Selasa, 23 April 2013

Sudah



Sudah

Sudah
jangan kerana gempita
Suaramu hilang seri hari ini
Sudahlah isnin adalah beban
Kenapa harus cerah ini
Juga yang kau rampas
Malah sejuk ini membahang
Hujan itu beracun
Sudah
Semua telah bosan
Gendering dan kerincing
Tiada alunan lainkah
Aku pinta alam ini
Biar suaranya kedengaran
Bunyi terjunan air
Bunyi gemersik buluh
Dan kicau yang tiada sakitnya
Sudah
Dan jangan kerana kau
Hari ini tak rela ku lalui
Esok bukan sebuah harapan

Makmal sk Darau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan