Pada suatu hari Abu Hurairah sedang membersihkan hidungnya
dengan sehelai sapu tangan yang cantik. Kemudian dia bercakap seorang diri.
"Ah, lihat akan Abu Hurairah, dia membersihkan hidungnya dengan sehelai
sapu tangan yang cantik. Teringat aku semasa aku biasanya berbaring di antara
mimbar dengan rumah Nabi. Orang menyangka aku menghidap penyakit sawan. Tetapi
sebenarnya aku sedang menderita kelaparan."
Abu Hurairah mengalami kelaparan selama beberapa hari. Kadang-kadang
kelaparan yang dihadapinya begitu dahsyat hingga ia jatuh pengsan. Orang yang
melihat keadaannya menyangka ia terkena penyakit sawan.
Pada masa itu penderita-penderita penyakit sawan diubati dengan meletakkan
kaki di lehernya. Penderitaan Abu Hurairah ini berlaku semasa Islam mula
bertapak di Tanah Arab. Apabila Islam telah tersebar dengan luasnya, keadaan
hidupnya agak mewah sedikit.
Dia merupakan seorang yang sangat warak dan suka menunaikan
sembahyang-sembahyang nafilah. Dia mempunyai sebuah uncang yang penuh dengan
biji-biji buah tamar yang digunakan untuk berzikir. Di rumahnya sentiasa
terdapat orang yang sibuk bersembahyang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan