JURNAL
REFLEKTIF MINGGUAN
Nama :
Irwan Bin Jaisun
Opsyen / Kumpulan :
DPLI Sejarah 2
Nama Sekolah :
S.K Darau Menggatal
Tarikh/ Minggu : 03
/ 03 – 08/ 03/ 2013 ( Keenam)
Bil. Jurnal :
5/12/2013
Tajuk Jurnal :
“malu bertanya, sesat jalan”
1. Isu/ Masalah/ Peristiwa
Budaya
itulah yang sinonim dengan perbuatan dan perwatakan setiap kali kita cuba
merungkai cara hidup sesebuah masyarakat. Begitu jugalah dengan topik yang
ingin dibincangkan oleh guru pelatih dalam perbincangan minggu ini. Pelatih
memfokuskan kepada tabiat “faham” dengan malasnya pelajar untuk bertanyakan
soalan kepada guru semasa proses pembelajaran dijalankan dalam kelas walaupun
ada yang tidak difahami oleh mereka. Keadaan ini, menyebabkan ilmu yang cuba
disampaikan oleh guru tidak mampu ditafsirkan oleh pelajar secara menyeluruh
dan disimpan sebagai maklumat kekal.
2. Pandangan dan Perasaan terhadap isu / masalah /
peristiwa
Melalui
pemerhatian dan sesi pengajaran yang telah dijalankan oleh guru budaya malu
bertanya dan budaya “faham” oleh pelajar merupakan satu cara bagi pelajar
mengelakan guru bertanyakan soalan kepada mereka sehinggakan berlakunya
proses pembelajaran secara “syok sendiri” oleh guru. Apabila perkara ini
tidak diambil kisah secara menyeluruh adalah sia-sia guru menyampaikan
maklumat kepada pelajar sedangkan apa yang cuba disampaikan tidak mampu
difahami oleh sebahagian besar pelajar. Situasi ini juga. Boleh dikenal pasti
apabila semasa proses menjawab soalan pengukuhan kebanyakan pelajar masih
tidak mampu menjawab soalan yang diberikan dengan berkesan dan maklumat yang
disampaikan tidak mampu menambahkan ilmu kepada mereka.
3. Analisis isu / masalah / peristiwa
Sepanjang
beberapa minggu melakukan pengajaran dalam kelas dan mula memahami setiap
tabiat pelajar dalam kelas yang diajarkan, guru mendapati kebanyakan pelajar
hanya mampu mencerna idea yang lebih bernas melalui perkongsian dan sesi soal
jawab. Walaupun berlakunya proses pengajaran secara dua hala antara guru
dengan pelajar, pelajar dengan guru tetapi masih terdapat pelajar yang tidak
mengambil bahagian dalama sesi perbincangan. Pelajar inilah yang menyumbang
kepada budaya kurang membantu dalam meningkatkan pengetahuan pelajar
walaupun, guru telah menggunakan banyak BBM bagi memudahkan proses
pembelajaran dijalankan. Apabila pelajar, tidak mampu mengajukan soalan
tentang apa yang mereka kurang faham dengan maklumat yang daisampaikan oleh
guru, dan rakan-rakan dalam perbincangan mereka akan menjadi pelajar yang
pasif serta tidak mampu menerima maklumat secara maksimum.
4. Cadangan idea untuk menyelesaikan masalah
Pelbagai
kaedah telah digunakan oleh pelatih bagi merangsang pelajar bertanyakan
soalan. Kaedah ini termasiklah memberikan hadiah kepada pelajar yang rajin
bertanya tetapi kurang berkesan kerana pelajar aktif sahaja yang banya
bertanyakan soalan. Keadaan ini juga tidak mampu mendorong para pelajar pasif
bertanyakan soalan. Kaedah lain yang digunakan adalah menujukan terus
permintaan kepada pelajar pasif apabila guru inginkan pendapat daripada
mereka. Walaupun kaedah ini agak berjaya tetapi keberanian pelajar-pelajar
ini adalah kurang dan perkara ini amsih lagi berlaku. Bagi meningkatkan rasa
keyakinan pelajar-pelajar ini, semasa guru bertanyakan soalan “siapa yang
mempunyai persoalan?” semua pelajar diwajibkan mengangkat tangan. Oleh itu,
guru akan memilih secara rawak pelajar bagi bertanyakan jawapan ataupun
menjawab soalan yang dikemukkan oleh guru. Melaliu kaedah ini, pembiasaan ini
akan menyebabkan para pelajar berlumba-lumba mengangkat tangan bagi
memotivasikan mereka. Secara perlahan-lahan budaya ini diharap akan dapat
disemai dalam kalangan semua pelajar.
5. Tempoh masa penyelesaian masalah
Tempoh
masa penyelasaian masalah ini adalah secara berperingkat dan memerlukan masa
yang panjang. Semua pihak juga haruslah sama-sama membantu pelajar ini.
Sepanjang sesi pembelajaran yang dikendalikan oleh guru.
6. Langkah-langkah penambahbaikan
Sudah
dijelaskan tadi bahawa masalah ini berlaku disebabkan oleh budaya masyarakat
yang tidak mendorong kepada pemikiran secara kreatif dan tabiat bertanyakan
soalan oleh pelajar. Bagi meningkatkan keberanian dan keyakinan pelajar
menjawab serta bertanyakan soalan secara sukarela, proses perubahan
dijalankan secara berperingkat dan
berterusan. Guru juga boleh mencadangkan kepada guru matapelajaran
lain agar kaedah ini boleh diguna pakai bagi membudayakan cara pemikiran
kritis dan kreatif pelajar dalam mengutarakan soalan ataupun jawapan.
7. Tindakan Susulan
Bagi
meningkatkaln lagi sikap kesukarelaan pelajar menjawab dan bertanyakan soalan
semasa proses soal jawab dilakukan, guru mestilah seorang yang mampu
mendsiplinkan pelajar. Guru juga mestilah seorang yang tegas dalam
menguatkuasakan sesebuah peraturan dalam kelas termasuklah bertanyakan
soalan. Sesiapa yang terleka akan dihadapkan kepada guru disiplin.
Catatan:
|
|
Pelajar
Guru pembimbing
Pensyarah Penyelia
……………………….. ….………………………… ….………………………..
( Irwan Bin
Jaisun ) ( Adzrul Bin Puddin ) ( Dr. Lisa Yip Shukye )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan