Ahad, 31 Mac 2013

Laporan Aktiviti Kokurikulum




Persatuan (Pengakap)
          Sepanjang berada di Sk Darau guru telah mengikuti 2 sesi perjumpaan pengakap bersama pelajar dan penyelaras di sekolah. Pada perjumpaan pertama, adalah pembentukan AJK bagi sesi 2013 pelajar dalam persatuan pengakap. Melalui perbincangan yang telah di laksanakan juga, rancangan program sepanjang tahun bagi persatuan juga telah ditetapkan mengikut perbincangan bersama pelajar.
          Pada sesi perjumpaan yang kedua, pendedahan awal kepada kawad asas dan ikatan telah dilaksanakan secara berpusat di mana semua pelajar telah diajarkan cara berkawad dengan betul sebelum dilepasakan ke dalam persatuan masing-masing. Boring edaran untuk sesi pertandingan kawad kaki juga telah diedarkan kepada setiap peratuan dan akan diadakan pada hari Unit Beruniform Sekolah nanti.
          Guru pelatih terlibat secara langsung bagi menyediakan dan mengajarkan perkara asas sebagai ahli pengakap yang lengkap bagi seseorang ahli tunas pengakap yang terlibat, contohnya pelaksanaan laung agung bagi memulakan sesuatu majlis perjumpaan pengakap.

Kelab (Rukun Negara)
          Sk Darau merupakan sekolah yang bertuah kerana antara sekolah yang telah diberi kepercayaan oleh pihak Pelajaran sebagai sekolah Rintis bagi pengajaran Sejarah di sekolah Rendah yang akan di kuatkuasakan pada tahun hadapan 2014.  Kelas rintis ini telah dilaksanakan pada tahun lepas 2012 dan dianggotai oleh para pelajar tahun 4 pada masa tersebut. Bagi kesinambungan kepada hasrat ini, Kelab Rukun Negara telah ditubuhkan bagi memberikan pendedahan yang lebih kepada setiap ahlinya dalam memertabatkan asas sebagai seorang rakyat Malaysia. Tujuan penubuhan kelab ini juga adalah bagi menyemai dan mendalamkan lagi nilai cintakan negara dan patroitik dalam kalangan pelajar.
          Bagi perjumpaan Kelab, pelatih telah menyertai sesi penggubalan aktiviti dan pembentukan AJK bagi kelab ini. Melalui perjumpaan inilah juga perancangan yang jitu dan menyeluruh telah dilaksanakan bagi membantu pelajar dalam kokurikulum yang akan memberikan nilai tambah kepada pelajar tersebut.

Sukan (Badminton)
          Perjumpaan pertama yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan sukan telah berjaya membentuk AJK dan program latihan dalam sukan ini. Rancangan lain juga seperti bayaran yuran dan sebagainya telah dilakukan. Malahan pihak guru dan pengurusan sekolah juga amat berbesar hati membantu untuk menjayakan program yang telah dirancangkan bersama.
          Sesi pemilihan pelajar bagi mewakili sekolah dalam pertandingan badminton peringkat bahagian telah dijalankan. Melalui pemilihan ini, seramai 3 orang pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki telah mewakili sekolah. Selesai pertandingan hanya seorang pelajar yang memenangi pingat dan mewakili zon Kinabalu ke peringkat Negeri yang dijalankan di Ranau.
          Semasa pertandingan ini juga guru terlibat sebagai pengadil pertandingan dari awal sehingga akhir bagi membantu dalam kelicinan perjalanan kejohanan. Pendedahan ini amat penting bagi memperkayakan lagi ilmu pengetahuan guru dalam keterlibatan aktiviti kokurikulum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan