45, tiap-tiap maktab pendidikan guru yang ditubuhkan
di bawah Akta ini hendaklah mempunyai suratcara pengelolaan.
(2)
Tiap-tiap suratcara pengelolaan di bawah seksyen ini hendaklah diluluskan oleh,
dan hendaklah diserahkan kepada, Ketua Pendaftar pada masa pendaftaran.
(3)
Tiap-tiap suratcara pengelolaan di bawah seksyen ini hendaklah mengadakan
peruntukan bagi penubuhan lembaga pengelola, dengan seorang pengerusi, bagi
pengurusan maktab pendidikan guru itu oleh pengelolapengelola mengikut cara
yang tidak tak konsisten dengan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di
bawah Akta ini.
(4)
Tiap-tiap suratcara pengelohaan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat, dipinda
atau dibatalkan mengikut cara yang ditetapkan.
49.
Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan maktab pendidikan guru.
Menteri
boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan,
tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan
peruntukan bagi—
(a)
penubuhan lembaga atau badan untuk menjalankan pengukuran atau penilaian atau
untuk mengendalikan peperiksaan bagi pendidikan guru;
(b)
kursus pengajian dan program latihan yang hendaklah dijalankan oleh maktab
pendidikan guru;
(c)
penganugerahan sijil atau diploma;
(d)
disiplin murid di maktab pendidikan guru;
(e)
penubuhan, penyusunan, pengurusan,
pengawalan
dan pembubaran majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di
peringkat maktab, daerah, negeri dan kebangsaan;
(f)
pengiktirafan kelayakan yang dikeluarkan oleh maktab pendidikan guru;
(g)
prosedur bagi permohonan bagi pendaftaran maktab pendidikan guru; dan
(h)
apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi
maksud Bab ini.
Bab
10 — Pengajaran Agama di Institusi Pendidikan
50.
Pengajaran agama Islam
(1)
Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih
yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran
agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
(2)
Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen
(1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu
pengajaran biasa institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang
ditetapkan oheh Menteri dalam hal mana-mana institusi pendidikan yang tertentu.
(3)
Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu
institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di bawah seksyen
ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi maksud itu.
(4)
Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dua
institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar, membuat
perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan secara bergabung di
institusi-institusi pendidikan itu kepada murid yang menganut agama Islam.
51.
Pengajaran pengetahuan agama selain daripada agama Islam.Pengelola institusi
pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran bagi agama selain daripada
agama Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka
tetapi—
(a)
pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh
Parlimen;
dan
(b)
tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang
dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.
52.
Bantuan kewangan kepada institusi pendidikan IsIam yang tidak ditubuhkan atau
disenggarakan oleh Menteri atau Kerajaan Negeri.
Tertakluk
kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan,
bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang
diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam, yang
tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu
Negeri dan sama ada yang merupakan suatu institusi pendidikan mengikut
pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian, hanya kerana
pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam
semata-mata.
Bab
11—Pengurusan Institusi Pendidikan
53.
Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.
(1)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah
mempunyai suratcara pengelolaan.
(2)
Tiap-tiap suratcara pengelolaan hendaklah mengadakan peruntukan bagi penubuhan
suatu lembaga pengelola, dengan seorang pengerusi, bagi pengurusan institusi
pendidikan itu oleh pengelola-pengelola mengikut cara yang tidak tak konsisten
dengan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(3)
Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan kerajaan kecuali
sekolah jenis kebangsaan dan sekolah-sekolah yang ditentukan oleh Menteri.
(4)
Tiap-tiap suratcara pengelolaan hendaklah dibuat, dipinda atau dibatalkan
mengikut cara yang ditetapkan.
54.
Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan suratcara pengelolaan.
(1)
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi penubuhan lembaga pengelola dan
bagi pengurusan institusi pendidikan oleh lembaga pengelola dan, tanpa
menjejaskan keluasan kuasa itu, Menteri boleh, dalam peraturan-peraturan itu,
menetapkan kewajipan-kewajipan pengelola-pengelola dan orang lain yang
bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu.
(2)
Mana-mana peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan
kewajipan yang berlainan bagi pengelola-pengelola atau orang lain yang
bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan dalam kategori yang
berlainan.
55.
Institusi pendidikan hendaklah diuruskan mengikut suratcara pengelolaannya.
Tertakluk
kepada peruntukan lain dalam Akta ini dan khususnya peruntukan tentang
pengecualian, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah diuruskan mengikut
suratcara pengelolaannya.
56.
Kuasa Menteri untuk melantik pengelola tambahan.
(1)
Jika Menteri berpuas hati—
(a)
bahawa disiplin di sesuatu institusi pendidikan tidak dijaga dengan secukupnya;
(b)
bahawa terma suratcara pengelolaan sesuatu institusi pendidikan sengaja tidak
diendahkan;
(c)
bahawa mana-mana peruntukan Akta ini atau bahawa mana-mana peraturan yang
dibuat di bawah Akta ini sengaja tidak diendahkan; atau
(d)
dalam hal suatu institusi pendidikan bantuan kerajaan, harta atau wang
institusi pendidikan itu tidak ditadbirkan dengan sepatutnya, dia boleh
melantik dengan menyatakan namanya, pengelola-pengelola tambahan bagi institusi
pendidikan itu sebagaimana yang difikmrkannya layak.
(2)
Menteri boleh, mengikut budi bicaranya, pada bila-bila masa memberhentikan
seorang pengelola tambahan yang dilantik di bawah subseksyen (1).
(3)
Pengelola tambahan yang dilantik bagi institusi pendidikan di bawah subseksyen
(1) hendaklah bagi segala maksud disifatkan menjadi pengelola institusi
pendidikan itu.
(4)
Bab 3 Bahagian VIII tidaklah terpakai bagi
pengelola
tambahan yang dilantik di bawah subseksyen (1).
57.
Perlantikan guru di bawah suratcara pengelolaan dan Akta.
Tertakluk
kepada peruntukan lain dalam Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di
bawah Akta ini, guru di institusi pendidikan selain daripada institusi
pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan hendaklah dilantik mengikut suratcara
pengelolaan.
58.
Kuasa Menteri berhubungan dengan penjalanan fungsi, dsb.
(1)
Jika Menteri berpuas hati bahawa di sesuatu institusi pendidikan—
(a)
pengelola-pengelolanya telah bertindak atau
bercadang
untuk bertindak dengan tidak munasabah berkenaan dengan penjalanan mana-mana
kuasa yang diberikan atau penunaian mana-mana kewajipan yang dikenakan oleh
atau di bawah Akta ini; atau
(b)
pengelola-pengelolanya telah tidak menunaikan mana-mana kewajipan yang
dikenakan ke atas mereka oleh atau di bawah Akta ini,
maka
Menteri boleh—
(aa)
memberikan apa-apa arahan bertulis tentang
penjalanan
kuasa atau penunaian kewajipan itu sebagaimana yang didapati oleh Menteri
adalah suaimanfaat, dan adalah menjadi kewajipan pengelola-pengelola itu untuk
mematuhi arahan itu; atau
(bb)
menggantung atau membuang kerja semua
atau
mana-mana pengelola itu dan, walau apa pun peruntukan mana-mana suratcara
pengelolaan berhubungan dengan institusi itu, melantik seseorang atau orang
yang difikirkannya layak untuk mempunyai dan menjalankan semua fungsi pengelola
itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya.
(2)
Jika pada bila-bila masa, bagi sesuatu institusi pendidikan, tidak ada lembaga
pengelola yang ditubuhkan di bawah Akta ini maka Menteri boleh melantik
seseorang atau orang yang difikirkannya layak untuk menjalankan fungsi-fungsi
pengelola bagi institusi itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya.
59.
Pembubaran lembaga pengelola institusi pendidikan kerajaan atau bantuan
kerajaan.
(1)
Menteri boleh, selepas memberikan lembaga pengelola sesuatu institusi
pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan peluang untuk membuat representasi
mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, melalui notis
secara bertulis yang dialamatkan dan disampaikan kepada pengerusi lembaga itu
memerintahkan supaya lembaga itu dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa
lembaga itu—
(a)
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang
dibuat di bawah Akta ini;
(b)
telah melanggar mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen
9;
(c)
telah melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen82(3);
(d)
telah tidak mematuhi atau melaksanakan mana-mana peruntukan suratcara
pengelolaan institusi pendidikan itu;
(e)
telah tidak menghalang institusi pendidikan
itu
daripada digunakan bagi maksud yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau
mana-mana bahagiannya atau yang berlawanan dengan kepentingan awam; atau
(f)
telah tidak menghalang institusi pendidikan
itu
daripada digunakan bagi apa-apa kegiatan atau maksud yang menyalahi
undang-undang, atau bagi apa-apa kegiatan atau maksud sesuatu organisasi,
pertubuhan atau kumpulan orang yang lain yang menyalahi undang-undang.
(2)
Jika Menteri membubarkan sesuatu lembaga di bawah subseksyen (1), dia hendaklah
menyatakan dalam notis itu alasan-alasan bagi pembubaran itu dan tarikh
pembubaran itu hendaklah berkuatkuasa.
60.
Notis pembubaran hendaklah mengandungi arahan berbangkit.
Notis
pembubaran sesuatu lembaga di bawah subseksyen 59(1) boleh mengandungi segala
arahan yang bersifat sampingan, berbangkit, tambahan atau peralihan yang
difikirkan oleh Menteri perlu, suaimanfaat atau patut diberikan.
61.
Menteri hendaklah melantik lembaga yang lain apabila lembaga dibubarkan.
(1)
Jika Menteri membubarkan sesuatu lembaga di bawah seksyen 59, Menteri hendaklah
pada bila-bila masa selepas itu melantik lembaga yang lain mengikut Akta.
(2)
Jika Menteri tidak melantik lembaga di bawah subseksyen (1), maka kuasa, fungsi
dan kewajipan lembaga itu hendaklah dijalankan oleh guru besar institusi
pendidikan itu atau oleh mana-mana orang lain yang dinamakan oleh Menteri dan
yang hendaklah merupakan seorang anggota perkhidmatan awam.
(3)
Selepas pembubaran lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan atau
bantuan kerajaan di bawah seksyen 59, seksyen 53, 54, 55, 56 dan 87 tidaklah
terpakai bagi institusi pendidikan itu.
62.
Pembubaran lembaga pengurus atau lembaga pengelola institusi pendidikan
kerajaan.
(1)
Tiap-tiap lembaga pengurus atau lembaga pengelola institusi pendidikan kerajaan
kecuali—
(a)
sekolah rendah jenis kebangsaan kerajaan dan
(b)
sekolah rendah kebangsaan kerajaan atau sekolah menengah kebangsaan kerajaan
yang ditentukan oleh Menteri,
yang
ditubuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah dibubarkan pada tarikh itu
mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri, dan sesudah itu ia hendaklah
berhenti mengambil pekerja dan terhenti menjadi majikan bagi guru dan pekerja
lain, dan tiap-tiap suratcara pengurusan atau pengelolaan yang berkaitan dengan
institusi pendidikan itu hendaklah terhenti berkuatkuasa.
(2)
Apabila lembaga pengurus atau lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan
kerajaan dibubarkan di bawah subseksyen (1)—
(a)
seseorang yang bertindak sebagai
pengurus
atau pengelola sebaik sahaja sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah berhenti
bertindak sedemikian:
(b)
segala hak, obligasi dan liabiliti
berhutang
dengan apa-apa perkara yang, sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, adalah
menjadi tanggungjawab lembaga hendaklah pada tarikh itu turun kepada Kerajaan;
dan
(c)
seksyen 53, 54, 55, 56, 59 dan 87
tidaklah
terpakai bagi institusi pendidikan kerajaan itu.
63.
Tafsiran.
Sebutan
mengenai lembaga pengelola dalam Bab ini hendaklah, berhubungan dengan Sabah
dan Sarawak, termasuk Jawatankuasa Pengurusan.
Bab
12—Penyediaan Kemudahan dan Perkhidmatan
64.
Kuasa Menteri untuk memberikan bantuan.
Tertakluk
kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Menteri boleh
memberikan sama ada bantuan kewangan atau selainnya berkenaan dengan murid atau
mana-mana golongan murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan
dan bantuan itu boleh termasuk—
(a)
pemberian dermasiswa, biasiswa, pinjaman atau bantuan lain; dan
(b)
penyediaan—
(i)
tempat tinggal;
(ii)
pengangkutan;
(iii)
buku; dan
(iv)
perkhidmatan perubatan dan pergigian,
bagi
rnaksud membolehkan murid itu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia
bagi mereka atau bagi maksud memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan hidup
mereka.
65.
Pemeriksaan perubatan dan pergigian terhadap murid.
(1)
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh seksyen 64, Menteri
hendaklah, setakat yang munasabah dan praktik berbuat sedemikian, mengadakan
pemeriksaan perubatan dan pergigian pada la tempoh yang sesuai ke atas murid
institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan.
(2)
Seseorang pegawai yang diberikuasa bagi maksud itu oleh Menteri boleh
menghendaki ibu bapa atau penjaga murid institusi pendidikan kerajaan atau
bantuan kerajaan menyebabkan murid itu menjalani pemeriksaan perubatan atau
pergigian, mengikut persediaan yang dibuat oleh pihak berkuasa sekolah, atau
oleh seorang pengamal perubatan atau pengamal pergigian berdaftar, dan
seseorang yang tidak mematuhi kehendak itu tanpa alasan yang munasabah adalah melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima
ratus ringgit.
66.
Kemudahan penginapan
Tanpa
menjejaskan keluasan kuasa diberikan oleh seksyen 64, Menteri boleh, jika tidak
boleh semunasabahnya disediakan bagi murid pendidikan atau latihan yang
diperlukan melainkan jika tempat penginapan disediakan, membuat perkiraan bagi
mengadakan tempat penginapan (sama ada percuma atau tertakluk kepada apa-apa
bayaran yang diperuntukkan dalam perkiraan itu) yang difikirkannya sesuai.
BAHAGIAN V
PENILAIAN DAN
PEPERIKSAAN
67.
Penilaian murid.
(1)
Menteri boleh menetapkan cara murid di sekolah rendah dan sekolah menengah
hendaklah dinilai dan taraf yang perlu dicapai oleh murid itu.
(2)
Penilaian yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) adalah tambahan kepada
mana-mana peperiksaan yang ditetapkan.
68.
Peperiksaan. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang mengadakan
peruntukan bagi—
(a)
peperiksaan yang hendaklah diadakan bagi maksud Akta ini;
(b)
masa dan tempat peperiksaan akan diadakan, dan kelayakan serta syarat-syarat
untuk mengambil peperiksaan;
(c)
fee yang hendaklah dibayar bagi mengambil peperiksaan;
(d)
sukatan pelajaran dan bahasa pengantar bagi peperiksaan;
(e)
pengendalian peperiksaan termasuklah penubuhan badan atau lembaga untuk
menguruskan dan mengendalikan peperiksaan; dan
(f)
kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah Peperiksaan.
69.
Larangan tentang pengendalian peperiksaan.
(1)
Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada seorang pun atau tiada suatu institusi
pendidikan pun boleh mengendalikan, membenarkan atau menyebabkan diadakan atau
dikendalikan. atau dengan apa-apa cara terlibat dalam pengadaan atau
pengendalian, apa-apa peperiksaan bagi mana-mana murid institusi pendidikan
atau bagi mana-mana calon persendirian tanpa rnendapatkan kelulusan bertulis
Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.
(2)
Dalam memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1), Pengarah Peperiksaan boleh
mengenakan apa-apa sekatan, terma dan syarat yang difikirkannya patut.
(3)
Sebutan dalam seksyen ini mengenai pengadaan atau pengendalian peperiksaan
hendaklah disifatkan termasuk perbuatan—
(a)
mempelawa calon untuk mengambil peperiksaan;
(b)
memungut atau menerima apa-apa fee atau bayaran atau apa-apa derma atau hadiah
berkenaan dengan sesuatu peperiksaan;
(c)
menyediakan apa-apa sukatan pelajaran,kursus atau skim pengajian berkenaan
dengan sesuatu peperiksaan;
(d)
memeriksa atau menggred jawapan atau respons kepada soalan atau ujian dalam
sesuatu peperiksaan;
(e)
mengeluarkan atau menganugerahkan apa-apa diploma atau dokumen lain atau
pengiktirafan dalam bentuk lain berkenaan dengan sesuatu peperiksaan, dan
apa-apa perbuatan lain yang berhubungan dengan pengadaan atau pengendalian
sesuatu peperiksaan, tidak kira sama ada perbuatan itu dilakukan sebelum atau
selepas peperiksaan.
(4)
Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—
(a)
badan atau lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan dan mengendalikan
peperiksaan di bawah perenggan 68(e);
(b)
Majlis Peperiksaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Peperiksaan
Malaysia 1980; dan
(c)
sesuatu institusi pendidikan yang mengendalikan peperiksaan, ujian atau dalam
bentuk penilaian lain bagi maksud menilai murid-muridnya sendiri.
(5)
Seorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana sekatan,
terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya.
BAHAGIAN
VI
PENDIDIKAN
TINGGI
70.
Menteri bertanggungjawab ke atas pendidikan tinggi.
Menteri
boleh mengadakan pendidikan tinggi di institusi pendidikan tinggi mengikut
mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendidikan tinggi dan
hendaklah bertanggungjawab tentang arahan am kepada institusi pendidikan tinggi
itu.
71.
Penubuhan institusi pendidikan tinggi, dsh. dilarang.
Tiada
seorang pun boleh—
(a)
menubuhkan, membentuk, menggalakkan atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi
maksud menubuhkan atau membentuk, atau ke arah penubuhan atau pembentukan,
suatu institusi pendidikan tinggi;
(b)
memungut, memberikan atau menerima apa-apa wang, sumbangan, hadiah atau derma,
atau melakukan apa-apa perbuatan atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksud
menubuhkan atau membentuk suatu institusi pendidikan tinggi;
(c)
mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan mana-mana kelas bagi pengajaran
dan pembelajaran pendidikan tinggi melainkan jika kelas itu dikendalikan,
diuruskan atau disenggarakan oleh suatu institusi pendidikan tinggi; dan
(d)
menubuhkan, mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan institusi pendidikan
tinggi dengan menggunakan perkataan “universiti”,kecuali mengikut mana-mana
undang-undang bertulis mengenai pendidikan tinggi.
72.
Penalti.
Seseorang
yang melang gar seksyen 71 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila
disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
BAHAGIAN
VII
INSTITUSI
PENDIDIKAN SWASTA
73.
Kecualian berhubungan dengan institusi pendidikan swasta.
(1)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai melarang penubuhan
dan penyenggaraan institusi pendidikan swasta.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), tiap-tiap institusi pendidikan swasta hendaklah
mematuhi peruntukan Akta ini dan semua peraturan yang dibuat di bawah Akta ini
yang terpakai bagi institusi pendidikan itu.
(3)
Bahagian ini tidak terpakai bagi institusi pendidikan tinggi swasta.
74.
Institusi pendidikan swasta hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan
dan menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.
Institusi
pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan rendah atau menengah atau
kedua-duanya hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan dan hendaklah
menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.
75.
Mata pelajaran yang dikehendaki diajarkan di institusi pendidikan swasta yang
menyediakan pendidikan lepas menengah.
(1)
Menteri boleh menghendaki institusi pendidikan swasta yang menyediakan
pendidikan lepas menengah supaya mengajar mata pelajaran yang berikut:
(a)
bahasa kebangsaan, jika bahasa pengantarnya ialah suatu bahasa selain daripada
bahasa kebangsaan;
(b)
pengajian Malaysia;
(c)
bahasa Inggeris, jika bahasa pengantarnya ialah suatu bahasa selain daripada
bahasa Inggeris;
(d)
pengajian yang berhubungan dengan pendidikan Islam bagi murid yang menganut
agama Islam; dan
(e)
pendidikan moral bagi murid yang tidak menganut agama Islam, berdasarkan
kurikulum yang ditetapkan.
(2)
Mata pelajaran yang disebut dalam perenggan
(1)(a)
hingga (1)(e) hendaklah diajarkan sebagai tambahan kepada apa-apa mata
pelajaran atau kursus pengajian lain yang diajarkan di institusi pendidikan
swasta itu.
76.
Kuasa untuk membuat peraturan bagi mengawasi dan mengawal taraf pendidikan.
Menteri
boleh membuat peraturan-peraturan bagi pengawasan, pengawalseliaan atau
pengawalan taraf pendidikan di institusi pendidikan swasta.
77.
Larangan tentang kursus pengajian dan latihan berkenaan dengan ijazah, dsb.
yang diberikan oleh universiti, dsb.
(1)
Tiada suatu institusi pendidikan swasta pun boleh mengendalikan apa-apa kursus
pengajian atau program latihan secara bersesama, bersekutu, bergabung atau
bekerjasama atau selainnya, dengan suatu universiti atau institusi pendidikan
tinggi atau institusi atau organisasi pendidikan lain di dalam atau di luar
Malaysia, kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Menteri.
(2)
Menteri tidak boleh memberikan
kelulusannya
di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa institusi
pendidikan swasta itu telah membuat perkiraan yang sesuai dengan universiti
atau institusi pendidikan tinggi atau institusi pendidikan atau organisasi
pendidikan lain itu tentang kemudahan bagi penyediaan kursus pengajian atau
program latihan yang disebut dalam subseksyen itu.
(3)
Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut
apabila memberikan kelulusan di bawah subseksyen (I).
(4)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana terma
atau syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen (3) adalah
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.
78.
Pemakaian peruntukan lain dalam Akta bagi institusi pendidikan swasta.
Bagi
mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam
Bahagian ini boleh menyentuh atau mengurangkan pemakaian peruntukan lain dalam
Akta ini bagi institusi pendidikan swasta kecuali setakat yang institusi
pendidikan itu telah dengan nyatanya di kecualikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan