Selasa, 30 April 2013

Atas Awan

Gambar Atas Awal sepanjang penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur bersama team Flash Kuning.

Putihku lihat senja memerah
Awan bertompok seperti lukisan
Menutup cerita atas tanah
Memberi cerita alam langit
Andai diberi sejuta tinta
Akan terlakar dunia impian
Andai dicorak warna alam
Akan terbentang impian pasti
Atas ini terus meluncur
Melangkau segala persepsi
Sebentar lagi
Ku rindu ia meluncur

Isnin, 29 April 2013

Hairan

Tempelak mengegar maya
Teriakan memecah gunung
Kamilah hero untuk semua
Mahunya diberi yang manis
Mahunya dihilang yang pahit
Ahhh semua lidah yang bicara
Semua joran berkail menanti
Sedapnya sekadar nama
Janjinya sepertinya kota
Tapi benarkah begitu
Mainan atau permainan
Tanggungjawab atau haloba
Yang dinilai adalah kita
Warganya seharum kasturi....

PENDERITAAN YANG DIALAMI OLEH ABU HURAIRAH

Pada suatu hari Abu Hurairah sedang membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang cantik. Kemudian dia bercakap seorang diri. "Ah, lihat akan Abu Hurairah, dia membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang cantik. Teringat aku semasa aku biasanya berbaring di antara mimbar dengan rumah Nabi. Orang menyangka aku menghidap penyakit sawan. Tetapi sebenarnya aku sedang menderita kelaparan."

Abu Hurairah mengalami kelaparan selama beberapa hari. Kadang-kadang kelaparan yang dihadapinya begitu dahsyat hingga ia jatuh pengsan. Orang yang melihat keadaannya menyangka ia terkena penyakit sawan.

Pada masa itu penderita-penderita penyakit sawan diubati dengan meletakkan kaki di lehernya. Penderitaan Abu Hurairah ini berlaku semasa Islam mula bertapak di Tanah Arab. Apabila Islam telah tersebar dengan luasnya, keadaan hidupnya agak mewah sedikit.

Dia merupakan seorang yang sangat warak dan suka menunaikan sembahyang-sembahyang nafilah. Dia mempunyai sebuah uncang yang penuh dengan biji-biji buah tamar yang digunakan untuk berzikir. Di rumahnya sentiasa terdapat orang yang sibuk bersembahyang.

Jumaat, 26 April 2013

Memercik akhirnya

Dalam hati diulit amarah
Tiada niat melontar emosi
Gerak persepsi membuta hati
Sedang naluri untuk mereka
Tangis tiada berguna
Asal hati mereka tersentuh
Aku masih insan biasa
Yang belajar memaju diri
Aku belajar atas silap
Walau terlajak suara songsang
Sepinya tiada cerita
Kerana aku masih belajar....
Mengenal erti seorang pendidik
Membiar langkah telah sedia
Yang impian ini
Adalah amanah.....

Khamis, 25 April 2013

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN



JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
Nama                                                              : Irwan Bin Jaisun                                          
Opsyen / Kumpulan                                      : DPLI Sejarah 2                                
Nama Sekolah                                               : S.K Darau Menggatal                      
Tarikh/ Minggu                                              : 03 / 03 – 08/ 03/ 2013 ( Keenam)
Bil. Jurnal                                                      : 5/12/2013                                                                 
Tajuk Jurnal                                                  : “malu bertanya, sesat jalan”


1.    Isu/ Masalah/ Peristiwa

Budaya itulah yang sinonim dengan perbuatan dan perwatakan setiap kali kita cuba merungkai cara hidup sesebuah masyarakat. Begitu jugalah dengan topik yang ingin dibincangkan oleh guru pelatih dalam perbincangan minggu ini. Pelatih memfokuskan kepada tabiat “faham” dengan malasnya pelajar untuk bertanyakan soalan kepada guru semasa proses pembelajaran dijalankan dalam kelas walaupun ada yang tidak difahami oleh mereka. Keadaan ini, menyebabkan ilmu yang cuba disampaikan oleh guru tidak mampu ditafsirkan oleh pelajar secara menyeluruh dan disimpan sebagai maklumat kekal.
     
2.    Pandangan dan Perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa

Melalui pemerhatian dan sesi pengajaran yang telah dijalankan oleh guru budaya malu bertanya dan budaya “faham” oleh pelajar merupakan satu cara bagi pelajar mengelakan guru bertanyakan soalan kepada mereka sehinggakan berlakunya proses pembelajaran secara “syok sendiri” oleh guru. Apabila perkara ini tidak diambil kisah secara menyeluruh adalah sia-sia guru menyampaikan maklumat kepada pelajar sedangkan apa yang cuba disampaikan tidak mampu difahami oleh sebahagian besar pelajar. Situasi ini juga. Boleh dikenal pasti apabila semasa proses menjawab soalan pengukuhan kebanyakan pelajar masih tidak mampu menjawab soalan yang diberikan dengan berkesan dan maklumat yang disampaikan tidak mampu menambahkan ilmu kepada mereka.

3.    Analisis isu / masalah / peristiwa

Sepanjang beberapa minggu melakukan pengajaran dalam kelas dan mula memahami setiap tabiat pelajar dalam kelas yang diajarkan, guru mendapati kebanyakan pelajar hanya mampu mencerna idea yang lebih bernas melalui perkongsian dan sesi soal jawab. Walaupun berlakunya proses pengajaran secara dua hala antara guru dengan pelajar, pelajar dengan guru tetapi masih terdapat pelajar yang tidak mengambil bahagian dalama sesi perbincangan. Pelajar inilah yang menyumbang kepada budaya kurang membantu dalam meningkatkan pengetahuan pelajar walaupun, guru telah menggunakan banyak BBM bagi memudahkan proses pembelajaran dijalankan. Apabila pelajar, tidak mampu mengajukan soalan tentang apa yang mereka kurang faham dengan maklumat yang daisampaikan oleh guru, dan rakan-rakan dalam perbincangan mereka akan menjadi pelajar yang pasif serta tidak mampu menerima maklumat secara maksimum.

4.    Cadangan idea untuk menyelesaikan masalah

Pelbagai kaedah telah digunakan oleh pelatih bagi merangsang pelajar bertanyakan soalan. Kaedah ini termasiklah memberikan hadiah kepada pelajar yang rajin bertanya tetapi kurang berkesan kerana pelajar aktif sahaja yang banya bertanyakan soalan. Keadaan ini juga tidak mampu mendorong para pelajar pasif bertanyakan soalan. Kaedah lain yang digunakan adalah menujukan terus permintaan kepada pelajar pasif apabila guru inginkan pendapat daripada mereka. Walaupun kaedah ini agak berjaya tetapi keberanian pelajar-pelajar ini adalah kurang dan perkara ini amsih lagi berlaku. Bagi meningkatkan rasa keyakinan pelajar-pelajar ini, semasa guru bertanyakan soalan “siapa yang mempunyai persoalan?” semua pelajar diwajibkan mengangkat tangan. Oleh itu, guru akan memilih secara rawak pelajar bagi bertanyakan jawapan ataupun menjawab soalan yang dikemukkan oleh guru. Melaliu kaedah ini, pembiasaan ini akan menyebabkan para pelajar berlumba-lumba mengangkat tangan bagi memotivasikan mereka. Secara perlahan-lahan budaya ini diharap akan dapat disemai dalam kalangan semua pelajar.

5.    Tempoh masa penyelesaian masalah

Tempoh masa penyelasaian masalah ini adalah secara berperingkat dan memerlukan masa yang panjang. Semua pihak juga haruslah sama-sama membantu pelajar ini. Sepanjang sesi pembelajaran yang dikendalikan oleh guru.


6.    Langkah-langkah penambahbaikan

Sudah dijelaskan tadi bahawa masalah ini berlaku disebabkan oleh budaya masyarakat yang tidak mendorong kepada pemikiran secara kreatif dan tabiat bertanyakan soalan oleh pelajar. Bagi meningkatkan keberanian dan keyakinan pelajar menjawab serta bertanyakan soalan secara sukarela, proses perubahan dijalankan secara berperingkat dan  berterusan. Guru juga boleh mencadangkan kepada guru matapelajaran lain agar kaedah ini boleh diguna pakai bagi membudayakan cara pemikiran kritis dan kreatif pelajar dalam mengutarakan soalan ataupun jawapan.

7.    Tindakan Susulan

Bagi meningkatkaln lagi sikap kesukarelaan pelajar menjawab dan bertanyakan soalan semasa proses soal jawab dilakukan, guru mestilah seorang yang mampu mendsiplinkan pelajar. Guru juga mestilah seorang yang tegas dalam menguatkuasakan sesebuah peraturan dalam kelas termasuklah bertanyakan soalan. Sesiapa yang terleka akan dihadapkan kepada guru disiplin.
Catatan:


 Pelajar                                            Guru pembimbing                  Pensyarah Penyelia


………………………..                                ….…………………………           ….………………………..
( Irwan Bin Jaisun )                          ( Adzrul Bin Puddin )                 ( Dr. Lisa Yip Shukye   )


Akan berlalu membawa erti


Akan berlalu membawa erti

Hiruk kicau riang menari
Burung kedidi senyum sendiri
Tak diundang kami kemari
Ingin belajar memajukan diri
Walau terkasar tetap berdiri
Mengajar kami muhasabah diri
Tidak kami pinta kenduri
Asal lapang mengundur diri
Mungkin ada salah dan iri
Harap maaf di susun jari
Walau jauh membawa diri
Kenangan terindah tetap terpetri
Kelak nanti ingin mencari
Selagi termampu akan memberi
Sk Darau sentiasa dihati

Rabu, 24 April 2013

DPLI SEJARAH 2 LAWATAN KE PULAU MUTIARA

kenangan itulah yang kita bawa bersama apabila masa yang kita tinggalkan semakin jauh dari jarak perjalanan kita. Ia kadang menghantui kita, namun kadang kerana kenanganlah kita masih tabah terus melangkah ke hadapan. Tidak dapat dinafikan, jarak yang memisahkan kita dari kenanganlah yang akan menjadikan ia semakin berharga buat kita. kata orang"nilainya menjadikan ia begitu berharga", dalam sesi imbasan kenangan hari ini. dalam keheningan subuh, teringat semula detik lawatan bersama-sama dengan pensyarah IPG Kent ke Pulau Mutiara, ditemani rakan-rakan yang begitu bersemangat serta sanggup nengorbankan masa berharga bersama keluarga tercinta, demi menjayakan lawatan kami. maka saya amat berharap agar sisipan gambar-gambar kenangan ini akan mampu menjadi kenangan terindah buat semua rakan-rakan DPLI SR SEJ 2.













Selasa, 23 April 2013

DIDIKAN INI DEMI CINTA…



DIDIKAN INI DEMI CINTA…

Kalau ditanyakan kepada orang tua, bilakah masanya dalam takah kehidupan ini mereka rasakan terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan? Nescaya mereka menjawab, “semasa kami masih muda.” Ya, bila seorang tua menoleh ke belakang, terasa begitu banyak perkara yang sepatutnya dibuat semasa muda, tidak dibuat. Sebaliknya banyak pula perkara yang tidak sepatut dibuat, telah dibuat.


Sayangnya, kebanyakan orang muda tidak menyedari hakikat ini sehinggalah mereka sendiri meningkat tua. Lalu atas kealpaan itu mereka akan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh bapa, datuk dan moyang mereka pada zaman mudanya. Pendek kata, ramai manusia lambat belajar di ‘universiti kehidupan’ ini. ‘Kurikulum’ pelajaran yang sepatutnya telah difahami di peringkat muda baru difahaminya hanya apabila kita meningkat tua.
Alam adalah sebuah ‘universiti’ yang luas dan besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan manusia terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Mungkin ini juga termasuk dalam maksud “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluh kehidupan untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu.
Kurikulum pelajaran ini pula tersusun mengikut tahap usia dan tempoh kedewasaan seseorang. Justeru, di peringkat muda ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya?


Itulah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap kita. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ pada usia muda terpaksa dibawa ke peringkat tua. Kalau begitu keadaannya maka rugilah. Samalah seperti pelajar universiti yang terpaksa ‘refer’ atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan semester atau tahunan mereka.

Para remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa. Tahap transisi ini tidak stabil. Umpama air (cecair) yang hendak bertukar menjadi wap (gas), maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Keadaan itu samalah dengan remaja, pada tahap itu jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen dalaman mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, ingin mencuba, perubahan biologi dan macam-macam lagi.
Dan di tahap ini juga para remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dalam hidup mereka dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan.

Sesungguhnya semua itu tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Para remaja (malah orang tua sekalipun) mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas kita. Jika tidak, kita terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali.

Anak..

kita belajar dari umur yang telah kita lalui, mengharap umur yang akan ditemui adalah kebaikan untuk kita.....


LIFE/ Kehidupan


SK DARAU



DARAU

Deruan kota tak semegah namamu
Atas kurnia semua menjadi biasa
Rangkai bicara membulatkan tekad
Antara matlamat dengan impian
Untuk kita melihat jaya

Dalam setiap gerak nadi
Amanat dijunjung penuh keikhlasan
Rangkulan nafas sama bersemadi
Anak didik ingin dibentuk
Urutan jaya kita gapai bersama

Dimana langit dijunjung
Atas tanah kita berpijak
Rasa ini mula bergolak
Antara tugas dengan kenangan
Utuhkah lagi ikatan nanti

Dalam diri telah kami sematkan
Akhiran ini bukan sekadar syukur
Rasa sebak ingin berpisah
Adakah salah maafnya diberi
Untuk kami menyusun jari

Dalam sisi sepi kami
Ada janji ingin dikota
Rindu kami tetap tersemat
Akan namamu tetap subur
Untuk mengajar erti pendidik

DARAU terima kasih
Ikhlas dari kami semua……..